Wednesday, August 19, 2009

Sesuatu benda yang najis boleh berubah menjadi suci - tidak semua kekal berkeadaan najis


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Kelihatan cantik , sebelumnya menjijikkan , orang Islam perlu mengetahui hukum-hakam yang telah disyariatkan dan mengetahui cara memprosesnya.

Kulit yang telah disamak.

Beg kulit.

Beg kulit atau kasut kulit atau barangan lain yang berasaskan kulit biasanya termasuk di kalangan barangan yang berjenama terkenal dan dijual dengan harga yang mahal. Barangan ini hanya digunakan oleh mereka yan
g agak berkemampuan sahaja. kulit yang telah disamak hukumnya harus ( suci ) untuk dipakai atau digunakan melainkan kulit anjing dan babi sahaja berkeadaan tetap najis.
_____________________________
_______________

Kulit anjing dan babi serta keturunannya atau keturunan keduanya dengan binatang lain
tetap najis walaupun di
samak.
______________________________________________

Oleh itu kulit buaya, biawak, ular dan lain-lain a
dalah suci setelah disamak mengikut peraturannya
walaupun disamak oleh o
rang bukan Islam.

Cara menyamak kulit bi
natang :
* Terlebih dahulu hendaklah disiat atau dilapah kulit binatang daripada anggota badannya. (setelah binatang itu mati kerana disembelih atau lain-lain sebab)

* Dicukur atau dibuang semua bulu-bulu dan dibersihkan segala urat-urat , lendir-lendir, daging dan lemak-lemak yan
g melekat pada kulit.

* Kemudian direndam kulit itu dengan air yang be
rcampur dengan benda-benda yang kelat dan tajam zatnya yang menjadi alat menyamak seperti tawas, kulit kayu yang kelat dan seumpamanya sehingga tertanggal atau mematikan segala lemak-lemak, daging dan lendir yang melekat di kulit tadi.

* Kemudian diangkat dan dibasuh dengan air y
ang bersih (air mutlak) dan dijemur sehingga kering dan hilang bau busuknya.
* Apabila telah kering dan hilang bau busuknya maka kulit tersebut telahpun dikira suci dan boleh digunakan.

* Kulit yang telah disamak mengikut peraturan yan
g telah ditetapkan oleh Islam, sekiranya selepas digunakan beberapa lama kemudian terkena air ianya tidak akan kembali busuk atau berulat lagi.

#####

Hadith Nabi mengenai Samak kulit binatang.

> Dari ibnu 'Abbas r.a. katanya: " Maula Maimunah disedekahi orang kambing, lalu kambing itu mati. Kebetulan Rasulullah.s.a.w. lewat ( melalui ) dekat bangkai kambing itu. Maka sabda baginda " Mengapa tidak kamu ambil kulitnya, lalu disamak agar dapat dimanfaatkan ?. Jawab mereka, " Bukamkah kambing itu sudah mati ?". Sbda Rasulullah s.a.w. ' yang haram adalah memakannya!". <

> Dari ibnu 'Abbas r.a. katanya: " Saya dengar Rasulullah.s.a.w. bersabda: Kulit binatang menjadi suci apabila disamak". <

#####

Proses melapah (menyiat) kulit.

Situasi sebelum menjadi beg atau barangan
yang diperbuat berasaskan kulit.

__________________

Sekian. Wallahu aklam. Wassalam

No comments: