Thursday, August 20, 2009

Jom kita sembang mengenai puasa ..

Syaaban akan berakhir.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Jom kita sembang mengenai puasa.

Hari ini Khamis jam 6.00 petang , 29hb.Syaaban 1430 bersamaan 20hb.Ogos 2009. Mengikut amalan biasa yang terdapat di dalam Ilmu Fiqh pada 29hb.Syaaban setiap tahun umat Islam akan menentukan tarikh awal puasa dengan melihat anak bulan . Pada waktu senja 29hb.Syaaban sehingga selepas terbenam matahari ahli Astronomi atau ahli Falak masing-masing sebok menoropong anak bulan untuk memastikan sama ada bulan Syaaban masih wujud atau telah timbul anak bulan baru iaitu bulan Ramadan. Sekiranya nampak anak bulan, anak bulan itu bermakna anak bulan Ramadan oleh itu esoknya umat Islam wajib berpuasa. Jika anak bulan tidak kelihatan bermakna esoknya masih bulan Syaaban,iaitu 30hb.Syaaban hari ini dinamakan hari syak, kita dilarang berpuasa pada hari tersebut.

Esoknya pula sudah pastilah 1hb.Ramadan dan orang Islam diwajibkan berpuasa kerana bilangan hari di dalam bulan Hijrah ( Islam )
sama ada 29 hari atau 30 hari sahaja dan tiada 31 hari.

Berbalik kepada sembang kita di dalam entri ini pada malam ini Pasukan Melihat anak bulan sekarang ini tentunya sedang bersedia di lokasi masing-masing, dalam beberapa jam daripada saat ini kita akan mengetahui tarikh kita mula berpuasa pada tahun ini. Kebiasaannya akan diumumkan oleh pihak berkuasa melalui TV dan Radio. Kita sebagai masyarakat awam ikut sahaja arahan yang dikeluarkan oleh pihak yang berwajib tanpa mempertikaikannya kerana mereka yang diamanahkan tentu sekali melaksanakan tugas mereka secara yang terbaik dengan menggunakan alatan canggih yang terdapat pada mereka.


Sambungan.
Khamis jam 10.00 malam ketika ini semua kaum muslimin dan muslimat telah dimaklumkan sebentar tadi bahawa rakyat Malaysia akan berpuasa pada hari Sabtu, ini bermakna anak bulan tidak kelihatan sebentar tadi oleh itu esok (Jumaat ) kita cukupkan Syaaban 30 haribulan, lusa kita akan berpuasa, insya Allah kalau dipanjangkan umur.




Sekian dahulu. Wassalam.


5 comments:

Abeli Rosli said...

SALAM..ziarah.. tkasih menjengok blog abeli.. insyaalah... akan berpuasa di kelantan pada hari pertama.. bersama keluarga isteri abeli... di pengkalan cepa ..

Leenoh said...

Salam Abelitojoro.

Malam ini elok bersolat hajat minta sihat dan dapat berpuasa dengan sempurna sepanjang Ramadan.

Nl said...

salam pak Ngah...

selamat berpuasa untuk pak Ngah sekeluarga...

Leenoh said...

Salam Naqeeb.
Sama-sama semoga puasa kita tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.

Anonymous said...

sangat menarik, terima kasih