Monday, August 10, 2009

Informasi daripada Hadith.



Salam semua.

Alhamdulillah. kupanjatkan kesyukuran kepada Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah dan selawat dan salam dipanjatkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad.s.a.w. dan ahli keluaganya serta sahabat-sanabatnya .
Dengan izin Allah Taala kehidupan ini masih dapat berjalan dengan teratur dan aman. Walaupun terdapat kelemahan kita kerana tidak dapat mematuhi sepenuhnya perintah-Nya yang dituntut ke atas diri kita. Semoga Allah ampunkan dosa kita di atas kelemahan tersebut dan menjauhkan gangguan iblis syaitan yang sentiasa menyusup masuk ke dalam urat darah manusia supaya mengikuti dan mentaati cara hidup mereka dan rasa lazat pula dengannya sehingga lalai dan lagha. Dengan itu semakin jauhlah kita dengan cara hidup yang telah diwahyukan kepada Rasulullah.s.a.w.
Juga didoakan agar Allah menyediakan peluang yang luas dan mentaqdirkan untuk kita mengabdikan diri kepada-Nya dan sentiasa mendapat hidayah dan taufik daripada-Nya.

Dalam keadaan cuaca yang panas sepanjang hari pada hari ini. Kekuatan kanak-kanak dan warga tua khasnya agak tercabar untuk terus hidup di dalam keadaan selesa dan aman. cuaca begini akan mengundang berbagai penyakit. Apapun terimalah seadanya dan bersyukur kepada Allah kerana ada negara yang lebih susah dan lebih panas lagi dan ditambah lagi dengan kemarau yang menjejaskan tanaman penduduknya. Habuan kita masih baik dab masih beruntung.

Tadi terasa sedikit pening dan tidak sesuai bergerak di luar rumah. Maka duduk sahaja di dalam rumah sambil melayan diri sendiri dengan membaca buku-buku yang terdapat di dalam rumah. Dengan itu terbacalah mauduk yang berkaitan dengan aman dan iman serta lain-lain . Entah berbagai-bagai lagi maklumat yang dibaca tetapi tidak mampu mengingatinya satu persatu. memangpun akal yang sihat berada pada orang yang sihat. Dengan itu tidak akan dipaparkan di sini topik tersebut kerana perolehan bacaan itu sekadar kognitif sahaja tidak berupaya menerangkannya kepada orang lain, hanya untuk diri sendiri sahaja.

Bacaan buat kali kedua mungkin boleh meningkat ke tahap kefahaman yang lebih tinggi iaitu kefahaman secara afektif dan seterusnya sehigga mampu menghayatinya. Sekiranya seseorang itu mempunyai ilmu pengetahuan pada tahap tersebut semestinya mereka kena sampaikan (tabligh) kepada orang lain, kalau tidak akan dipersoalkan Allah di kemudian hari nanti.

Seterusnya saya terbaca suatu Hadith yang agak panjang tetapi menarik perhatian saya untuk diabadikan di sini. Renungilah moga-moga akan mendapat manfaat darinya.

###

Berfirman Allah Taala:

Hai hamba-Ku!. Bahawasanya Aku telah mengharamkan zalim itu ke atas diri-Ku, dan begitu juga Aku haramkan di antara kamu, oleh itu kamu janganlah membuat zalim sesama kamu.

Hai hamba-Ku sekaliannya kamu sesat melainkan mereka yang Aku hidayatkannya, maka hendahlah kamu minta Aku hidayahkan, nescaya Aku hidayah akan kamu.

Hai hamba-Ku sekaliannya kamu lapar melainkan mereka yang Aku memberi ianya makan, maka hendaklah kamu minta Aku beri makan, nescaya Aku beri makan.

Hai hamba-Ku sekalian kamu bertelanjang melainkan mereka yang mereka yang Aku beri pakai, maka hendaklah minta Aku beri pakai nanti Aku beri kamu pakai.

Hai hamba-Ku bahawasanya kamu berbuat maksiat siang dan malam dan memang Aku mengampun sekalian dosa kamu, hendaklah kamu meminta ampun nescaya Aku ampun bagi kamu.

Hai hamba-Ku bahawasanya kamu tiada berdaya hendak mudaratkan Aku , dan tiada berkuasa hendak manfaatkan Aku .

Hai hamba-Ku jika bahawasanya orang dahulu kala dan yang kemudian, manusia dan jin sama sekali yang berthabit mereka itu sebagai satu hati yang bersifat taqwa. sekalipun tiada melebihi oleh yang demikian pada kerajaan-Ku akan sesuatu.

Hai hamba-Ku sekiranya jika berthabit atau bersatu hati orang dahulu kala dan orang kemudian sebagai seorang yang empunya hati yang amat-amat jahatnya, tiada jua mengurangkan kerajaan-Ku barang sedikitpun.

. Hai hamba-Ku: Sekiranya orang dahulu kala, orang kemudian, manusia, jin berhimpun mereka itu di suatu tempat buat memohon kepada-Ku kemudian Aku beri akan permohonan mereka itu, tiadalah mengurang oleh yang demikian barang yang di sisi-Ku melainkan sebagaimana mengurang oleh jarum akan air yang dicelup ke dalam lautan.

Hai hamba-Ku hanya sanya segala gerak geri kamu itu ialah amalan kamu yang mana Aku taqdirkan bagi kamu, kemudian Aku sempurnakan akannya oleh itu siapa dapat kebajikan hendaklah ianya berucap " Alhamdulillah" , sebaliknya siapa dapat kejahatan janganlah ianya menceritakan akan seorang melainkan dirinya sendiri.
Riwayat Muslim.

Sekian.Wassalam.

No comments: