Thursday, August 27, 2009

Kita merancang Allah pun merancang. Perancangan Allah adalah yang terbaik.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Sebelum kedatangan bulan mulia Ramadan al.Mubarak saya merancang akan menunaikan solat terawih di masjid qariah saya sendiri dan sekali sekala akan ke Masjid Negeri Shah Alam, setakat hari ini baru dua kali ke masjid Bt.3 dan belum lagi ke Masjid Negeri di Bandar Raya Shah Alam kerana terpaksa menolong menjayakan solat terawih di taman tempat kediaman sendiri. Di taman ini sebenarnya tiada surau didirikan oleh itu untuk bulan Ramadan ini Persatuan Penduduk telah berusaha mendapatkan sebuah rumah kosong untuk dijadikan tempat mendirikan solat sepanjang bulan Ramadan ini. Dengan jasa baik dan bermurah hatinya tuan rumah tersebut maka penduduk di sini pun dapatlah menggunakan salah sebuah rumah kosong untuk mendirikan solat yang dimaksudkan itu.

Tiba-tiba sahaja pada suatu malam saya menerima sms daripada salah seorang AJK Persatuan Penduduk meminta saya mengimamkan solat tersebut selama dalam bulan Ramadan ini. Tiada alasan untuk tidak bersetuju, jadi saya membuat pengakuan bersetuju dengan permintaan tersebut tetapi dengan syarat bukan sepanjang Ramadan sekali sekala perlulah ada penggantinya. setakat ini hanya ada seorang pengganti, keinginan saya untuk sekali sekala ke masjid itu masih tertanam di dalam hati kecil, sekarang pun telah rasa rindu dengan kekawan di sana, setakat ini mereka belum mengetahui kenapa saya tidak ke masjid. demikianlah manusia hanya merancang tetapi perancangan Allah akan mengatasi segala-galanya. Sekiranya perancangan kita sama seperti apa yang dirancangkan oleh Allah untuk kita , maka barulah perancangan kita itu berjaya. Perancangan Allah adalah yang terbaik oleh itu saya reda dengan apa yang telah dan sedang berlaku terhadap saya.

Keinginan ke masjid adalah kerana tarikan imam hafiz mengimamkan solat terawih sama ada di masjid qariah saya sendiri atau di masjid negeri kedua-duanya diimamkan oleh imam yang menghafaz al.quran (hafiz). Berimamkan atau menjadi makmum kepada hafiz sudah tentu kita akan dapat mempelajari sesuatu mengenai bacaan al.Quran. Insya Allah saya akan cuba pergi juga ke masjid walaupun tidak dapat pergi sekerap yang dirancangkan sebelum ini.

Demikianlah kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukannya.

Entri ini ditangguhkan buat sementara waktu.........insya Allah akan disambung semula.



Sekian. Wassalam.

8 comments:

KUNTONG said...

Sdr Leenoh : Sesungguhnya Allah telah memilih anda untuk mengimamkan solat terawih di surau tempat saudara.Ini ketentuan Allah. Allah telah menggerakan hati mereka untuk memilih anda. Sesungguhnya anda memang layak.Mudah-mudahan anda dapt mengerjakan tngjawab dengan sempurna dan amalan mulia ini mendapat keberkatan dari Allah swt. Amin.

Nl said...

salam Pak Ngah...

jadi imam lah best...
kalau dah ada penganti
tu ada lah peluang tu... :)

Leenoh said...

Salam Sdrku Kuntong.
Terima kasih kerana memberi dorongan, Kalau diberikan oleh Allah kesihatan, insya Allah saya akan tolong mereka. maklumlah usia sudah purba tenaga pun kekadang hilang ghaib entah ke mana.
Tahun hadapan belum tentu masih ada. sementara masa masih ada nampaknya kita kenalah berebut-rebut melakukan ibadat itu.

Leenoh said...

Salam Naqeeb.
Kalau ada pengganti bolehlah bergilir-gilir, masa itulah peluang ke tempat lain pula...hehehe ..ubah angin.

Anonymous said...

Salam Sdr Leenoh.

Izinkan saya tambah sedikit:-

1) Perancangan, Usaha dan Doa Tawakkal datangnya dari hamba NYA yang lemah.
2) Ketetapan datangnya hanya dari ALLAH SWT yang telah menetapkan segala yang bakal terjadi.
3) Ketentuan datangnya hanya dari ALLAH SWT yang Maha Hak menentukan berlakunya sesuatu ketetapan.
3) Kejadian ialah bila ALLAH SWT perintahkan "Jadi...".

...maka jadilah Imam Leenoh!


Alhamdulillah.

Leenoh said...

Salam Zaidi.
Terima kasih kerana memberi ulasan yang menjurus kepada memurnikan aqidah, di mana proses pemurnian itu wajib dijagai dan diteruskan sepanjang masa supaya gejala syirik yang sangat berbahaya itu tidak menghinggapi diri kita.

Anonymous said...

Saudara leenoh semoga sihat sejahtera.Alhamdulillah,Allah telah memilih anda,zahirnya saja penduduk pilih hakikatnya dari Allah jua,semuanya gerak daripada Allah, mereka nak memilih anda juga digerak Allah dan anda nak terima juga digerakNya,Itulah yang dikatakan Qadha dan Qadar Allah berlaku setiap detik ke atas kita cuma kita saja tidak menyedari tentang hakikat Qadha Qadar Allah.Ramai yang menyangka bila berlaku perkara2 yang besar atau musibah baru kata qadha qadar Allah,kan Allah itu RABBAL AALAMIN
(arba)

Leenoh said...

Salam Sdr.Arba.
Terima kasih sahabatku Arba kerana sudi memberi ulasan yang sangat membina, sudah tentu dapat menjadi panduan kepada diri saya dan pembaca blog ini.
Demikianlah tasauwur dan fikrah Islam terhadap kehidupan dan kaitannya dengan Allah Taala.