Saturday, August 22, 2009

Jom kita baca macam-macam sms mengenai puasa Ramadan .


Belum Berbuah - Kurma.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Malam tadi saya menerima sms ucapan Selamat Berpuasa daripada kekawan, tertulis dan terungkap berbagai-bagai madah dan kata-kata motivasi mengenai puasa Ramadan, begitu kreatif dan kritis minda orang muda sekarang, sungguh bertuah orang muda yang mengambil berat mengenai Ramadan dan amnya mengenai kewajipan ibadat yang diperintahkan Allah. Stok umur mereka masih banyak lagi yang berbaki. maka banyak lagilah peluang di hadapan mereka. Syukur alhamdulillah. Cuba tengok dan baca di bawah ini tentu menyeronokkan anda semua. Jom kita tumpang sama, kot-kot bernasib baik.

###

Di antara kata-kata dan ungkapan tersebut:

KARNIVAL IBADAT SEMPENA BULAN RAMADAN.
Tarikh : 1 sehingga 29 Ramadan.
Tempat : Seluruh Dunia.

ACARA-ACARA UTAMA:
> Berpuasa.
> Solat Sunat Terawih.
> Sahur.
> Zakat Fitrah

ACARA SAMPINGAN:
> Zikrullah.
> Qiamullail.
> Sedekah.
> Tadarus Al.Quran.
> Dan sebagainya.

BONUS HEBAT :
> Pahala 1000 bulan. Lailatul Qadar.
> Doa dimakbulkan.
> Sihat tubuh badan.
> Diskaun 100% & sebagainya.

CEPAT !!!. NANTI TERLAMBAT !!!.
Ganjaran dari Allah Taala,
sementara stok umur masih ada.


Untuk maklumat lanjut .
Sila rujuk Al.Quran dan Al.Hadis
serta
Alim Ulamak.


( Terima kasih. Cikgu Yahya ).

###

Kedatanganmu dirindui.......,
Kehadiranmu dirai.........,
Pemergianmu ditangisi.......,
Marhaban Ya Ramadan.......,
Selamat Menyambut Ramadan al.Mubarak.

( Terima kasih Cikgu Che Lah & Famili )


###

Sekejap tadi jam 3.30 petang saya terima lagi satu sms, cuba baca di bawah ini.

Wahai tetamu Ramadan untukmu Rahmat & Maghfirah...airmata taubat dendangan tadarrus yang berselimutkan Terawih & berbantalkan tahajjud...Semoga mewarisi Jannatul Firdaus - Salam Ramadan Al.Mubarak.

( Terima kasih Nan Besi sahabat lamaku ).

###

Sekian dahulu.Wassalam.

6 comments:

Cikgu Ije said...

ada promotion. priceless.

:)

Nl said...

salam pak Ngah...

errr org muda pun belum tentu
stok umur dia cukup untuk tahun2
mendatang huhuhuhu

Leenoh said...

Salam ije.
Lebih kurang macam tu lah ije.Tapi ini lebih hebat lagi.

Leenoh said...

Salam Naqeeb.
Betul kata Naqeeb, bungapun gugur, buah mudapun gugur tetapi biasanya stok depa banyak lagi...Naqeeb masuk zon mana, zon muda ke. tua ke atau purba ke hehehe.

Luthfi Suib said...

wah, ramai org bg pak ngah sms.
saya dua tiga kerat ja. huhu

Leenoh said...

Salam Luth Textile.
Yang ramai tu huruf-huruf yang ditulis, sms cuma tiga ja. hehehe