Kini aku tidak sabar lagi menunggu menjadi lebih pandai kerana ingatan itu telah sampai penghujungnya.
Aku gunakan juga puisi lemahku untuk aku menyebut-nyebut nama kampungku dan kampung-kampung berjiran.
__________________
Gajah Mati, Langgar, Pokok Sena.
Bukit Payung ,Kubur Panjang.
Alor Budi, Kampung Nawa.
Minangkabau mukim Tualang.
Permatang Harimau, Kubang Pisang.
Pokok Asam, Kampung Baru.
Alor China, Lubuk Keriang.
Alor Pak Ngah, Banggul Senu.
Alor setul, Alor Tebuan.
Titi Hj.Idris, Alor Senibung.
Haji Naik Kayu, Alor Sekawan.
Juara Tua, Kampung Padang.
Kepala Bukit, Kampung Tobiar,
Kubang Jelai, Bukit Raya.
Kampung Penyarom, Padang Nyior.
Pekan Tokai, Kampung Senggora.
Sungai Mati, Alor Pudak.
Itulah kehidupanku zaman budak.
Seluruh kampung aku berarak.
Kini tinggal sangatlah jarak.
Bertutur Siam semasa berborak.
Baik dewasa mahupun budak.
Bertutur Melayu tersedak- sedak.
Itulah realiti zaman aku budak.
Kampungku ibarat bunga mewangi.
Bau semerbaknya masih kuhidu.
Sejarahnya kusimpan sampai mati.
Aku berhijrah Allah penentu.
Adakah anda serupa aku.
Jika terbaca di alam maya.
Nukilkan ulasan beri aku tahu.
Biar aku tahu kita serupa .
___________________________
Komen anda dihargai
- Leenoh said...
Sdr.Kuntong.
Semoga anda sekeluarga sihat walafiat dan sentiasa mendapat hidayah daripada Allah Taala.
Puisi ini serampang dua mata.
Sambil berpuisi menambahkan pembaca.
Mereka membaca aku punya cerita.
Menambahkan kawan ajak bermesra.
Pj selamba telah kupikat.
Rupanya kita satu syarikat.
Itulah sebenarnya hendak kurapat.
Berjumpa sahabat, juga kerabat.- _________________________________________
- PJ selamba said...
salam
ngeee
wah wah wah!
pak ngah buat saya teringat kampung halaman!
adeh
rindunya nak balik kampung...
pak ngah duk mana kat kedah?
hehe
kampung saya pun ada sekali...
- Leenoh said...
Salam.
Anak penakanku PJ Selamba.
Dalam puisi telah kukata.
Panjang sudah Pakngah cerita.
Pakngah orang Alor China.
Kenapa anda asyik bertanya.
Tiada cerita gerangan di mana.
Gajah Mati atau Pokok Sena.
Jangan biar Pakngah Teka.
Teka bukan ilmu nyata.
Itu cuma syak wasangka.
Ingatkan cempedak rupanya nangka.
Biarlah sendiri buka cerita.
Supaya tidak hanya teka.
Baik di sini atau di sana.
Semuanya kuingin dengar cerita.
Agar senang berjumpa pula.
Sekian dahulu kutangguh cerita.
Sehingga kita berjumpa pula.
Salah dan silap jangan dibawa.
Biarlah Allah ampunkan dosa.
- Dee said...
huhuhu..dee xde kg..dee anak kl jati..
- Leenoh said...
Salam.
Sdri.Dee.
Di situ asal kita maka di situlah juga kampung kita, walaupun tidak disebut kampung tetapi hakikatnya itulah halaman atau kampung halaman kita.
Bersetuju tak.- _______________________________
- ijechan said...
balik rumah parents memang menenangkan jiwa nestapa. =)
- Leenoh said...
Salam.
Sdri. Ijechan.
Begitulah orang yang berhijrah dan merantau ke tempat orang.
Bila balik kampung akan rasa kelainan, apapun jauh perjalanan banyak pandangan dan menambahkan pengalaman.
Wassalam.- _________________________
- KerusiMaLas said...
Salam Pak Ngah..
Ini baru Sasterawan Bangsa..ehehe.
Cantik bahasa Pak Ngah gunakan..Sebut pasal kampung halaman..teringat pula orang tua dikampung..saya ni dah le merantau di KL hampir 13 tahun...sekali sekala sahaja pulang menjenguk orang tu..
Erm...TQ Pak Ngah..Salam.- KerusiMaLas said...
Pak Ngah..satu lagi..saya cadangkan pak ngah buka satu blog...khusus pasal sastera...pantun ke...puisi ke..menarik juga...saya sokong!
- Leenoh said...
Salam.
Sdr.KerusiMaLas,
Segala pujian utk Allah kerana Dialah yang mencipta kita,
Sebenarnya Pak Ngah tidak pandai berpuisi , Pak Ngah buat hanya sepontan dan secara hentam kromo sahaja. Ahli Sastera pasti dapat menilainya.
Pak Ngah pun menunggu kalau-kalau ahli sastera tolong baiki puisi Pak Ngah, mungkin mereka tidak membaca puisi hentam kromo seperti ini, selepas ini nampaknya Pak Ngah kena cari buku berkaitan untuk perbaiki mutu puisi Pak Ngah tu.
Kesimpulannya buat masa sekarang Pak Ngah rasa belum layak utk diketengahkan.Cadangan saudara mungkin boleh direalisasikan dalam bentuk menyalin (copy) semua puisi yang telah diposkan itu dikumpulkan di dalam satu blog utk senang dibaca oleh sesiapa yang berminat, itupun kalau telah banyak tajuknya.Insya Allah akan difikirkan lagi.
Pak Ngah sangat menghargai pandangan itu dan diucapkan terima kasih.
sekian.
- PJ selamba said...
dari tokai ke batu menunggul
bukit raya ke bukit choras
betul betul betul
sokong kerusimalas
sebenarnya tak perasan ada nama pj selamba
rupanya dalam pantun kedua
saya anak kubang jelai bukan hosba
jauh lagi dengan paya rawa
dun bukit raya bertukar tokai
akibat buat persempadanan semula
balik mengundi ramai ramai
menunaikan tangunggjawab kita bersama
haha
amacam? ok tak pantun tu...
ekekeke- Leenoh said...
Mansur Lazim anak Kubang Jelai.
Menjadi guru tidak pernah lalai.
Rakan rapat tidak pernahlah abai.
Akhirnya di Jitra dia bersantai.
Alor Ali dekat Kampung Rambai.
Kampung Padang dekat Tanjung Radin.
Di situ keluarga ibuku yang ramai.
Darah keturunan Tok Mat Kelantan.
Nenek sebelah ibu Kampung Sena.
Keluarga ayahku Tobiar dan Tualang.
Haji Ali Kaya talian keluarga.
Penghulu Jusuh sepupu sepayang.
Dari Kubur Panjang sampailah Tualang.
Bercakap Siam sedikit Melayu.
Merekalah keluarga yang kusayang.
Paktam Kob juara sejarah keluargaku.
Orang Kampung Jelai pasti tahu.
Tok Mat Kelantan Kampung Padang.
Orang lama telah pergi dahulu.
Datuk Sham pengurus Persatuan Peladang.
Semua itu adalah keluargaku.
Betapa ramai mereka di situ.
Jika khenduri seekor lembu.
Belum dapat layan tetamu.
Sengaja Pakngah buat cerita.
Supaya pengetahuan lebih terbuka.
Maklumat tersebar merata-rata.
Jika musykil datanglah bertanya.
____________
PJ saja Pakngah buat bagi merapu sikit untuk merihatkan minda dikala kusut, hehehe, mula-mula Pakngah tulis hentam kromo, sebab itu, kalau diulang baca dah berubah pula, sebab "diedit" pula.
agaknya berubah fikiran.
Wassalam.
- Izzah Marzuki said...
owh, kita sekampung rupanya.. =)
well said, en. leenoh.- Leenoh said...
Sdr.Izzah Marzuki,
Terima kasih respon anda.
Dunia sekarang semakin bitara.
Tetapi dekat dalam bicara.
Hanya gunakan ruang maya.
Memang kita datang sekampung.
Kampung Berangan atau Banggul Besi.
Kalau tidak disebut kampung.
Di mana tempatnya hendak kucari.
Mungkin keluarga ada pertalian.
Kusebut Penghulu Jusuh diawali.
Menjadi penghulu ikut keturunan.
Itulah punca senang dikenali.
Penghulu Mahmud mukim Tajar.
Muhammadan dilantik menjadi pengganti.
Itulah lingkungan keluarga berakar.
Tidak ingat secara terperinci.
Tercapai juga hasrat di hati.
Orang kampung yang kucari.
Berjumpa kita di blogku ini.
Kuyakin ramai mereka di sini.
Sengaja kupanjangkan cerita.
Supaya orang kampungku membaca.
Agar minda mereka terbuka.
Senanglah nanti mencari keluarga.
Sampai di sini penghujung cerita.
Salah silap pasti ada.
Semoga Allah ampunkan dosa.
Berjumpa lagi di alam maya.- ________________________________
- ManSaari said...
Ustaz mengembalikan nostalgia saya di desa kelahiran 'kampung gelam' (alor gelam)
teringat segala alor yang berjiranan.
alor tebuan
alor biawak
alor pak ngah
alor cina
alor senibong
alor gelam
alor rela
alor keladi
alor melintang
alor semela
alor buluh
alor sekawan
terima kasih. sesungguhnya pengalaman masa kecil/remaja kita terlalu mahal yang tidak mungkin dilalui dan dirasai oleh generasi sesudahnya.- Leenoh said...
Salam, Cikgu Mansaari.
Terima kasih atas respon yang diberikan, cuma saya rasa sedikit segan dan malu, bila mengetahui rakan yang pandai dan mahir dalam penggunaan bahasa dan puisi, membaca puisi hentam kromo saya ini tetapi rasa ukhuwah itu mengatasi segala-galanya maka saya beranikan diri meluahkan rasa untuk mencari kekawan, akhirnya terjumpa dan melegakan hati, terjumpanya kita di pagi Hari Raya yang lepas masih terbayang di hati dan masih bernafas diingatan, terbayang muka dengan pakaiannya sekali, itulah kesan bila berjumpa orang kampung sendiri, bertambah pula kita bekerja sekali, berjumpa seorang kawan seperti membaca sebuah buku, terbayang kampung, terbayang tempat kerja dan terbayang satu negeri. begitulah hebatnya peranan hati,terpahat di dalam , tidak boleh dicungkil lagi, akan dibawa ke alam abadi.
Wassalam berjumpa lagi.- __________________________
- Anonymous said...
kokbah tokai tenpat bertandang
alor besar tempat tetapku.
kampung halaman tempat yang tidak dilupakan oleh setiap orang.inilah menyebabkan orang tidak lupa daratan dalam mengejar dunia dan akhirat.Andainya kita lupa, inilah yang menyebabkan orang lupa asal usulnya,dari mana sebenar asalnya,bukankah kita berasal dari air yang hina dan keluar dari tempat yang hina pula.Kalau kita sering ingat asal/kampung dan akan kembali suatu nanti,insya Allah kita tidak terbabas di mana saja kita berada,inilah KAMPUNG HAKIKI yang dimaksudkan(arba bedong)- Leenoh said...
Kokbah ucapan bahasa Siam.
Melayunya hutan naik menggila.
Itulah kesan sejarah silam.
Perlu diingat sampai bila-bila.
Alor Besar 5km sampailah Alor China.
Saudara Arba gerangan orangnya.
Dunia akhirat kita bersaudara.
Mulia Orang Islam pada taqwanya.
Biar selut dan lintah ukurannya.
Begitulah takdir Allah dahulunya.
Bukan bukit atau taman bunga.
Tetapi hulu Alor china.
Biarlah hulu duduk kampungnya.
Asalkan akal panjang ke angkasa.
Dapat juga membela anak bangsanya.
Putih mata dapat dijauhkannya.
Terima kasih kerana memberi respon.
Wassalam.
Sekian. Wassalam.
Salam:
Leenoh, begitulah keadaannya, bila kita berjauhan dari kampung halaman, kita akan mengingati tempat yang menjadi kenangan kpd kita. Bak kata orang-orang lama, TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG, INI KAN PULA TEMPAT BERMAIN. Begitu jua dengan orang yang udah tiada. Semasa ada hayatnya, kita selalu bergurau senda atau bermasam muka dengannya, tetapi bila sudah tiada, semuanya terkenang-kenang. Kekadang ianya boleh mengalirkan air mata tanpa kita sedari. Kata orang-orang tua, DEKAT BAU BUSUK, JAUH BAU WANGI.Begitulah ragam dunia ini.
Terima kasih.