Monday, February 23, 2009

Para Pemblog - " Bloggers" - Blog.






السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Pada hari ini saya ingin menulis dan mengutarakan beberapa perkara berkaitan dengan Pemblog "bloggers" dan blog secara ringkas, walaupun saya sebenarnya baru sahaja terlibat dengan aktiviti blog memblog ini tetapi setelah saya menonton program TV Astro Awani pada hari minggu kelmarin ( semalam) maka rasa terpanggil juga untuk menulis mengenai mauduk ini. Dalam forum tersebut berbagai perkara telah disentuh, diharap program seperti ini akan diteruskan dengan perbincangan yang lebih menarik lagi supaya laman blog ini diakui kewujudannya dan perbincangan tersebut tidak syak lagi ianya telah memberi manfaat kepada para penonton, terima kasih kepada Astro Awani.
Dalam perbincangan yang melibatkan berbagai tokoh itu telah berjaya mengupas dan memberi kefahaman serta maklumat dengan jelas kepa
da para penonton tentang alam blog ini, beberapa persoalan telah ditimbulkan yang sememangnya selama ini pun ramai yang terfikir begitu, dengan itu hujah yang dikemukakan menjadi akur dengan pendapat saya dan mungkin sebahagian besar daripada pemblog lain yang mengikutinya.
Di antara persoalan yang ditimbulkan dan saya juga
terfikir perkara yang sama, adakah blog membawa keburukan, adakah blog juga membawa kebaikan, adakah perkembangan blog perlu disekat dan perlukah diadakan undang-undang khas untuk mengawal pemblog daripada menulis perkara-perkara yang karut marut atau apa yang dianggap tidak baik bagi sesetengah pihak atau sememangnya tidak baik.Adakah blog akan menjadi media maya arus perdana pada suatu hari nanti dan akan dirujuk oleh semua pihak termasuk pihak yang berwajib.
Adakah juga akan wujud nanti blog yang berkualiti dalam bidang masing-masing sehingga merentas sempadan dan menjadikannya bertaraf dunia, perkara ini tidak mustahil berlaku , sekiranya para ilmuan berbagai bidang menceburkan diri dalam bidang penulisan blog ini.


Di antara pendapat dan pandangan saya mengenai pemblog dan blog ini;

(1) Pemblog "Bloggers" perlulah berakhlak dan bertanggungjawab.Walaupun blog tersebut milik sendiri kerana sama juga , seumpama; setiap hari kita bercakap, berbincang, berbual dan bersembang dengan menggunakan lidah kita sendiri tetapi kita masih menjaga akhlak,. Sebaik sahaja selepas jari jemari pemblog menaip di hadapannya wujud pembaca walaupun nun jauh atau hanya di sebelah dinding dan mungkin mereka sedang berintraksi dengan pemblog dengan perantaraan dan wasilah alam maya, keadaan ini memerlukan akhlak dan moral.

(2) Kebaikan dan keburukan blog.
Blog diibaratkan seperti alat pengangkutan seperti bas, lori, kapal terbang, kapal laut, feri dan seumpamanya. Terpulanglah kepada pemgendalinya untuk mengisi apa sahaja barang yang dikehendakinya di dalam kenderaan tersebut, asalkan barangan tersebut diizinkan oleh masyarakat, kalau kenderaan tersebut diisi dengan barangan yang dilarang dan menyalahi akhlak dan mor
al manusia, sudah tentu pemblog tersebut akan dikutuk masyarakatnya.

(3) Pemblog berwawasan.
Blog seharusnya berobjektif,
bermatlamat dan berwawasan. Blog yang terdapat di alam maya sekarang ini terdapat berbagai-bagai kategori, kategori ilmiah, politik, dakwah, santai dan berbagai-bagai, semua kategori ini sudah tentulah mempunyai sahsiah dan identitinya yang tersendiri. Kategori yang saya namakan sebagai santai sihat ini rasanya mereka tidaklah terikat sangat dengan penggu
naan Bahasa Melayu Baku kerana sesuai dengan sifatnya yang menjurus kepada rehat minda dan menceriakan suasana serta bersuka-suka.

(5) Pemblog dan blog bebas bersuara.
Sebenarnya manusia tidak pernah merasai kebebasan mutlak di dunia ini, hanya di syorga sahaja wujud pembebasan mutlak, manusia sentiasa terikat dengan batasannya tersendiri samada tersurat atau tersirat, sekurang-kurangnya akhlak yang dimiliki membatas
kan dirinya.

(6) Undang-undang.
Adakah perlu diwujudkan undang-undang untuk mengawal penulisan blog ini supaya ianya tidak menulis perkara-perkara yang karut marut. Pada pendapat saya buat masa ini belum perlu kerana masyarakat kita belum lagi menguasai bidang ini secara penyeluruh, mungkin termasuk Ahli Parlimen kita sendiri dan pihak atasan yang lain.


(7) Penggunaan Bahasa:
Blog Bahasa Melayu. Bahasa yang digunakan oleh pemblog perlulah menggunakan Bahasa Melayu Baku sedaya upayanya atau mengikut kemampuannya, sekurang-kurangnya 70% adalah menggunakan bahasa baku supaya bahasa jiwa bangsa itu dapat diwarisi dan diteladani oleh mereka yang lebih muda. Khususnya blog ilmiah yang sering diikuti oleh mereka yang dahagakan ilmu, keadaan ini dianggap sesuai dengan identitinya .

(8) Seruan Makruf dan cegah kemungkaran:
Tugas ini menjadi tanggungjawab setiap orang Islam secara berterusan, samada pemblog atau bukan pemblog, seruan ke arah makruf dan kebaikan dituntut supaya disampaikan secara berhikmah dan begitu juga mencegah kemungkaran. tetapi, kerana manusia itu ramai maka wujud pula berbagai ragam dan kaedah yang terjana mengikut keadaan dan situasinya yang tertentu.
Sebagai contoh; Jika terdapat dengan jelas seseorang itu telah membuang duri di tengah laluan awam atau mencemarkan sungai dan seumpamanya di sana akan tercetus larangan dari berbagai pihak dan juga terwuju
d berbagai kaedah, ada yang halus, sederhana dan kasar. Kaedah-kaedah ini tidak boleh lagi dipersalahkan kerana perkara yang paling utama memberhentikan pesalah itu tadi daripada meneruskan perbuatan buruknya. kita tidak seharusnya hilang fokus dan nilai. Begitulah juga akan terjadi dan berlaku di dalam penulisan blog.

(9) Identiti diri.
Pada pendapat saya pemblog bebas untuk memperkenalkan dirinya samada melalui nama sebenar, nama kedua atau nama pena kerana selebihnya diri mereka akan dikenali melalui penulisan yang dihasilkan oleh mereka.

Sekadar ini dahulu, selebihnya saya serahkan kepada anda, tentang kekurangan dan perbezaannya anda boleh gunakan ruangan ulasan untuk memurnikan lagi .

Sekian. Allah Maha Mengetahui. Wassalam.


__________________________________________
Ulasan anda dihargai.


Blogger PJ selamba said...

salam...

Adakah blog membawa keburukan?

Ada ya, ada tidak...
sebenarnya bergantung pada tujuan asal blogger itu sendiri buka blog...
apa nak dia ketengahkan, apa yang nak dia kongsi dan apa yang nak disampaikan.
bagi saya, tujuan saya hanya berkongsi minat, tambah kenalan dan sebarkan apa saja ilmu yang ada...
blog sebagai medium terbaik untuk kita sebarkan maklumat, sama ada maklumat tu berunsur politik, nasihat, petua atau macam² lagi...
macam yg saya katakan, cara saya, sebarkan info² tertentu yang berguna (namun ada jugak yang sekadar minat kosong atau saja²).
ada yang berusur nasihat dan kesedaran untuk orang ramai...seperti post² saya sebelum ni...
sebab saya bukan cikgu, mahupun penceramah yang boleh sebarkan pengetahuan dan nasihat kepada pendengar²...
jadi saya gunakan blog sebagai perantara saya...dan ia cukup berkesan, bergantung sebesar mana audience yang saya ada...
untuk nasihat dan apa² yang berguna, itu dah memadai...
dapat buat org insaf, atau bersyukur, atau amalkan apa² kebaikan yang kita kongsi...itu dah sangat memuaskan hati...
pahala yang kita dapat...
betapa mudahnya naak dapatkan pahala sebegitu kan...
renung²kanlah...

p/s: sori pak ngah, saya cakap byk pulak saya kali ni...hehe

February 23, 2009 9:25 AM

Delete
Blogger Leenoh said...

Wahai anak penakanku, PJ Selamba. Tulislah dengan selamba sahaja, kalau panjang lagi, lagi baik sebab Pak Ngahmu baru tulis sidikit sahaja, ada banyak lagi benda yang hendak disampaikan tetapi Pak Ngahmu bagi peluang kepada pengulas-pengulas kerana mereka mempunyai banyak hujah lagi.Termasuklah Pj Selamba. kalau ada lagi perkara yang hendak disampaikan teruskan lagi, hehehe, bukan kena bayar pun.

Pj Selamba sebenarnya telah mengambil sikap yang betul dan memeberi manfaat kepada dirinya dan juga masyarakat. Menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta pengalaman hidup melalui penulisan yang disiarkan melalui blog adalah salah satu cara berdakwah dan berbakti kepada masyarakat.

Saya sering mengikuti blog anak muda ini, blognya sentiasa disisipkan dengan cerita-cerita yang mengandungi nilai-nilai baik dan bermoral.
Terima kasih kerana memberi respon. Pak ngah bergurau sahaja tadi, selepas senyum sedikit kemudian abaikan,Ya kalau tidak, nanti kurang ceria, hehehe.
Wassalam.

February 23, 2009 11:03 AM

Delete
Blogger guru_cikgu said...

Blog kita, milik kita, hasil idea kita, hasil minda kita, so tulislah apa sahaja asal jangan ganggu orang lain, kacau orang lain, hentam orang lain, kritik orang lain dan lain-lain kecuali milik kita dan milik masyarakat. Paling baik tulis hak elok-elok belaka, maklumlah mana ada orang nak baca cerita dia yang tak elok.

February 23, 2009 11:56 AM

Delete
Blogger Leenoh said...

Terima kasih kerana memberi respon, Cikgu telah lama menghilang, saya akan ziarahi blog cikgu nanti.
Nasihat cikgu supaya tulis perkara-perkara elok diharap akan diikuti kerana perbuatan seperti itu akan memberi manfaat kepada kita dan masyarakat.
Wassalam.

February 23, 2009 4:56 PM

Delete
Blogger Nurhani Salwa Binti Jamaluddin said...

Salam Pak Ngah,

Pada saya, everything ada limitnya. Blog pun ada limitnya. As a general rule, blog dibenarkan, tetapi selagi tidak menyentuh perkara2 dilarang oleh Hukum Syarak, hak-hak sesama manusia,undang-undang yang sedia ada, maka adalah bebas kepada semua blogger untuk memblog se'blog-blog'nya, tak ada sekatan.. Kalau dah menyentuh privasi orang, fitnah, tuduhan tanpa saksi,blog tak bermanfaat, lebih baik jangan memblog, kerana lebih banyak kesan dharurat dari manfaat. COntohnya laman2 blog lucah, menghina Islam, perjudian, semuanya dilarang dalam Islam. Ini yang dinamakan 'haad' (limitasi) dalam perkara yang diharuskan. Saya setuju dengan pandangan pak Ngah, cuma bahasa, tak perlulah Bahasa Baku. Yang penting mesej kita sampai. Kemudian, mengenai undang-undang, saya bersetuju, supaya kita dapat menjaga maksud2 syariah, seperti agama (blog hina Islam), nasab (maruah seseorang) harta (harta intelek), aqal (blog lucah), daripada serangan2 yang merosakkan. Wallahua'lam.

February 23, 2009 6:05 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam Hani.
Terima kasih kerana memberi respon yang bernas dan bertenaga,
Pak Ngah tidak perlu mengulas kembali kerana semua telah jelas, cuma mengenai bahasa itu maksud Pak Ngah memadai seperti bahasa yang kita gunakan sekarang, sebahagian besar bahasa baku telah digunakan.
Bahasa Melayu baku yang digunakan di dalam lima komentar di atas telah mencukupi. Asalkan tidak hilang asas bahasa baku, jika blog-blog yang diwujudkan semata-mata untuk bersantai-santai sahaja, mungkin tidak diberatkan untuk menggunakan bahasa Melayu baku.Tetapi blog-blog yang berwawasan jauh memerlukan bahasa tersebut, supaya semua perkara dapat dibereskan secara bersepadu.
Pada keseluruhannya pandangan Hani bermutu tinggi dan berwawasan. Pak Ngah bersetuju dengan pandangan tersebut.
Wassalam.


February 23, 2009 6:53 PM

Delete
Blogger Mak Su said...

saya mencuba utk tidak jadi sia-sia dan mensia-siakan. tapi feel saya adalah funny, itulah yang kadangkala saya bawa. :)

February 24, 2009 11:00 AM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam.Mak Su.
Allah Taala Maha Kaya dan Bijaksana menciptakan manusia dengan mengurniakan kepada mereka dengan wajah yang berbeza-beza, bakat berbeza dan minat juga berbeza, ini semuanya untuk memudahkan kehidupan manusia di dunia ini, dengan cara itu kita boleh menumpang atau berkongsi di antara satu sama lain.
Saya ikuti blog Mak Su walaupun tidak setiap hari, saya dapati Mak Su sentiasa sisipkan nilai-nilai baik untuk dihayati bersama.
Nilai-nilai baik yang disisipkan itu memberi kesan yang mendalam kepada pembaca,
Saya tidak mempunyai kebolehan tersebut tetapi keistimewaan tersebut ada pada Mak Su dan Mak Su telah memanfaatkannya.
Saya berminat dengan cara anda.
Wassalam.


February 24, 2009 11:41 AM

Delete
Blogger Dee said...

sy hanya memblog utk suka2 dan lebih kepada santai..bahasa baku tidak sesuai digunakan utk blog yg sebegitu..tp utk blog yg berilmiah spt blog saudara leenoh..ianya bolehlah diguna pakai..apa2 pun hati2 bila berblogging..jgn buat org sakit hati dan kita sendiri pun akan sakit hati nanti..hehehe..

February 24, 2009 12:19 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Sdri.Dee.
Saya pun bersetuju dengan anda, Pandangan saya dalam blog ini pun saya sebut begitu, saya sendiri sedia satu blog untuk bersantai-santai. kalau orang tidak suka kita terpaksalah kita terima, kita kenalah berfikiran terbuka, kalau tidak blog kita kena buat secara tertutuplah.
Kepada kawan-kawan blog, saya melihat pada persamaan supaya kita dapat kekal berkawan, kalau melihat kepada perbezaan tentulah dengan siapa pun kita susah hendak berkawan kerana manusia Allah jadikan berbeza-beza.
Dalam perkara tiga saya jelaskan maksud menggunakan bahasa yang baku itu, blog jenis santai tidak terikat dengannya , tiada sebab mereka hendak sakit hati pula.
saya tidak menyindir sesiapapun, cuma memberi pandangan dan pendapat saya tentang blog dan perkembangannya.
Kalau ada orang terasa. saya dengan rendah diri memohon maaf tetapi sebelum itu kenalah baca betul-betul terlebih dahulu.
Saya sendiri pun melayari blog yang seperti itu dan memberi sokongan melalui komen-komen. Walaupun blog itu dibuat untuk suka-suka sahaja tetapi terdapat mesej yang baik di dalamnya seperti tip-tip mengenai pemakanan, kesihatan, perhiasan dan membantu kekawan dalam hal "blogging" dan sebagainya. sdri. Dee sendiri memberi respon kepada saya tentang mesin urut supaya saya menceritakannya tentang mesin itu dan ianya telah memberi ilham kepada saya membuat satu entri berkenaan dan saya membuatnya kerana saya memandang positif kepada gurauan tersebut.


Kepada Sdri. Dee saya ucapkan terima kasih banyak kerana sudi memberi nasihat dan peringatan kepada saya,
Saya akan cuba menjaga hati semua orang sekadar yang mampu kerana kita tidak mampu memuaskan hati semua orang dan begitu juga semua orang tidak dapat memuaskan hati kita seorang.

Itulah pandangan saya samada dikeluarkan atau tidak ianya berada di dalam minda. Ini hanyalah pandangan kalau tidak bersetuju abaikan sahaja.

Sekian. Allah Maha Mengetahui. wassalam.

February 24, 2009 1:08 PM

Delete
Blogger Zaidon said...

Salam Pak Ngah..semoga sihat selal,saya pun sama macam PJ Selamba.. ada blog yng bagus ada juga yng tak bagus, manakala blog saya hanyalah sebuah coretan sedikit pengalaman.. : )

February 24, 2009 6:11 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam Zaidon.
Alhamdulillah sihat walafiat, semoga Zaidon juga demikian jua.
Apa yang kita tulis merupakan pilihan kita, di antaranya memilih untuk menyampaikan pengetahuan atau pandangan. Namun begitu di sana kekadang terdapat sesuatu yang tidak dipersetujui oleh pihak lain, sekiranya berlaku demikian rupa, pihak tersebut hendaklah memberi pula pandangan kedua, masing-masing boleh memberi pandangan, sama ada orang lain terima atau tidak itu terpulanglah kepada diri masing-masing.
Sekarang pembaca blog terdiri dari berbagai lapisan masyarakat daripada kanak-kanak sehinggalah orang dewasa,
Asasnya blog kita, kitalah mencorakkannya,orang lain hanya memberi pandangan sahaja, dunia sekarang telah terbuka dan kita juga hendaklah berfikiran terbuka
dan sikap kita itu akhirnya boleh diikuti oleh anak-anak kita.
Pada pendapat Pak Ngah apa yang Zaidon tulis itu adalah suatu penerusan dan menyebarkan ilmu dan pengalaman yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain.
Entri yang berwawasan tertentu dan sebahagian wawasan telah pun dihayati oleh kekawan, sekurang-kurangnya mereka membaca dan memberi komen.
Komen dan ulasan dapat membantu kita untuk terus menulis.
Pak Ngah rasa kagum dengan kesungguhan Zaidon, dalam kesebokan pun masih mempunyai masa untuk menulis perkara yang berfaedah, komen Pak Ngah bukan semata-mata memuji tetapi maklumbalas yang berfaedah kepada Zaidon supaya Zaidon menyedari bahawa entri Zaidon dibaca dan dihargai.
Sekian.Wassalam.

February 24, 2009 7:50 PM

Delete


Delete


Delete

13 comments:

Anonymous said...

salam...

Adakah blog membawa keburukan?

Ada ya, ada tidak...
sebenarnya bergantung pada tujuan asal blogger itu sendiri buka blog...
apa nak dia ketengahkan, apa yang nak dia kongsi dan apa yang nak disampaikan.
bagi saya, tujuan saya hanya berkongsi minat, tambah kenalan dan sebarkan apa saja ilmu yang ada...
blog sebagai medium terbaik untuk kita sebarkan maklumat, sama ada maklumat tu berunsur politik, nasihat, petua atau macam² lagi...
macam yg saya katakan, cara saya, sebarkan info² tertentu yang berguna (namun ada jugak yang sekadar minat kosong atau saja²).
ada yang berusur nasihat dan kesedaran untuk orang ramai...seperti post² saya sebelum ni...
sebab saya bukan cikgu, mahupun penceramah yang boleh sebarkan pengetahuan dan nasihat kepada pendengar²...
jadi saya gunakan blog sebagai perantara saya...dan ia cukup berkesan, bergantung sebesar mana audience yang saya ada...
untuk nasihat dan apa² yang berguna, itu dah memadai...
dapat buat org insaf, atau bersyukur, atau amalkan apa² kebaikan yang kita kongsi...itu dah sangat memuaskan hati...
pahala yang kita dapat...
betapa mudahnya naak dapatkan pahala sebegitu kan...
renung²kanlah...

p/s: sori pak ngah, saya cakap byk pulak saya kali ni...hehe

Leenoh said...

Wahai anak penakanku, PJ Selamba. Tulislah dengan selamba sahaja, kalau panjang lagi, lagi baik sebab Pak Ngahmu baru tulis sidikit sahaja, ada banyak lagi benda yang hendak disampaikan tetapi Pak Ngahmu bagi peluang kepada pengulas-pengulas kerana mereka mempunyai banyak hujah lagi.Termasuklah Pj Selamba. kalau ada lagi perkara yang hendak disampaikan teruskan lagi, hehehe, bukan kena bayar pun.
Terima kasih kerana memberi respon. Pak ngah bergurau sahaja,selepas senyum sedikit kemudian abaikan,Ya kalau tidak, nanti kurang ceria, hehehe.
Wassalam.

GURU_CIKGU said...

Blog kita, milik kita, hasil idea kita, hasil minda kita, so tulislah apa sahaja asal jangan ganggu orang lain, kacau orang lain, hentam orang lain, kritik orang lain dan lain-lain kecuali milik kita dan milik masyarakat. Paling baik tulis hak elok-elok belaka, maklumlah mana ada orang nak baca cerita dia yang tak elok.

Leenoh said...

Terima kasih kerana memberi respon, Cikgu telah lama menghilang, saya akan ziarahi blog cikgu nanti.
Nasihat cikgu supaya tulis perkara-perkara elok diharap akan diikuti kerana perbuatan seperti itu akan memberi manfaat kepada kita dan masyarakat.
Wassalam.

Hunny said...

Salam Pak Ngah,

Pada saya, everything ada limitnya. Blog pun ada limitnya. As a general rule, blog dibenarkan, tetapi selagi tidak menyentuh perkara2 dilarang oleh Hukum Syarak, hak-hak sesama manusia,undang-undang yang sedia ada, maka adalah bebas kepada semua blogger untuk memblog se'blog-blog'nya, tak ada sekatan.. Kalau dah menyentuh privasi orang, fitnah, tuduhan tanpa saksi,blog tak bermanfaat, lebih baik jangan memblog, kerana lebih banyak kesan dharurat dari manfaat. COntohnya laman2 blog lucah, menghina Islam, perjudian, semuanya dilarang dalam Islam. Ini yang dinamakan 'haad' (limitasi) dalam perkara yang diharuskan. Saya setuju dengan pandangan pak Ngah, cuma bahasa, tak perlulah Bahasa Baku. Yang penting mesej kita sampai. Kemudian, mengenai undang-undang, saya bersetuju, supaya kita dapat menjaga maksud2 syariah, seperti agama (blog hina Islam), nasab (maruah seseorang) harta (harta intelek), aqal (blog lucah), daripada serangan2 yang merosakkan. Wallahua'lam.

Leenoh said...

Salam Hani.
Terima kasih kerana memberi respon yang bernas dan bertenaga,
Pak Ngah tidak perlu mengulas kembali kerana semua telah jelas, cuma mengenai bahasa itu maksud Pak Ngah memadai seperti bahasa yang kita gunakan sekarang, sebahagian besar bahasa baku telah digunakan.
Bahasa Melayu baku yang digunakan di dalam lima komentar di atas telah mencukupi. Asalkan tidak hilang asas bahasa baku, jika blog-blog yang diwujudkan semata-mata untuk bersantai-santai sahaja, mungkin tidak diberatkan untuk menggunakan bahasa Melayu baku.Tetapi blog-blog yang berwawasan jauh memerlukan bahasa tersebut, supaya semua perkara dapat dibereskan secara bersepadu.
Pada keseluruhannya pandangan Hani bermutu tinggi dan berwawasan. Pak Ngah bersetuju dengan pandangan tersebut.
Wassalam.

Mak Su said...

saya mencuba utk tidak jadi sia-sia dan mensia-siakan. tapi feel saya adalah funny, itulah yang kadangkala saya bawa. :)

Leenoh said...

Salam.Mak Su.
Allah Taala Maha Kaya dan Bijaksana menciptakan manusia dengan mengurniakan kepada mereka dengan wajah yang berbeza-beza, bakat berbeza dan minat juga berbeza, ini semuanya untuk memudahkan kehidupan manusia di dunia ini, dengan cara itu kita boleh menumpang atau berkongsi di antara satu sama lain.
Saya ikuti blog Mak Su walaupun tidak setiap hari, saya dapati Mak Su sentiasa sisipkan nilai-nilai baik untuk dihayati bersama.
Nilai-nilai baik yang disisipkan itu memberi kesan yang mendalam kepada pembaca,
Saya tidak mempunyai kebolehan tersebut tetapi keistimewaan tersebut ada pada Mak Su dan Mak Su telah memanfaatkannya.
Saya berminat dengan cara anda.
Wassalam.

Dee said...

sy hanya memblog utk suka2 dan lebih kepada santai..bahasa baku tidak sesuai digunakan utk blog yg sebegitu..tp utk blog yg berilmiah spt blog saudara leenoh..ianya bolehlah diguna pakai..apa2 pun hati2 bila berblogging..jgn buat org sakit hati dan kita sendiri pun akan sakit hati nanti..hehehe..

Leenoh said...

Sdr.Dee.
Saya pun bersetuju dengan anda, dalam pandangan saya dalam blog ini pun saya sebut begitu, saya sendiri sedia satu blog untuk bersantai-santai. kalau orang tidak suka kita terpaksalah kita terima, kita kenalah berfikiran terbuka, kalau tidak blog kita kena buat secara tertutuplah.
Kepada kawan-kawan blog, saya melihat pada persamaan supaya kita dapat kekal berkawan, kalau melihat kepada perbezaan tentulah dengan siapa pun kita susah hendak berkawan kerana manusia Allah jadikan berbeza-beza.
Dalam perkara tiga saya jelaskan maksud menggunakan bahasa yang baku itu, blog jenis santai tidak terikat dengannya , tiada sebab mereka hendak sakit hati pula.
saya tidak menyindir sesiapapun, cuma memberi pandangan dan pendapat saya tentang blog dan perkembangannya.
Kalau ada orang terasa. saya dengan rendah diri memohon maaf tetapi sebelum itu kenalah baca betul-betul terlebih dahulu.
Saya sendiri pun melayari blog yang seperti itu dan memberi sokongan melalui komen-komen.

Kepada Dee saya ucapkan terima kasih banyak kerana sudi memberi nasihat dan peringatan kepada saya,
Saya akan cuba menjaga hati semua orang sekadar yang mampu kerana kita tidak mampu memuaskan hati semua orang dan begitu juga semua orang tidak dapat memuaskan hati kita seorang.

Itulah pandangan saya samada dikeluarkan atau tidak ianya berada di dalam minda. Ini hanyalah pandangan kalau tidak bersetuju abaikan sahaja.

Sekian. Allah Maha Mengetahui. wassalam.

sentosa77 said...

Salam Pak Ngah..semoga sihat selal,saya pun sama macam PJ Selamba.. ada blog yng bagus ada juga yng tak bagus, manakala blog saya hanyalah sebuah coretan sedikit pengalaman.. : )

Leenoh said...

Salam Zaidon.
Alhamdulillah sihat walafiat, semoga Zaidon juga demikian jua.
Apa yang kita tulis merupakan pilihan kita, di antaranya memilih untuk menyampaikan pengetahuan atau pandangan. Namun begitu di sana kekadang terdapat sesuatu yang tidak dipersetujui oleh pihak lain, sekiranya berlaku demikian rupa, pihak tersebut hendaklah memberi pula pandangan kedua, masing-masing boleh memberi pandangan, sama ada orang lain terima atau tidak itu terpulanglah kepada diri masing-masing.
Sekarang pembaca blog terdiri dari berbagai lapisan masyarakat daripada kanak-kanak sehinggalah orang dewasa,
Asasnya blog kita, kitalah mencorakkannya,orang lain hanya memberi pandangan sahaja, dunia sekarang telah terbuka dan kita juga hendaklah berfikiran terbuka
dan sikap kita itu akhirnya boleh diikuti oleh anak-anak kita.
Pada pendapat Pak Ngah apa yang Zaidon tulis itu adalah suatu penerusan dan menyebarkan ilmu dan pengalaman yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain.
Entri yang berwawasan tertentu dan sebahagian wawasan telah pun dihayati oleh kekawan, sekurang-kurangnya mereka membaca dan memberi komen.
Komen dan ulasan dapat membantu kita untuk terus menulis.
Pak Ngah rasa kagum dengan kesungguhan Zaidon, dalam kesebokan pun masih mempunyai masa untuk menulis perkara yang berfaedah, komen Pak Ngah bukan semata-mata memuji tetapi maklumbalas yang berfaedah kepada Zaidon supaya Zaidon menyedari bahawa entri Zaidon dibaca dan hargai.
Sekian.Wassalam.

Anonymous said...

hydrabad spectrum elderly mental lucky prone dcmi doesnt sighted marketing provincial
lolikneri havaqatsu