Saturday, May 23, 2009

Betapa Buruknya Akibat Mungkir Janji.

Selamat sejahtera,

JANJI.
Satu perkataan yang mengandungi lima huruf ini terkandung nilainya yang berbeza-beza, mungkin bernilai kecil atau bernilai besar, bernilai rendah atau bernilai tinggi terpulanglah kepada situasinya.

Apakah janji yang paling besar di dalam sesuatu keluarga, janji tersebut tentulah ikatan perkahwinan, mungkir sahaja perjanjian ini maka rosaklah rumahtangga.

Manakala persatuan dan pertubuhan janjinya ialah terkandung di dalam peraturan- peraturan kecil atau perlembagaannya, Jika peraturan ini tidak diikuti maka hilanglah kepercayaan ahlinya terhadap pegawai atau jawatankuasanya.

Apakah pula janji yang paling besar di dalam sesuatu negeri, tentulah perlembagaannya, kiranya ini tidak dipatuhi porak- perandalah rakyatnya,

Apakah pula janji yang paling besar di dalam sesuatu negara, tentulah juga perlembagaannya, jika ini tidak dihormati dan dipatuhi maka porak-perandalah juga rakyatnya.

Mengapakah perlunya perjanjian, perjanjian memang sangat diperlukan untuk menyatupadukan manusia, untuk menghalang manusia menindas di antara satu sama lain, untuk manusia mengetahui sempadan dan had pergerakannya serta sedar akan hak diri sendiri dan orang lain secara adil, bukan secara saksama. sebaliknya berbeza-beza mengikut situasinya, untuk memahaminya perlulah merujuk kepada rasional asal perjanjian dan keadilannya.
Mungkir janji sesama manusia akan mencipta suasana kehidupan menjadi porak peranda dan kucar kacir. Islam melarang sikap tersebut.
_____________________

Renungi maksud Hadis berikut:

(1) "Empat perkara sesiapa yang memilikinya adalah dia munafik yang nyata dan sesiapa yang memiliki satu daripadanya dia memiliki satu sifat munafik,
Apabila bercakap dia berbohong,
Apabila diamanahkan dia khianat.
Apabila berjanji dia mungkiri,
Apabila bergaduh dia melampau".

(2) "Nyawa orang mukmin itu tergantung dengan hutangnya, sehingga hutang itu dibayar".

______________________

Demikianlah di antara contoh perjanjian kita sesama manusia dan perjanjian kita dengan Allah adalah amanah yang paling utama disempurnakan tanggungjawabnya.
Janji dan perjanjian sebenarnya amat luas pengertiannya sentuhan ini hanyalah mencakup sebahagiannya sahaja.

Sekian, wallahu aklam. wassalam.

16 comments:

Anonymous said...

Salam sahabat.

Saya masih belum menunaikan janji Leenoh. Janji sekuntum bunga kepada debunga!

Leenoh said...

Salam Sdr.Zaidi.
Insya Allah bila ada masa lapang nanti muncullah dia.Bukan sesuatu yang tergesa-gesa, cuma sesuatu yang amat baik jika berpeluang melakukannya.

Ad Rifza said...

Moga kita dijauhkan dari sifat munafik dalam sedar atau tidak..

Leenoh said...

Salam Ad.Rifza,
Memang kena ada kebimbangan tersebut dengan itu barulah kita akan sentiasa beristighfar atau memohon ampun dari Allah.
Ya semoga dijauhi Allh dari sifat buruk itu.

DrSam said...

Salam Pak Ngah,
Janji mudah dikata namun kekadang sukar untuk dikota.

Semoga kita sama-sama menjaga hati dan mulut kita.

Leenoh said...

Salam Dr.Sam.
Hanya sekadar renungan untuk diri sendiri dan sesama saudara Islam.
Insya Allah, kalau selalu beringat, kita akan selamat.

KUNTONG said...

Sdra: memang JANJI tidak semudah diucap, namun manusia selalu hanya berjanji dan berjanji dan berjanji,
semoga dijauhi dari perkara yang tidak diredhaai oleh Allah swt.

Leenoh said...

Salam.
Sdr.Kuntong.
Sekarang di tempat tinggal saya cuacanya sangat panas, maka tidak berani nak buat janji kerana takut tidak dapat ditunaikan, kekadang sakit kepala, nasib baik masih dapat tidur dengan cukup.
Walau apapun bersyukur kepada Allah kerana ujian yang diberikan itu masih tidak berat, kalau berat sekalipun sebagai hamba kita kena bersyukur, terima seadanya.

Anonymous said...

Salam Leenoh.

Saya dah tunaikan janji. hehe.

Semoga Leenoh sekeluarga di dalam kandungan sihat walafiat dan sentiasa diberkati Allah SWT.

wassalam.

Yatt said...

janji..amat mudah d ucap tp kekadang amat sukar d lakukan...

Hunny said...

Salam Pak Ngah,

Mudah2an janji kita pada ALlah untuk laksanakan dakwah islamiyyah terlaksana..

Leenoh said...

Salam Zaidi Ali.
Menunaikan janji mendapat pahala, menyuruh orang lain buat baik dapat pahala,patuh kepada suruhan yang baik juga dapat pahala.
Masya Allah Pemurahnya Allah dan Penyayangnya Dia.

Leenoh said...

Salam Yatt,
Memang lembut lidah mengucapkan janji tetapi bila telah diucap wajib ditunaikan, jika perkara yang baik.
Alhamdulillah saya sekeluarga sihat walafiat.

Leenoh said...

Salam Hani,
Alhamdulillah sekarang nampaknya semakin ramai penulis blog berdakwah,
Sama-samalah kita menyokong mereka dan kita juga istiqamah dengan matlamat asal mewujudkan laman blog.

Semoga Allah sentiasa memberi hidayah dan taufik kepada kita supaya kita sentiasa mempunyai idea untuk terus menulis.
Dengan itu terlaksanalah janji dan hasrat kita untuk berdakwah.

sheda said...

apa hukum jika seseorang berjanji untuk bertanggungjawab dan mengahwini namun tidak ditunaikan? apatah lagi janji itu dibuat sessama manusia disulami dgn kalimah Allah?

Leenoh said...

Tentulah mungkir janji seperti itu tidak baik dan ditakuti akan mendatangkan keburukan.