Tuesday, May 19, 2009

Ulamak kalimah yang semakin popular.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Kebelakangan ini kalimah atau perkataan ulamak semakin popular dan bertambah masyhur di kalangan masyarakat kita walaupun difinasinya telah diketahui ramai. terdapat juga kecenderungan supaya dipanggil ulamak kepada semua mereka yang berilmu atau tegasnya cerdik pandai, sebenarnya tiada halangan untuk berbuat demikian tetapi oleh sebab kita menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris lebih banyak daripada menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pertuturan harian maka panggilan ulamak itu tidaklah digunapakai sebagai panggilan kepada semua mereka yang berilmu atau ilmuan .

Tiada siapapun membeza-membezakan penggunaan perkataan ini, kalaupun ada perbezaan penggunaannya adalah disebabkan keperluan yang berbeza . Kalau digunakan pun tetap juga akan berlaku perbezaan yang tidak dapat dihalang, sebagai contoh, sekiranya doktor, jurutera, akauntan, peguam dan lain-lain ilmuan dipanggil ulamak , akhirnya terpaksa juga dibezakan kerana doktor pakar tulang berbeza dengan doktor pakar ENT , pakar jantung dan seumpamanya, bukan sebarang doktor pakar boleh mengubati atau merawat pesakit yang sakit telinga atau sakit jantung ianya memerlukan pakar penyakit masing-masing, maka di sinilah mudahnya kepada masyarakat apabila panggilan kepada doktor itu terdapat pengkhususannya , Maka bagegitulah juga pengkhususan terhadap panggilan ulamak, lagi pun masih banyak lagi perkataan lain yang boleh digunakan untuk menunjukkan seseorang itu berilmu atau ilmuan, Walaupun semua ilmuan boleh dipanggil ulamak dari segi bahasa tetapi amalan itu akan mengelirukan masyarakat , Jika amalan itu diteruskan juga, akhirnya berlaku juga perbezaan dan keadaan ketidaksesuaian penggunaannya seperti tersebut di atas.

Sebagai contoh apabila kita ingin mendapatkan pandangan tentang hal atau isu yang berkaitan dengan ajaran Islam sudah tentulah kita terpaksa menemui mereka yang pakar dalam bidang tersebut, oleh sebab telah dilabelkan atau dipanggilkan mereka yang pakar dalam bidang tersebut sebagai ulamak, maka mudahlah bagi kita untuk berkomunikasi dengan orang lain dalam hal ini kerana tiada kekeliruan atau pertembungan istilah lagi. Sekiranya panggilan ulamak ini digunakan secara berleluasa sudah tentulah akan menimbulkan kekeliruan oleh masyarakat.

Pada masa kini penggunaan perkataan khalwat secara meluas telah tersasar ke arah lain , pada hal orang Melayu mengenali perkataan itu pada asalnya membawa makna yang lebih baik dan hormat iaitu mengasingkan diri dan bersunyi diri serta beribadat kepada Allah kerana kurang teliti cara penggunaannya, akhirnya perkataan tersebut terpakai seperti sekarang, walaupun terpakainya sesuatu perkataan itu setelah digunapakai sekian lama sesuatu perkataan itu oleh masyarakat , maka terpakailah perkataan itu secara rasminya, pada adatnya memang begitu perlakuannya tetapi apapun alasan, kita masih boleh mengawalnya, sebab sikap kita tidak mahu mengawalnya , maka terciptalah perkataan itu di tengah-tengah masyarakat. Demikian juga perkataan ulamak jika tidak dijaga dengan baik, tidak mustahil pada masa akan datang akan berlaku demikian jua.

Keadaan tersebut adalah dalam kontek kehidupan masyarakat Malaysia, sekiranya di dalam masyarakat Arab tentulah berbeza, namun demikian penggunaan perkataan ulamak dalam istilah Islam oleh orang Islam situasinya sama sahaja di mana-mana pun.Iaitu mereka menggunakan istilah yang sama kerana istilah tersebut telah digunakan sejak dahulu lagi sama ada di peringkat tempatan atau diperingkat global.

Adakah kita mahu menggunakan juga panggilan ulamak kepada doktor, jurutera dan lain-lain, sebagai contoh dipanggil ulamak perubatan, ulamak polima, ulamak penyakit tulang, rasanya cara begini akan menyusahkan masyarakat di dalam berkomunikasi harian mereka .

Sudah sekian lama kita gunakan perkataan atau panggilan ulamak itu membawa maksud mereka yang pakar di dalam bidang ilmu syariah dan usuluddin atau berkaitan dengan Al.Quran , Al.Hadis ,Ijmak Ulamak dan Qias. Walaupun kepakaran itu tidak sampai maqam mereka yang terdahulu atau mereka yang hampir dengan zaman Nabi Muhammad.s.a.w, disebalik kelemahan itu kita kenalah terima bahawa tiada rotan akarpun berguna.
Kalau tiada rotan dan akar yang sedang dimiliki pula dibuang tentulah akan merosakkan keadaan dan apa tindakan pun tidak akan dapat dilakukan, akhirnya kita tidak lagi memiliki benteng atau tembok pertahanan untuk menjaga kesucian Islam.

Tafsiran ulamak yang dikehendaki di dalam Islam adalah seperti yang dijelaskan di bawah ini sesiapa yang mempunyai ilmu dan pengetahuan yang hampir dengan situasi itu maka merekalah yang bertanggungjawab menjaga kesucian Islam dan merekalah ulamak yang dimaksudkan dan merekalah juga yang layak dipanggil ulamak.
___________________________________

Maksud Al.Hadis:
''Bila ulamak dan umarak (pemimpin) baik, umat Islam pun akan baik.''
________________________________

Istilah ulamak dari segi bahasa Arab.
Ertinya dari segi bahasa ialah orang-orang alim atau orang-orang pandai. para ilmuan atau cerdik pandai.
Takrif dari segi bahasa, ulama itu adalah orang alim (pandai) dalam apa jua bidang sama ada ilmu dunia ataupun ilmu akhirat, ilmu yang baik atau pun ilmu yang jahat, tidak kira ilmu itu diamalkan atau pun sebaliknya. Orang yang mempunyai ilmu dalam bidang teknologi,kedoktoran dan ekonomi misalnya, juga digelar ulama. Begitu juga yang mengetahui ilmu usuluddin, ilmu syariah mereka itu juga digelar ulama.
Tetapi ini adalah perbincangan dari segi bahasa ataupun loghah sahaja.

Maksud ulamak dari segi Islam.
Ulamak yang dimaksud itu adalah ulamak sebagai pengganti atau pewaris Rasul berbeza dengan pengertian yang tersebut di atas. Pengertian ini lebih khusus kepada ilmuan yang mengetahui tentang ajaran Al.Quran dan Al.Hadis ( ilmu dunia dan akhirat ) serta mereka sememangnya betul-betul menghayati ilmu tersebut di dalam kehidupan harian mereka, mereka istiqamah dalam mematuhi dan mentaati Allah dalam apa keadaan dan tekanan sekalipun.
_________________________

Di Malaysia buat masa ini tiada ulamak yang bertaraf demikian tetapi tiada rotan akarpun berguna.
_________________________

Pengertian ulamak mengikut Istilah Islam mempunyai syarat-syaratnya yang tertentu.

(1) .Beriman
Ulamak itu mestilah dari kalangan orang-orang yang beriman. Firman Allah bermaksud:

''Allah mengangkat mereka yang beriman dikalangan kamu dan mereka yang diberi ilmu itu beberapa darjat.'' (Al Mujadalah: 11)

(2) .Beramal
Mereka mestilah beramal dengan ilmu mereka. Seperti kata Abu Darda':


Maksudnya:
'Tidak dianggap seseorang itu alim sehinggalah dia beramal dengan ilmunya.''


(3) .Takutkan Allah.
Mereka mestilah orang yang takut dan taat dengan Allah. Firman Allah yang bermaksud:


''Hanya sanya yang takut dengan Tuhan itu ialah ulamak.'' (Al Fathir:28)

Tegasnya ulamak itu memiliki ilmu tentang ajaran Islam ini seumpama mendarah daging dalam dirinya, bertanyalah apa sahaja tentang ajaran Islam mereka tidak perlu lagi merujuk kepada kitab-kitab kerana ilmu itu telahpun berada di dalam dada mereka.

Demikianlah huraian sekadar yang saya faham mengenai perkara tersebut.


.Sekian . Allah Maha Mengetahui. Wassalam.


12 comments:

Anonymous said...

wah..
pak ngah boleh jadi penulis berjaya la...
kolum islamic utusan malaysia...
hehe

Leenoh said...

Salam PJ Selamba.
Pj Selamba hang jangan dok buatlawak. manalah Pak Ngah boleh tulis kat situ,
Ini surat khabar sendiri takpa la, tulis pi la apapun. saja ketagih cakap Kedah.
Semoga anda berbahagia di Kedah.

sentosa77 said...

Salam Pak Ngah.. menarik entry ni, saya setuju dgn PJ selamba.. nanti boleh saya jaadi asistant.. hehe

Leenoh said...

Salam Zaidon.
Kalau Pak Ngah tulis di tempat lain tidak sempat terima gaji dah dapat notis pencen.he3

Anonymous said...

Salam Leenoh.
"Kalau Pak Ngah tulis di tempat lain tidak sempat terima gaji dah dapat notis pencen.he3"

Tergelak sorang-sorang saya bila Leenoh cakap camtu. Begitulah realiti kehidupan bila Kebenaran dierti Kebatilan dan sebaliknya. Bila Halal dierti Haram dan sebaliknya. Bila Wajib dierti Sunat dan sebaliknya. Bila Sementara dierti Kekal dan sebaliknya. Bila Sains dierti Islam dan sebaliknya. Bila Fullamak dierti Ulamak dan sebaliknya. Semakin disalah erti semakin bergoncanglah bumi yang menunggu terbalik.

Sebagai manusia yang ada sedikit ilmu Sains dan secebis ilmu Tuhan, saya berani memfatwa bahawa mengganggap Saintis (pengamal bertauliah sebarang bidang ilmu sains) sebagai Ulamak Islam hukumnya adalah Haram.

Dalil: Ilmu Sains tidak mengajar walau sebesar zarah pun ilmu Sains itu milik Allah SWT. Sains menyatakan semuanya terjadi sendiri tanpa sebarang satu persoalan pun merujuk kepada Pencipta.

Pengecualian: Melainkan ilmu Sains itu diajar oleh Ulamak Sains Islam yang menyambungkaitkan segala kejadian itu dicipta Allah SWT.

Contoh Saintis: Doktor Pakar Bedah mengajar Doktor Bedah Pelatih bahawa sekiranya sebelah buah pinggang manusia dipotong buang, manusia akan terus hidup. Wujud unsur syirik.

Contoh Ulamak Sains Islam: Doktor Pakar Bedah mengajar........akan terus hidup. Dengan izin Allah. insya Allah. Tiada unsur syirik.

Saintis sehingga kini belum ketemu jawapan asal usul sel paling halus yang membentuk asas kehidupan. Saintis Islam sudah ketemu!

wallahu aklam.

Anonymous said...

....Mereka hanya menyampaikan ilmu sains. Kitalah yang WAJIB menyambungkaitkan segala ilmu yang dituntut itu datangnya dari Tuhan Yang Maha Bijaksana.

Leenoh...saya takpa. Saya takdak pencen.

Leenoh said...

Salam Sdr.Zaidi Ali.

"Dalil: Ilmu Sains tidak mengajar walau sebesar zarah pun ilmu Sains itu milik Allah SWT. Sains menyatakan semuanya terjadi sendiri tanpa sebarang satu persoalan pun merujuk kepada Pencipta".

Memang benar kenyataan saudara yang saya sengaja buat petikannya di atas. Selagi ahli sains berfikiran demikian, Islam masih menafsirkan sebagai jahil, sesiapa yang tidak kenal Allah dianggap masih jahil dan sesat, walaupun manusia di dunia ini mengakui mereka itu ilmuan.
Ilmuan seperti di atas, jika mereka juga menguasai ilmu A.Quran dan Al.Hadis dan mengamal serta menghayatinya dengan patuh dan taat kepada Allah, merekalah selayaknya dipanggil ulamak.
Ilmu Sains mendarah daging dan ilmu Islampun demikian.

Leenoh said...

Salam Zaidi Ali.
Ya, kitalah berkewajipan mensepadukan Ilmu Sains dangan aqidah, para guru perlulah merentaskan Islam atau aqidah di dalam pengajaran ilmu sains ini,

Sebenarnya segala ilmu tersebut terkandung asasnya di dalam Al.Quran, seperti Sdr.Zaidi menjelaskan bahawa semua ilmu adalah hak Allah, datang dari Allah. wallahu aklam.

Mak Su said...

tq, jangan sebarangan guna ungkapan, asalkan sedap bunyinya, pakai semua boleh jer. itulah, kita kena ambil tahu, bukan ikut-ikutan atau ikut rasa yang kabur sahaja :)

Leenoh said...

Salam Mak Su.
Saya bersetuju dengan pandangan Mak Su itu, cuba kita sama-sama fikirkan mengenai dua perkara di bawah ini.

Sesuaikah budak-budak nakal yang merempit itu digelar Mat Rempit, sedang nama Mat itu adalah sebenarnya berasal daripada Muhammad, siapakah Muhammad itu?

Siapakah pula Aminah ?, sedangkan kita menggelarkan budak perempuan nakal dengan panggilan Minat.....ramai rasa selesa sahaja.
Jika kita tidak menjaga bahasa kita dan adab Islam, siapa lagi yang kita hendak letakkan tugas tersebut.

Anonymous said...

Salam Leenoh.
Setuju sangat dengan pendapat Leenoh. Sebelum kita terus "Terpesong" sehingga "Terpelencong", lebih baik kita fikir dulu.

Sekiranya kita sekadar "Beriman" dengan al-Quran kita tak nampak hikmah dan hukum. Sekiranya kita "Beramal" dengannya...kita dapat Ilmu Infiniti.

Walaupun sebegitu, "Niat" si berkata yang utama.

Leenoh said...

Salam Zaidi,
Pada saya sesuatu yang baik hendaklah dipadankan dengan perkara yang baik, khalwat itu sepatutnya kita padankan dengan perkara yang baik, dengan itu kita teringat kebaikan yang dilakukan oleh Nabi.

Kalau Mat dan Minah diletakkan pada yang tidak baik seperti kita menanamkan kebencian kepada Nabi pula. Perkara ini bukanlah perkara yang berat sangat tetapi kesan psikologinya tidak baik kepada kita, seperti ada perang urat saraf bagi menipiskan kasih sayang kita terhadap Nabi ataupun berlaku secara yang tidak disedari kerana sikap tidak teliti.Mungkin terdapat banyak lagi keburukan yang diletakkan Mat di hadapannya.

Pandangan ini hanya rasa hati saya sahaja, mungkin tidak tepat.