Wednesday, May 6, 2009

Proses Sebelum Menjadi Beg Kulit.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Kelihatan menjijikkan tetapi orang Islam perlu mengetahui hukum dan prosesnya.

Kulit yang telah disamak.

Beg kulit.

Beg kulit atau kasut kulit atau barangan lain yang berasaskan kulit biasanya termasuk di kalangan barangan yang berjenama terkenal dan dijual dengan harga yang mahal. Barangan ini hanya digunakan oleh mereka yang agak berkemampuan sahaja. kulit yang telah disamak hukumnya harus ( suci ) untuk dipakai atau digunakan melainkan kulit anjing dan babi sahaja berkeadaan tetap najis.
____________________________________________

Kulit anjing dan babi serta keturunannya atau keturunan keduanya dengan binatang lain
tetap najis walaupun disamak.

______________________________________________

Oleh itu kulit buaya, biawak, ular dan lain-lain adalah suci setelah disamak mengikut peraturannya walaupun disamak oleh orang bukan Islam.

Cara menyamak kulit binatang :
  • Terlebih dahulu hendaklah disiat atau dilapah kulit binatang daripada anggota badannya. (setelah binatang itu mati kerana disembelih atau lain-lain sebab)
  • Dicukur atau dibuang semua bulu-bulu dan dibersihkan segala urat-urat , lendir-lendir, daging dan lemak-lemak yang melekat pada kulit.
  • Kemudian direndam kulit itu dengan air yang bercampur dengan benda-benda yang kelat dan tajam zatnya yang menjadi alat menyamak seperti tawas, kulit kayu yang kelat dan seumpamanya sehingga tertanggal atau mematikan segala lemak-lemak, daging dan lendir yang melekat di kulit tadi.
  • Kemudian diangkat dan dibasuh dengan air yang bersih (air mutlak) dan dijemur sehingga kering dan hilang bau busuknya.
  • Apabila telah kering dan hilang bau busuknya maka kulit tersebut telahpun dikira suci dan boleh digunakan.
  • Kulit yang telah disamak mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Islam, sekiranya selepas digunakan beberapa lama kemudian terkena air ianya tidak akan kembali busuk atau berulat lagi.

Proses melapah (menyiat) kulit.

Situasi sebelum menjadi beg atau barangan
yang diperbuat berasaskan kulit.


__________________

Sekian. Wallahu aklam. Wassalam

No comments: