Wednesday, May 27, 2009

Pengisian Masa Cuti Sekolah.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

SELAMAT BERCUTI.
29.05.2009 - 13.06.2009
30.05.2009 - 14.06.2009

Kepada semua pelajar, semua guru dan semua ibu bapa diucapkan selamat bercuti serta diucapkan kepada semua warga Malaysia selamat merasai dan menghayati suasana musim cuti sekolah. Cuti sekolah bagi setengah negeri akan bermula pada hari Jumaat ( 29.05.2009 ) seperti negeri Kedah dan negeri-negeri yang sama denganya dan negeri yang lain pula seperti Selangor dan yang sama denganya akan bermula pada hari Sabtu ( 30.05.2009) akan datang ini.

Kepada para pelajar dan ibu bapa penuhilah masa cuti dengan aktiviti yang berkualiti dan sentiasa prihatin terhadap keselamatan ank-anak. Kejadian kemalangan sering berlaku dan meningkat di dalam musim cuti kerana pada ketika ini aktiviti para pelajar berlaku secara tidak terancang dan tanpa kawalan.

Walaupun terdapat ibu bapa menghantar anak-anak mengikuti kursus motivasi dan menghadiri kelas tambahan khas tetapi jumlahnya tidak ramai berbanding dengan mereka yang menghabiskan masa cuti secara tidak berkualiti.
Malang tidak berbau oleh itu sama-samalah kita menguruskan masa cuti anak-anak dengan baik dan berkualiti, sambil berdoa kepada Allah supaya dijauhi kemalangan dan mengekalkan keamanan dan kesejahteraan.

Bercakap pasal cuti ini, saya teringat masa yang telah lalu di mana ketika cuti biasanya saya menghantar anak-anak menghadiri kelas tambahan atau kursus motivasi. Pada ketika itu Datuk Dr. Hassan bin Moh.Ali sering menganjurkan Kem Motivasi , kalau di sebelah utara biasanya diadakan di Universiti Utara Malaysia. Semua anak-anak saya dihantar mengikuti kursus tersebut dengan dikenakan bayaran yang berpatutan, kursus seperti ini sangat berkesan kepada para pelajar tetapi selepas kursus ibu bapa hendaklah membuat tindakan susulan bagi memastikan kesan tersebut dihayati berterusan dan tidak putus kesinambungannya.

Sekarang terdapat banyak penganjur kursus seperti ini terpulang kepada ibu bapa hendak memilih yang mana satu yang berkenan di hati, Berilah peluang kepada ank-anak menambahkan bilangan kawan mereka secara sihat dan berkualiti, mereka boleh terus bermain di dalam program kursus yang memberi manfaat kepada mereka. Sekiranya kita membiarkan mereka menghabiskan masa secara bersendirian di sana mungkin terdapat lebih banyak kelemahan dan kesilapan yang akhirnya akan membawa akibat buruk kepada diri mereka dan keluarga. Ibu bapa yang tidak mampu masih berpeluang memanfaatkan cuti itu dengan menganjurkan aktiviti yang lain, asalkan kita tidak membiarkan aktiviti anak-anak berjalan tanpa kawalan dan perancangan.
____________________________

Laman Renungan:

Nabi Muhammad.s.a.w. telah mengingatkan para suami dengan sabdanya yang bermaksud:

"Takutlah kepada Allah dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang berada di sampingmu; barangsiapa tidak memerintahkan sembahyang kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya."

_________________


Firman Allah s.w.t. bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu pelihara dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang mana bahan pembakarnya adalah terdiri dari manusia-manusia yang sombong dan engkar kepada Allah iaitu mereka yang kufur, munafik, musyrikin dan juga daripada batu-batu berhala"

________________________________



Kursus motivasi mampu memberi sumbangan sekadar 10% sahaja, kelas pengajaran dan pembelajaran secara formal adalah paling utama dan amat penting dimantau dan diberi perhatian sepanjang masa oleh guru dan ibu bapa.

Semoga anda memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat bersama keluarga.

Sekian. Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Wassalam.

8 comments:

Hunny said...

Salam Pak Ngah,

SElamat bercuti untuk cikgu-cikgi,
Kami kena kerja juga..

Leenoh said...

Salam Hani,
Pak Ngah pun tiada lagi cuti, he3.
Tetapi, tidak mengapa kita hidu aroma cuti dari sanak saudara kita yang menjadi cikgu atau pelajar,
Sekurang-kurang ada anak buah datang minta duit utk mengisi masa cuti mereka atau mereka datang menziarahi kita.itupun telah memadai.

Mak Su said...

saya blk kg aje ler jwbnya, ada kenduri kawin dan bertunang anak buah. itu jer lah "jenjalan" bagi kami 6 beranak ni.

Leenoh said...

Salam Mak Su.
Asalkan kita sentiasa awasi mereka, insya Allah selamat.

HeroHuruHara said...

Salam,

jika Pak Leenoh kelapangan mai Penang jgn lupa keloi. Nak bawak makan durian Balik Pulau.

Leenoh said...

Salam.
Terima kasih,dulu kerap dok pi tang kampung Kastam, la dok duduk di Shah Alam, dah jauh ni jarang la pi.

Mengkalu boleh kerabat ambik yang dok teratok ataih jala tu waduh sedapnya.

Tapi Pak Ngah kalau kena nasi lemuni dengan sambai ikan bilis di Market Gelugur tu pun seronok sangat dah.

Abd Razak said...

Salam...

Selamat bercuti buat semua guru-guru & pelajar sekalian, gunakanlah sebaik-baik mungkin nikmat masa yang Allah kurniakan

Leenoh said...

Salam Razak.
Semoga doa anta dimakbulkan Allah.