Thursday, May 28, 2009

Minda Islam Melayu global.


lالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Salam Sejahtera.

Sudahkah minda Islam orang Melayu bertaraf global dan sudahkah minda Melayu terhadap bahasa Melayu juga bertaraf global.

Persoalan pertama : Minda Islam global.
Minda Islam global yang dimaksudkan di sini ialah sesuatu hukum Islam atau dasar yang tercatat di dalam Al.Quran dan Al.Hadis adalah tututan dan perintah yang mencakup seluruh manusia berakal di atas muka bumi ini bukannya terhad kepada orang tempatan atau terhad kepada orang Melayu sahaja.

Jika kita fikir perkara ini di dalam lingkungan orang Melayu sahaja bermakna telah menyalahi tujuan Al.Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad.s.a.w. Ketika Al.Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad.s.a.w. di dalam dada baginda tiada Al.Quran. Setelah baginda menerima wahyu pertama barulah baginda mulai menghafaz Al.Quran sehinggalah sempurna Al.Quran diturunkan.

Setelah itu mulailah baginda menyampaikan ajaran yang terkandung di dalam Al.Quran ( wahyu ) itu kepada orang lain yang belum Islam, konsep menyatakan ajaran Al.Quran diturunkan untuk orang Islam adalah tidak tepat kerana Al.Quran itu diperintahkan Allah supaya semua manusia yang berakal di muka bumi ini mengambilnya sebagai panduan hidup, sesiapa yang menolaknya akan disiksa di akhirat nanti. Ini membuktikan lagi bahawa Al.Quran itu diturunkan untuk semua manusia yang berakal. Hanya orang Islam yang menjadikan Al.Quran sebagai panduan hidup di dunia ini, manakala orang bukan Islam menolaknya atau sebahagian daripada mereka tidak mendapat maklumat tentang Al.Quran dengan itu mereka ini juga tidak menjadikan Al.Quran sebagai ikutan atau anutan mereka.

Sudah tentulah pemilihara mutlak Al.Quran itu adalah Allah Taala tetapi manusia juga diperintahkan Allah supaya memelihara Al.Qura dan menyebarkannya kepada umat manusia yang lain pula.

Rasul adalah utusan Allah untuk menyampaikan Al.Quran
( wahyu ) ini kepada manusia kemudian diikuti sahabat-sahabat, pengikut sahabat dan seterusnya dari satu generasi ke satu generasi sehinggalah ke hari ini.

Adakah kita menyahut tugas tersebut dengan tertib dan bertanggungjawab, Hampir separuh rakyat Malaysia belum menerima atau disampaikan wahyu tersebut kepada mereka. Sama ada mereka menolaknya atau menerimanya bukanlah persoalan. Perkara itu terpulanglah kepada mereka, menyelesaikan tanggungjawab adalah lebih penting dan paling utama, soal mereka ingin menerimanya atau tidak, terpulang kepada taufik dan hidayah Allah Taala kepada mereka. Itu bukanlah tugas manusia.

Sekiranya rakyat Malaysia yang beriman dan Islam menyedari perkara ini dan bertindak selaras dengan kehendak Al.Quran itu sendiri barulah dianggap minda Islam kita telah mencapai taraf global.

Persoalan kedua: Minda Melayu terhadap bahasa Melayu.
Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara Malaysia atau bahasa Malaysia. Adakah minda orang Melayu apabila berbincang mengenai bahasa Melayu ianya masih terbatas kepada orang Melayu, Jawapan bagi soalan berkenaan buat masa kini masih menjawab ya. kerana rata-rata orang bukan Melayu masih belum menguasai bahasa tersebut dengan fasih dan lancar. Oramg Melayu masih mengajuk kelemahan mereka apabila berintraksi dengan mereka di pasar, di kedai atau di mana-mana.

Pandangan ini tidak merujuk kepada kelemahan pelaksanaannya sejak penubuhan Malaysia sehingga sekarang ini. Sebaliknya merujuk kepada situasi yang terserlah di dalam masyarakat majmuk Malaysia kini. kekadang program forum yang ditontonkan di dalam Televisyen Malaysia menggunakan dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris sedangkan ahli panelnya adalah rakyat Malaysia. Sebahagian rakyat Malaysia menerima situasi ini tanpa rasa kekitaan terhadap bahasa Melayu. Mungkinkah mereka yang menerima situasi itu dengan hati terbuka adalah mereka yang terdidik pada zaman kebelakangan .Sekiranya ini berlaku bermakna kita akan kehilangan generasi pelapis dan bahasa gagal menjiwai bangsanya.

Pada suatu ketika dahulu kita menggunakan ungkapan " dengan izin " sebelum menyisipkan bahasa lain di dalam percakapan kita di sesuatu majlis yang rasmi atau di dalam program tertentu di televisyen, sekarang ramai telah melandanya kecuali di Parlimen Malaysia. Begitu juga ungkapan " Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia ", sekarang kembali semula menggunakan ungkapan " Duli Yang Maha Mulia" yang dikatakan kurang selesa di sisi hukum Islam.Apakah sebenarnya yang melambatkan bahasa Melayu menjatikan dirinya. Adakah kita beristiqamah dalam menjana bahasa kebangsaan kita atau adakah terdapat di kalangan kita masih ragu-ragu terhadap perancangan negara yang telah sama-sama mengambil ketetapannya.

Di manakah bahasa Melayu @ Malaysia harus berada dan bertapak, kini seolah-olah belum ditentukan lagi, pada hal ianya telah terpahat dan termaktub kukuh di dalam perlembagaan negara. Adakah bahasa Melayu masih di dalam lingkungan orang Melayu atau telah keluar sempadannya menjadi global seperti yang dicanangkan dan diinginkan sejak dahulu. Melihatkan perkembangan dan situasi yang sedia ada saya tidak mampu menjawabnya dengan yakin dan masih menyimpan persoalannya.

Bangsa Malaysia insya Allah akan bersatu seiring dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa Malaysia yang meluas dan kehidupan mereka juga akan lebih mudah kerana seluruh warga Malaysia telah memiliki asas tersebut yang perlu digilap dan dimurnikan lagi sahaja, sekiranya wawasan ini diabaikan dan dipolitikkan un tuk keuntungan masa pendek, nescaya seluruh rakyat Malaysia akan menuai kerugiannya pada masa akan datang.
___________________

LAGU BAHASA JIWA BANGSA

Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa

Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa

Lagu/Lirik: Dol Ramli

_____________________________

Tulisan ini sekadar pandangan sepintas lalu yang belum diproses mendapatkan kematangannya, masih mempunyai ruang yang luas untuk dimurnikannya oleh mereka yang arif.

Sekian. Wassalam.

4 comments:

Mak Su said...

org melayu byk ikut2an, cerita tak dak, gebang lebih.

Leenoh said...

Salam Mak Su.
Sebenarnya saya masih ragu dengan perancangan awal dan ragu juga dengan masa akan datang kerana kita tidak berjaya menjana warisan yang akan memikul wawasan.
Sekarang masih bermain tarik tali.

♥ Izzah Marzuki said...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Lama tak jengah ke sini. Seperti biasa, memang byk ilmu yg saya ketinggalan. Untuk memberi pandangan ttg minda Islam global, saya bukanlah orgnya. bukan ahlinya. cetek lagi minda saya. cuma, saya rasa, Islam global berteraskan al Quran sepatutnya sudah lama diterima di Malaysia. masalahnya bila ada yang mengehadkannya, ditambah pula dengan konsep baru Islam Hadhari..yg akibatnya makin ramai yang salahfaham dan menggunakan Islam untuk kepentingan diri. menghalalkan cara (yg haram). meletakkan sesuatu tidak kena pd tempatnya (zalim). Allahua'lam.

Minda Melayu terhadap bahasa Melayu. Memang kita sedar pun, bahasa kita kini diletakkan di mana. Senangnya boleh kita tafsirkan yang bahasa kita diletakkan tidak kena pada tempatnya lah.. atau bahasa kerasnya ialah dizalimi, lah. itu sahaja.

*jika salah apa yg sy komenkan d sini, harap ust. betulkan. terima kasih.

Leenoh said...

Salam Izzah Marzuki.

Alhamdulillah, ulasan yang tepat, kita mempunyai fikrah yang sama, itulah Islam, itulah Ad.Din. Inilah mauduk yang perlu diberi faham kepada rakyat. Perlu diberi faham kepada orang Islam dan juga perlu diberi faham kepada orang bukan Islam. Bangsa Malaysia perlu bersatu atas faham memahami di antara satu sama lain.

Manakala bahasa Melayu masih belum dimatangkan. Masih dalam rawatan, sama ada akan sembuh atau lebih parah, setakati hari ini belum dapat dipastikan.

Saya setuju dengan ulasan anda, kita sebenarnya berasa risau persoalan yang sama.