Thursday, May 21, 2009

Wuduk Zahir dan Batin

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Barikut adalah email yang baru saya terima,

sama-samalah kita renungi.

______________________________________

Salinan email

"Bagaimana wudhu' zahir dan batin?" cuba praktikkan



Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Untuk munafaat kita bersama, Tolong sampaikan email ini kepada sahabat2. Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan,insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

__________________________________

Sekian. Wallahu aklam. wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

Salam sahabat.

Ilmu wuduk batin ini ialah ilmu yang diajar oleh para wali dan perlu lah diamal setiap saat (bukan saja sewaktu wuduk zahir). Tujuannya untuk mensucikan batin.

Mestilah dari hati yang penuh syukur dan merendah diri kepada Tuhan.

insya Allah.

Leenoh said...

Salam Sdr.Zaidi Ali.
Kita berwuduk kekadang fizikalnya sahaja yang kelihatan mengambil wuduk tetapi selepas niat kalau tidak dijagai biasanya fikiran akan melayang entah ke mana, maklumlah perbuatan berwuduk itu telah mahir dilakukan sambil berfikir perkara lain pun perbuatan wuduk masih berjalan lancar.
Kekadang puas memujuk hati dan akal supaya menumpukan kepada wuduk dan hubungkannya dengan perintah Allah , kekadang berjaya , kekadang gagal.
Kesimpulannya; kita hendaklah melatih dan memujuk hati supaya fokus kepada semua perkara yang berkaitan dengan wuduk.