Wednesday, May 20, 2009

Lambaian mengenali Allah ( Makrifatullah )




Salam sejahtera.

Topik kali ini merupakan topik yang paling istimewa yang ditujukan khas kepada kekawan lama saya yang belum beriman kepada Allah ( belum Islam ) dan juga pembaca-pembaca lain yang belum beriman serta pengunjung Islam yang berminat membacanya.Tajuk ini juga ditulis atas rasa kasih sayang dan rasa tanggungjawab sebagai seorang Islam kepada kekawan yang belum beriman dan belum Islam.

Al.Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad.s.a.w. untuk disampaikan kepada semua manusia di dunia ini dan Al.Quran adalah sebagai kitab panduan hidup manusia semasa di dunia ini, dengan mengikuti panduan itu manusia akan selamat di dunia dan di akhirat ( selepas mati ) nanti.
Di dalam Al.Quran menceritakan tentang hakikat hidup di dunia dan di akhirat dan menceritakan tentang Tuhan yang sebenar atau Tuhan yang berhak kita sembah. Dunia atau alam ini adalah ciptaan Tuhan ( Allah ). Tuhan yang dimaksudkan itu adalah Allah. Allah adalah pencipta sekalian alam ini, Allah bersifat Maha Berkuasa, Maha Bijaksana, Maha Mengetahui, Maha Melihat dan mempunyai sifat-sifat kesempurnaan yang lain.

Setiap manusia wajib mempercayainya kerana manusia makhluk ciptaan-Nya, hamba ciptaan-Nya dan adalah salah mempercayai benda-benda atau makhluk seperti kita sebagai Tuhan kerana segalanya itu adalah ciptaan Allah jua. semuanya itu makhluk Allah yang sama tarafnya dengan manusia atau lebih rendah daripada manusia.

Allah itu sifat-Nya tidak sama seperti makluk atau sifat-Nya berlainan daripada makhluk, kalau Allah sifat-Nya sama seperti makhluk bermakna Dia lemah dan Dia bukan Tuhan, Sebarang apa yang sifatnya sama seperti makhluk,
Maka itu bukanlah Tuhan ( Allah ). Allah itu tidak beranak dan tidak diberanakkan. Dialah tempat kita meminta atau memohon sesuatu.
________________________________________

Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
____________________________________________________

Manusia tidak mungkin mampu mencari Tuhan (Allah ) dengan menggunakan akal semata-mata. Jika manusia mencari Allah dengan menggunakan akal semata-mata, nescaya mereka akan terjumpa dengan benda-benda yang ajaib dan dikagumi, lantas menganggap benda-benda itu sebagai Tuhan . Di atas ketidakmampuan manusia mencari Tuhan dengan akal itulah maka Allah menurunkan kitab Al.Quran sebagai panduan dan melantik Nabi Muhammad.s.a.w. sebagai utusan-Nya. Oleh itu untuk mengenal Allah manusia memerlukan akal, Rasul dan Al.Quran ( wahyu ).

Manusia yang tidak berakal atau tidak sempurna akal akan terlepas daripada siksaan Allah kerana mereka tidak mampu mengenal Allah dan dengan itu mereka juga tidak menyembah-Nya. Tegasnya mereka ini dimaafkan. Mereka yang dimaafkan termasuklah orang yang tidak sampai maklumat mengenai-Nya kerana berada di tempat yang terpencil atau di dalam hutan belantara dan juga jauh daripada orang Islam. Mereka ini diistilahkan sebagai tidak sampai seruan Islam.

Allah memperkenalkan diri-Nya melalui malaikat Jibril dan Rasul iaitu Nabi Muhammad.s.a.w. dengan membekalkan kitab Al.Quran sebagai panduan dan rujukan.

Manusia yang telah disampaikan maklumat ini tetapi masih tidak percaya atau beriman, diakhirat nanti mereka akan disiksa di dalam api neraka yang amat pedih di atas keingkaran tersebut. Manakala manusia yang telah beriman pula berkewajipan menyampaikan maklumat ini kepada manusia yang belum beriman atau belum percaya dengan hakikat ini.
Mereka yang tidak beriman atau tidak percaya bahawa Allah itu Tuhan bagi sekalian alam ini kerana mereka itu belum kenal Allah atau belum makrifatullah, sesuai dengan pepatah mengatakan tidak kenal maka tidak cinta. Oleh itu berusahalah untuk mengenali-Nya sambil berdoa mendapatkan kasih sayang-Nya.

Anggaplah penjelasan dan makluman ini sebagai lambaian kasih dan lambaian ke arah mengenali Tuhan yang sebenar atau Tuhan yang mencipta sekalian alam ini, Tuhan yang dimaksudkan itu adalah Allah yang selayaknya kita sembah dan tempat kita meminta dan mohon.

Setakat ini dahulu untuk kali ini, berdoalah kepada Allah supaya diberikan hidayah dan taufik untuk mengenali-Nya.

Sekian dahulu, Allah Maha Mengetahui. wassalam.


6 comments:

sentosa77 said...

Salam Pak Ngah.. semoga siihat selalu, mudah-mudahan ada rakan2 yng bukan Islam membaca entry ni :)

Leenoh said...

Salam Zaidon.

Alhamdulillah Pak Ngah sihat, cuma cuaca agak panas, apapun bersyukur pada Allah kerana masih boleh kendali bahtera kehidupan dengan baik.
Pak Ngah tulis "entry" ini kerana ingin melunaskan kewajipan berdakwah terhadap mereka bersama kekawan yang lain. apapun hidayah dan taufik ada pada-Nya, kalau Dia nak segala-galanya akan berlaku.

Unknown said...

Assalamualaikum leenoh,

rukun iman ada 6 - bila kita dah percaya kepada rukum iman bukankah bermakna kita mempunyai iman.

manakala hukum haji adalah rukun islam yang kelima -

confuse makna beriman dan tak beriman.....

Leenoh said...

Waalaikumussalam.
Terima kasih kerana memberi ulasan, Iman maknanya percaya.Iman ( percaya ) yang dimaksudkan di sini ialah iman (percaya) kepada Allah, iaitu percaya bahawa Allah itu Tuhan yang mencipta sekalian alam ini dan bersifat Maha Esa, Maha Mnegtahui, Maha Bijaksana, Maha Melihat, Maha Mendengar dan memilki sifat-sifat kesempurnaan yang lain, iman ini melebar lagi kepada lain perkara iaitu yang diperincikan di dalam 6 rukun iman itu. Kepercayaan beginilah dikatakan seseorang itu telah beriman.

Apabila seseorang itu telah beriman maka wajiblah ke atasnya melaksanakan setiap prinsip rukun Islam yang lima itu, iaitu dimulakan dengan mengucap dua kalimah syahadah dan seterusnya.

Kesimpulannya.
(1) Orang yang beriman, ialah orang yang percaya kepada Allah seperti yang diterangkan di atas.
(2) Orang yang tidak beriman ialah mereka yang tidak percaya kepada Allah.
(3) Orang yang beriman pula terdapat pula orang yang sempurna iman dan mereka yang tidak sempurna iman.

Wallahu aklam.

Leenoh said...

Salam Izan.
Jawapan di atas diberi secara panjang lebar, sengaja dijawab begitu.

Sebenarnya apa yang Izan faham itu betul dan benar,

jika seseorang itu percaya apa yang dihuraikan di dalam 6 prinsip rukun iman itu bermakna orang itu telah beriman.

Makrifatullah said...

T.kasih dgn penerangan.