Tuesday, May 12, 2009

Kereta Bermasalah akan diisikan minyak. (sambungan)

Jangan melanggar peraturan
kerana akibatnya sangat buruk.

__________________

Salam Sejahtera.

Selasa 12 Mei 2009.

( Siri 2 )
Cerita Rekaan
Kereta bermasalah yang berwarna kuning itu akan diisi minyak, segala persediaan sedang diuruskan, kalau stesen minyak dibuka dan ditambah pula tuan punya stesen bersetuju minyaknya dijual. Maka barulah bekalan minyak wujud semula. Setelah minyak diisikan ke dalam tangkinya insya Allah kereta tersebut akan pulih semula. Pemandu asal telah kembali menguruskannya, Jikapun diisikan minyak Kereta Kuning tidak akan pulih sepenuhnya kerana tayarnya agak uzur, ke empat-empat tayar perlu juga ditukar baru dan injinnya memerlukan pemulihan atau " Engine overhaul", setelah semua dibuat kereta itu dipercayai akan menjadi segar dan bertenaga semula.

Kereta ini adalah kereta pusaka maka tidak boleh sewenang-wenangnya menukar tayar dan membuat 'Engine overhaul" ianya memerlukan persetujuan daripada beberapa pihak, sekarang ini sebenarnya dalam proses mendapatkan persetujuan.
Jika tiada perebutan dalam urusan memulihkan kereta ini, insya Allah situasinya sedang menuju ke arah pemulihan dan itulah juga yang diharapkan oleh sejumlah besar penumpang-penumpangnya di kampung dan di bandar.
______________________________

Untuk Renungan:
Maksud ayat 59 Surah An.Nisak;
" Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul dan orang-orang yang menguruskan pekerjaan dari kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah tentang sesuatu (perkara), hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan Rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Demikian itu lebih baik dan sebaik-baik jalan".
______________________________

Jika esok dunia ini belum dikiamatkan oleh Allah, insya Allah kita akan mendapat maklumbalasnya.
Ok. kita tunggu esok.Penantian itu suatu penyiksaan.
Sekian.Wassalam.

10 comments:

Dee said...

lama x jenguk sini..keta kuning tu keta volkswagen ke sdra leenoh..

Mak Su said...

dalam hidup kita ini, mmg saban hari sentiasa menanti dan menanti :)

Leenoh said...

Salam Dee,
Lepas Dee pi makan khenduri kat Perak, rasanya ni baru mai pula.
Bukan kereta Volkswagen kereta ni lagi lama dan lagi besar.
Marilah kita sama-sama berdoa supaya kereta tersebut pulih semula. he3

Leenoh said...

Salam Mak Su.
Begitulah Mak Su sifat baharu, sebelum selesai fananya itu kenalah tunggu dan tunggu, menanti dan menanti.

ManSaari said...

Assalamualaikum sahabat Lama. Moga sihat dan sejahtera.

Rakyat harapkan jalan lurus bendul. Kereta kuning itu biarlah bisa ditumpangi oleh para penumpang dengan selesa dan aman damai. Minyak sepatutnya diisi tetapi asapnya yang keluar biar tidak hitam pekat. Cermin biarlah jernih. Roda bisa berputar ke hadapan dan ke belakang.
Pemandu biarlah celek. Tidak rabun. Sihat fizikal dan mental. Kereta biarlah bersih luar dan dalam. Hala tuju biar berpaksi. Jangan gelong. Jangan jadikan penumpang mangsa sementelah hanya kita yang ada kereta. Sterengnya kita pegang. Hala tujunya biarlah kita tahu ke mana. Jangan berdendam dengan pejalan kaki dan pengayuh gerek. Berhemah di jalanan. Semua kita tidak bisa terkecuali daripada ujianNya. Hanya Dia yang maha mengetahui.

DrSam said...

Salam Pak Ngah,
menarik cerita kereta kuning ni. saya pun kurang pasti sejarah kenapa kuning itu asal dijadikan warna kepada kereta tersebut. kenapa tidak hitam atau putih. tapi ini isu lain.

cuma harapan kita dan para penumpang lain, agar kereta kuning dapat berjalan dengan elok dan dapat memberi khidmat yang sewajarnya dan seadilnya kepada para penumpang sekelian. itupun jika atap kereta tersebut tidak bocor.

wallahuaklam

Leenoh said...

Waalaikumussalam.
Sahabatku Mansaari.
Semoga Allah mentakdirkan kita bertemu lagi. Bila melihat sahaja wajah sahabat lama seolah-olah membaca sebuah buku menceritakan kisah lama ketika bersama dahulu. semoga sihat walafiat.

Itulah doa rakyat semoga kereta itu dapat ditumpangi dengan selesa dan sama-sama mendapat manfaatnya secara adil dan berkat.

Leenoh said...

Salam Dr.Sam.
Sebenarnya kereta itu kereta pusaka, pemilihan warna itu mengikut warna perak, bukan warna emas kerana di situ suatu ketika dulu banyak menghasilkan galian perak.
Apapun kita berharap Kereta Kuning akan berfungsi semula seperti sedia kala dan dapat ditumpangi oleh rakyat jelata dan memberi khidmat dengan adil seperti kata Dr.Sam.

Anonymous said...

Kuning-kuning ni tak boleh dibuat main-main. Warna ada daulat tuuu...tak pasal-pasal kena pi Kamunting pulak.

Sekarang dengaq habaq RR dan Daimler kuning semua nak trade-in ambik Eurocopter Kuning pulah dah!

Leenoh said...

Salam Zaidi ali.
Ini kuning perak bukan kuning emas atau kuning lain-lain.bukan juga pulut kuning.
Insya Allah ok