Thursday, May 7, 2009

Kereta Bermasalah Sedang Diperbaiki.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

( Siri 1 )

Cerita Rekaan.
Kereta bermasalah sedang diperbaiki.


Sesuatu cerita atau perkhabaran yang dimaklumkan terlebih dahulu bahawa ianya bukan cerita benar atau ianya hanya cerita rekaan sahaja bermakna tukang cerita itu tidaklah dikategorikan sebagai pembohong atau pendusta. apabila tidak dusta atau tidak berbohong bermakna tidaklah baginya berdosa.

Demikian juga sesuatu cerita yang diceritakan dengan panjang lebar dan memakan masa agak lama dan cerita berjalan berterusan sehingga tamat dan setelah tamat cerita, lantas tukang cerita menyatakan sebenarnya cerita itu adalah cerita rekaan sahaja, cerita ini juga bukanlah cereta bohong atau dusta, Cerita tersebut lebih kepada cerita rekaan dan tukang ceritanya ti
dak berbohong kerana beliau menceritakan realitinya bersabit dengan cerita tersebut.

Sebuah kereta bermasalah, kereta ini sangat diminati ramai , jika berlaku kerosakan mereka yang mengendalikannya terpaksa berhati-hati untuk memperbaikinya, ramai orang akan memerhatikannya sama ada dari dekat atau dari jarak berjauhan, mereka juga sama-sama memikirkan keadaan kereta itu walaupun sebenarnya tidak berhak bertindak tetapi mereka masih berhak untuk memberi pandangan kerana kereta keramat itu hak milik bersama atau milik secara perkongsian, mereka memiliki kereta ini bukan secara membelinya tetapi mer
eka memperolehinya kerana harta pesaka tetapi untuk mentadbir dan menguruskannya mereka memutuskan secara undian, kumpulan yang menang di dalam pengundian berhak mengurus dan mengendalikannya.

Kereta ini adalah di antara kereta yang saiznya besar dan nilainya sangat tinggi, kedudukannya di dalam Malaysia bolehlah kita sebut sebagai " Top 5 " warnanya kuning, bukan kuning biji padi dan juga bukan kuning langsat tetapi warnanya lebih cantik dari itu, warnanya kuning perak, kuning perak kuning yang menawan dan ramai yang tert
awan.

Berbalik kepada kerosakan tadi, benarkah kereta ini telah rosak, Keadaan rosak ini tiada siapapun mempertikaikannya, memang rosak kerana kereta ini tidak lagi mampu bergerak kerana injinnya tidak berfungsi. Untuk menyelesaikan masalah maka berpakatlah sekumpulan yang terlibat dengan pengurusan kereta ini dengan menolak kereta tersebut supaya dapat dihidupkan, malangnya setelah ditolak kereta tersebut tetap tidak berubah, b
erkeadaan rosak juga.

Akhirnya seorang mekanik (machanic) dipanggil untuk memperbaiki injinnya, mekanik ini hanya dibenarkan bergerak disekitar bahagian injin kereta atau kepala kereta sahaja, mekanik pun mungkin tidak berhajat untuk merayap ke bahagian lain kerana kereta ini tersangat besar tidak mampu untuk beliau berbuat demikian, setelah puas memeriksa dan menukar beberapa peralatan baru, kereta tersebut tetap juga injinnya tidak dapat dihidupkan.

Sebenarnya sejak daripada awal lagi sebahagian daripada mereka yang lain pula telah mengetahui bahawa kereta tersebut kehabisan minyak, ini dinyatakan sendiri oleh pemandunya, kata mereka kalau kereta ini diisikan minyak ke dalam tangkinya ianya akan berfungsi semula seperti biasa, terpulanglah selepas ini siapa pula yang akan menjadi pemandunya, asalkan ikut peraturan dan menyedari bahawa kereta ini hak bersama.Oleh itu kumpulan ini tidak bersetuju kereta tersebut diperbaiki tetapi hendaklah diisikan minyak kembali seperti permulaan kereta tersebut bergerak.

Disebabkan pemandu dan raka-rakannya tiada kuasa untuk mengisi minyak maka kereta tersebut berterusan dalam keadaan ro
sak walaupun sebenarnya tidak rosak.

Kesimpulannya masalah tersebut tidak dapat diselesaikan kerana cara penyelesaiannya tidak mengikut kaedah . Mereka tidak mencari punca masalah, jika minyak diisikan semula masalah yang dihadapi oleh kereta tersebut akan selesai, tetapi, sekiranya dibiarkan mekanik merongkah kereta tersebut kerosakan akan bertambah dan pembaziran pun akan berlaku.

____________________

Santai.

Ada teruna tegap tinggi.
suka berjaga sampai pagi.
Apa guna berilmu tinggi.
Kalau gagal memujuk hati.

Dari rumah pergi ke pasar.
Membeli gulai bersama acar.
Apa guna mahligai besar.
kalau hati sentiasa gusar.
__________________

Catatan:
Dapatkan ketenangan
dengan
menyempurnakan solat fardu,
bertilawah Al.Quran, berwirid
dan
memperbanyakkan solat sunat.

________________________________


Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.


2 comments:

Mak Su said...

llaaaa... susahnya

Leenoh said...

Salam Mak Su.

Cuma susah hati sahaja. bukan susah tiada makanan.