Tuesday, May 19, 2009

Keamanan dan ketenangan penduduk dirobek penjenayah.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Dukacita dimaklumkan bahawa dalam masa kebelakangan ini di tempat atau di taman yang saya tinggal telah berlaku suasana yang tidak tenteram dan menakutkan penghuninya, Keamanan dan ketenangan penduduk telah dirobek penjenayah, beberapa buah rumah telah dicerobohi, berlaku kejadian pecah rumah dan kecurian, inilah akibat yang terpaksa kita terima apabila manusia tidak beriman kepada Allah atau sekurang-kurangnya mereka percaya kepada Tuhan mengikut kepercayaan masing-masing, sebab setiap agama tidak membenarkan penganutnya melakukan perbuatan jahat seperti ini, kemiskinan juga salah satu penyebab gejala ini berlaku, Islam menyatakan bahawa kepapaan hampir menjadikan seseorang itu kafir oleh itu Islam menggesa umatnya supaya bekerja keras mencari rezeki bagi menyara keluarga kerana Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itulah sendiri yang mengubahnya.

Bersabit dengan perkara ini semua penduduk taman ini dijemput ke mesyuarat pada 22 MEI 2009, jam 9.00 malam, insya Allah, jika diizinkan Allah saya akan hadir, sebenarnya saya tinggal di sini hanya sebagai penyewa sahaja kerana rumah yang baru dibeli belum siap dibina, mengikut perjanjian akan siap pada Disember 2009. Walaupun demikian adalah mustahak untuk saya terlibat bersama di dalam mesyuarat tersebut sekurang-kurangnya dapat juga memberi buah fikiran atau mendapatkan maklumat daripada persatuan.

Berdasarkan maklumat di sini terdapat sebelas buah rumah yang terlibat dengan kejadian buruk dan menyakitkan hati itu, Senarai kejadian adalah seperti berikut;
(1) Peras ugut.
(2) Pecah kereta dan mencuri kasut.
(3) Pecah cermin kereta.
(4) Pecah rumah.
(5) Pecah rumah.
(6) Curi kereta.
(7) Pecah rumah.
(8) Pecah rumah.
(9) Samun bersenjata.
(10) Pecah rumah.
(11) Cubaan pecah rumah.

Kemungkinan rekod tersebut termasuk kejadian yang telah lama berlaku dan juga yang terbaru . Taman ini mula diduduki pada awal tahun 2009 dan sehingga sekarang masih terdapat rumah yang belum diduduki.

Saya memaparkan kejadian ini bertujuan memberi peringatan kepada kekawan supaya sentiasa bersiap siaga menghadapi dan mencegah kejadian buruk ini di tempat masing-masing atau mengambil langkah-langkah tertentu bagi menjaga keselamatan rumah , tempat , taman atau kampung .

BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH.

Semoga Allah sentiasa memelihara kesejahteraan dan keselamatan keluarga kita, amin.

Sekian. wallahu aklam. wassalam.

8 comments:

Dee said...

berhati-hati ye saudara leenoh..

Leenoh said...

Salam Dee.
Saya berdoa semoga dilindungi Allah.

KUNTONG said...

d batu pahat pun sama je, tubuhkan unit kawalan kg. (kurang sikit).

Leenoh said...

Salam.
Keadaan itu telah merebak, semoga Allah pelihara kita dan keluarga kita, insya Allah.

Anonymous said...

Salam Leenoh.

Sedih sekarang ini bermacam kes semakin menjadi-jadi seolah-olah di luar kawalan. Manusia mula hilang maruah diri. Saya sangat setuju bahawa kejadian jenayah meningkat berkadar terus dengan kemiskinan. Memang pakar ilmu kemanusiaan dan pakar kriminologi juga merumus sedemikian. Bila manusia bertindak di luar batas kesedaran dan bilamana syaitan mula menunjukkan wajahnya yang sebenar. Ke mana perginya Rukun Tetangga yang pernah terbukti berkesan? Kemana perginya Gotong -royong masyarakat tempatan yang pernah diamalkan sekitar tahun 60-an? Zaman sekarang susah. Zaman dulu lagi susah. Mungkin berpunca dari tekanan berlebihan syarikat-syarikat kredit berlesen saudagar!

Leenoh said...

Salam Sdr.Zaidi Ali.

Pada zaman ini seolah-olah kita telah hilang arah, seperti tiada lagi manusia yang boleh dihormati, manusia boleh sahaja mengambil hak orang lain dengan caranya masing-masing, mereka yang pandai dengan caranya, yang kaya dengan caranya, yang miskin dengan caranya, yang berkuasa dengan caranya dan yang bodoh dengan caranya pula.
Akhirnya kehidupan kita sukar hendak dikendalikan.

Anonymous said...

banyaknya...
ujian tuhan tu...
erm...

Leenoh said...

Salam PJ Selaba.
Begitulah nampaknya sementara menunggu persaraan terakhir, walau apapun marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar kehidupan kita kembali aman dan sejahtera seperti dahulu.