Tuesday, August 21, 2012

Rakaman video sebelum solat sunat 'Aidil Fitri.

Salam semua  
SELAMAT BERPUASA SUNAT SYAWAL.
Rakaman dibuat sebelum solat sunat 'Aidil Fitri iaitu suara takbir yang digemakan oleh ahli jamaah sekalian, takbir untuk aidil fitri tempoh masanya disunatkan hanya mulai malam hari raya sehingga sebelum solat Aidil Fitri sahaja, takbir selepas itu adalah dilarang, berbeza dengan takbir 'Aidil Adha disunatkan mulai malam hari raya iaitu 10 Zulhijjah sehingga 13 Zulhijjah

Takbir dimulakan oleh Sheikh Abdulkarim Omar Fatoni al.Makki salah seorang imam masjid ini, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam ini mempunyai ramai imam yang diketuai oleh Sheikh Ahmad Mustafa al.Muqri bin Mohd.Sidin, takbir kemudiannya dipimpin secara bergilir-gilir oleh para imam yang lain dan para bilal yang juga ramai bilangan mereka.
__________________________________________


Video ini dirakam pada 'Aidil Fitri  tahun 2010M, Sultan Selangor dan putera baginda bersalaman dengan para jamaah selepas solat sunat 'Aidil Fitri 1431H/2010M.

__________________________________________________

Beri laluan utk iklan sebentar.


_______________________________________________

Alhamdulillah program bagi memakmurkan masjid dengan mengutamakan majlis ilmu sentiasa dilaksanakan oleh pihak pentadbirannya. Sekalung tahniah untuk mereka yang terlibat.

Sekian...Wallahu aklam. 

No comments: