Salam semua.
Gambar hiasan |
Artikel
ini ada kaitannya dengan politik tetapi pos ini bukan membincangkan
mengenai hal politik secara khusus, ianya ingin memfokuskan kepada minda
dan idea yang kreatif dan kritis. Apabila manusia menghadapi ruang jangkau dan cakupnya terhad, pergerakannya disekat dan dihadkan serta menghadapi
banyak larangan yang, sama ada patut atau tidak patut, dalam diam-diam
minda mereka berfikir dan terus berfikir serta berusaha untuk
mengatasinya, akhirnya dihujung nanti akan terhasil suatu natijah untuk
direalisasikan selama tempoh yang dikehendaki.
Beri laluan utk iklan sebentar.
Pada zaman sebelum merdeka masyarakat kita hidup dalam serba kekurangan dan terdesak dalam banyak bidang kehidupan, di antaranya susah mendapatkan punca bakar seperti mancis atau guris api sedangkan keperluan tersebut dikehendaki setiap hari untuk memasak dan lain-lain, maka tekanan tersebut telah menjadikan mereka berfikir mencari jalan keluar daripada kesusahan, akhirnya mereka menggunakan batu untuk mengeluarkan api dan berjaya mencipta sendiri peralatan tersebut.
Manusia zaman ini tidaklah menghadapi kesusahan demikian tetapi terdapat kesusahan lain pula bagi orang atau kumpulan tertentu, misalnya kesusahan menggunakan media, kesukaran mendapatkan ruang/tempat untuk beraktiviti, kesulitan menyebarkan maklumat dan seumpamanya. Sekiranya kesusahan atau sekatan itu dianggap ianya berlaku secara tidak patut dan tidak adil, situasi itu mengetuk minda supaya berfikir dan berikhtiar untuk mengatasinya. Orang yang berilmu akan merasakan mereka perlu bertindak sesuatu, oleh itu minda mereka menjadi cerdas dan memproses idea dan pemikiran sehingga terhasillah sesuatu yang akan digunakan bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi.
Salah satu contoh yang dapat dikemukakan di sini ialah menjelajah dari satu tempat ke suatu tempat untuk menyampaikan maklumat dengan menggunakan bas yang diubahsuai dengan peralatan yang canggih.
maklumat ini dipetik dari http://www.selangorku.com
maklumat ini dipetik dari http://www.selangorku.com
"Bas dua tingkat ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform
untuk berceramah dan sistem bunyi akan memulakan siri jelajah ke
Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2
September diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim". Agaknya tindakan ini adalah terhasil daripada minda yang kreatif dan kritis yang didorong oleh kesusahan dan kesukaran menyampaikan maklumat kerana tanpa akhbar dan TV untuk digunakan dan di samping itu terfikir pula bahawa ramai lagi masyarakat di bandar dan ceruk kampung yang belum menerima maklumat dari mereka.Maka inilah di antara cara dan kenderaan yang akan membawa maklumat tersebut sama diterima atau menolaknya terpulanglah kepada hasil penilaian masing-masing.
Sekian...Wallahu aklam.
Sekian...Wallahu aklam.
No comments:
Post a Comment