Artikel ini suatu artikel yang ringkas dan ringan tetapi mungkin agak berat bagi sesetengah individu untuk menjadikannya amalan harian melainkan di dalam dirinya mempunyai azam yang kuat dan niat yang ikhlas untuk menghayatinya.
Tip menghafaznya.
Langkah 1 : Bacalah dengan betul dan tepat sebanyak 20 kali dengan melihat setiap tulisan itu tanpa niat menghafaznya ( jangan pedulikan keinginan menghafaz itu buat sementara waktu)
( Peringkat melancarkan bacaan, kalau belum lancar teruskan lagi sehingga lancar )
REHAT
Langkah 2 : Bacalah sebanyak 40 kali dengan melihat tulisan itu setiap kali membaca ( jangan sekali-kali cuba menghafaz lagi atau beralih pandangan ke tempat lain, tangguhkan keinginan itu dahulu kerana perbuatan ingin menghafaz segera itu mengganggu emosi )
( Peringkat menserasi dan mensepadukan bacaan di dalam lidah dan qalbu )
Langkah 3 : Nah kini anda telah pun membaca sebanyak 60 kali - sekarang sampailah masanya untuk cuba menghafaznya tanpa melihat tulisan tersebut ...Insya Allah anda telah pun menghafaznya.
Kalau ayat yang hendak dihafaz itu dirasakan panjang, maka bolehlah dibaca secara membuat potongan tertentu tetapi potongan itu hendaklah dibuat dengan betul dan sesuai maknanya.
Kini anda telah menghafaznya bermakna anda telah mempunyai senjata kurniaan Allah untuk anda/kita semua mempertahankan diri, bacalah sebanyak mungkin dalam perjalanan ke tempat kerja atau ke mana-mana destinasi atau bila-bila masa sahaja doa atau senjata ini hendak digunakan, orang kuat dan gagah perkasa ialah mereka yang sentiasa memohon dan merendah diri kepada Allah.
Untuk orang muda yang ku sayangi dan orang dewasa yang ku hormati dan sudah tentu untuk diriku sendiri jua,
- Maksudnya."Dengan nama Allah yang tiada sesuatu apa pun mendapat mudarat dengan nama-Nya di bumi dan di langit dan Dialah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui"
Beri laluan utk iklan sebentar.
Maksudnya.(2).........dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
[3]Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.(Surah At.Talaq)
- _________________________________________________________Sekian...Wallahu aklam.
No comments:
Post a Comment