Friday, August 31, 2012

Di antara benda yang tidak patut dibiarkan terletak di atas lantai.

Salam semua

Orang dulu-dulu mempercayai banyak tindak tanduk di dalam kehidupan ini terdapat pantang larang. pantang larang yang dimaksudkan ini merujuk kepada kebiasaan dan budaya hidup, terdapat juga campur aduk di antar budaya dan syariat Islam,
 misalnya kalau sapu sampah jangan sekadar saparuh jalan, jangan lambung kain di dalam kampung, anak dara jangan menyanyi di dapur, jangan merayau di luar rumah pada waktu senja dan banyak lagi, pantang larang itu ada yang berfaedah, ada yang karut, ada yang hanya helah semata-mata.
Budaya pantang larang ini perlu wujud supaya  sesuatu yang dihargai itu diletakkan kena pada tempatnya.Sesuatu yang baik dan mulia itu wajar diuruskan dengan berhati-hati supaya semua pihak dapat menerimanya dengan baik terhadap tindakan yang sedang atau telah dilakukan, sebagai contoh.

Semua benda yang dipaparkan di atas tidak wajar dibiarkan berada di atas lantai atau diletakkan di bawah, di mana tempat itu mungkin akan menjejaskan penghormatan terhadapnya, songkok dan topi keledar apabila kita menggunakannya akan diletakkan di atas kepala, kepala adalah sesuatu yang mulia dan dihargai, manakala al.Quran dan bendera tidak perlulah dijelaskan di sini kerana ianya sepatutnya telah difahami oleh masyarakat kita.
Ini, wajar diletak di bawah melainkan kalau belum digunakan atau bahagian atas yang sesuai.

Sekian...Wallahu aklam.


No comments: