Salam semua.
Gambar hiasan |
Artikel ini
ditulis semata-mata mengikut pandangan secara rambang bukan suatu kajian yang mendalam
ianya cuma dapatan daripada pemerhatianku sejak zaman remaja sehinggalah
aku kini digelar warga emas, kalau tidak selari dan secucuk dengan pandangan anda abaikan sahaja atau utarakan pandangan lain untuk direnungkan bersama.
Senario.
Sememangnya perkembangan Islam itu bergerak, bertatih dan pasang surutnya secara perlahan-lahan seperti air hujan mengalir di atas permukaan muka bumi, kekadang air itu tersekat dengan batas atau tanah yang tinggi dan terpaksa beralih arah pergerakannya tetapi kumpulan air yang datang kemudian keadaannya telah menjadi lebih tinggi kerana pertambahan air yang semakin banyak dan bolehlah air itu mengatasi tanah tinggi yang menjadi penghalang sebelumnya, air itu pula terus mengalir melintasi batas yang tinggi itu tanpa halangan seumpama proses berlakunya banjir, air mengalir dan terus mengalir tanpa henti, mungkin air itu tidak mengetahui pun hal keadaan yang dihadapi oleh kumpulan air yang bergerak terdahulu melainkan mereka itu melihat atau diceritakan kembali sejarahnya. Islam datangnya berdagang dan bermusafir, kembalinya juga berdagang dan bermusafir, bergerak dari suatu destinasi ke suatu destinasi sehinggalah ianya berada di dalam dunia global.

Kembali kepada topik yang diutarakan di atas, jika kita mengimbau kembali ke zaman selepas merdeka ( mulai zaman ini yang aku ingat sebelumnya wallahu aklam ) pada zaman ini sebahagian masyarakat kelas menengah dan juga kelumpuk atasan yang dianggap berpendidikan, sebahagiannya berpendidikan tinggi, gaya hidup mereka rata-rata ala barat atau mengikut budaya tinggalan penjajah Inggeris, di antara maksud hidup ala barat itu ialah mereka mengamalkan minuman arak atau minuman keras di dalam majlis tertentu atau bersendirian di rumah, menganjurkan majlis tari menari ketika menyambut hari lahir, di majlis jamuan negara, majlis orientasi di kolej-kolej perguruan, universiti dan seumpamanya. Para pelajar berpakaian seragam yang tidak menutup aurat, pelajar lelaki memakai seluar pendek dan bersongkok hitam, perempuan memakai gown singkat, pelajar Islam dan bukan Islam sama sahaja peraturan pakaian seragamnya, peraturan ini kuatkuasanya tegas, peraturan berlanjutan sehingga tahun akhir 70an atau awal 8oan ( tidak pasti tarikhnya ).
Pada tahun 1974 aku masih ingat dan masih dapat menyaksikan para pelajar perempuan Tingkatan Enam yang dianggap telah penuh dara atau anak dara sunti pun masih berseluar pendek lagi singkat pula ketika bersukan,apa lagi para pelajar yang masih muda daripada mereka ini, pada hari sukan mereka berkeliaran di mana-mana di dalam kawasan sekolah dengan berpakaian seumpama itu tanpa dilihat dan merasai janggal bagi mereka yang memilih dan suka kepada cara hidup barat dan para pelajar berkenaan juga selesa begitu, almaklum kerana dididik demikian, bagi mereka yang menegur atau menentangnya dianggap menyalahi peraturan dan tidak moden atau dilabelkan sebagai orang yang berfahaman kolot.

Jamuan yang dihidangkan dengan minuman keras atau arak bukan sahaja jamuan VIP sahaja ianya melarat sehingga ke majlis di sekolah, majlis jamuan sukan sekolah, sambutan jubli intan, jubli perak dan seumpamanya dan juga diamalkan oleh masyarakat biasa, senario minum arak oleh orang Islam yang diregukan dengan kacang atau seumpamanya menjadi pandangan biasa di sesetengah tempat, manakala bank kesemuanya beroperasi berasaskan riba.
Sebahagian rakyat yang memahami dan peka dengan kehidupan cara Islam risau atas perkembangan ini, tok-tok guru pondok juga merungut berterusan mengenai keburukan ini, sebahagian besar rakyat di kampung-kampung yang prihatin dan ingin menghayati hidup secara Islam dan ingin selamat di akhirat juga turut risau dengan senario ini, mereka tidak menyimpan wang di dalam bank kerana mengelakkan diri daripada dosa riba, mereka sanggup menyimpan wang di dalam bantal atau tabung yang diperbuat daripada batang buluh, mereka yang mengambil sikap demikian diperlekehkan pula oleh sesetengah pemimpin dan menganggap tindakan mereka itu tidak ekonomik, manakala rakyat pula dalam diam-diam marah kepada pemimpin yang bersikap demikian dan menganggap mereka itu jahil dan mahu terus hidup cara orang Putih yang menuju ke arah keburukan di penghujungnya nanti. Mereka tidak mahu ambil faham akan maksud Islam sebagai cara hidup yang syumul itu. Mereka lebih menjaga cara hidup atau budaya asing yang sesat itu daripada meningkatkan kualiti kefahaman Islam di kalangan masyarakat Melayu Persekutuan Tanah Melayu ( kini Malaysia ). Pemimpin menyeru rakyat Melayu Islam supaya menyimpan wang di dalam bank pada ketika itu tetapi sebahagian rakyat pula mempertikaikan sistem yang diamalkan oleh semua bank pada ketika itu, para pemimpin sepatutnya dengan sukarela memikirkan kemungkin menukarkan sistem bank yang halal dan boleh disertai oleh mereka yang menyimpan wang di dalam bantal, tabung buluh dan seumpamanya, kata mereka biarlah kereta api berjalan di atas landasannya dan kenderaan biasa berjalan di atas jalanraya, jangan pula terpaksa menukar tayarnya untuk menyusuaikan diri dengan landasan, tegasnya sebahagian orang Islam tidak rela melanggar hukum Allah, sebaliknya setiap detik mereka berusaha memurnikan kehidupan yang bercampur aduk itu kepada kehidupan Islam yang diredai Allah.
Situasi di atas hanyalah sebahagian daripada senarionya sahaja.
Situasi di atas hanyalah sebahagian daripada senarionya sahaja.
Pada zaman itu orang Melayu/Islam di kalangan masyarakat biasa mempelajari Islam di masjid-masjid, surau-surau ( dikenali sebagai madrasah pada ketika itu ) dan di rumah-rumah orang tertentu beroperasi secara berpakat sesama mereka di kebanyakan kampung, tempat pengajian tersebut adalah selain daripada pondok dan sekolah-sekolah Arab yang kurikulumnya memfokuskan kepada pengajian/pengetahuan Islam dan bahasa Arab, pusat pengajian ini juga diusahakan secara bersendirian atau swasta. Pusat Pengajian/Pengetahuan Islam atas usaha rakyat inilah yang menjadi nadi dan peranan penting dalam arena dakwah tanah air.Kebanyakan ustaz-ustaz di sekolah menengah dan rendah adalah hasil didikan sekolah rakyat tersebut, sekolah yang menyediakan kurikulum seumpama itu tidak diusahakan secara bersungguh-sungguh oleh pihak kerajaan, tidak dinafikan sebahagian sekolah rakyat ini mendapat bantuan kerajaan tetapi tidak mencukupi dan pernah suatu ketika sekolah-sekolah ini ditarik balik bantuannya, kalau pun wujud sekolah kerajaan hanyalah sebuah sekolah bagi setiap negeri yang dikenali sebagai Sekolah Ma'ahad ( sekolah kerajaan negeri ) dan sebuah sekolah dimiliki kerajaan Persekutuan/Malaysia iaitu Kolej Islam Klang. Para dari sekolah-sekolah inilah juga yang layak ke Universiti Islam atau Fakulti Islam di Universiti Kebangsaan pada peringkat awal dahulu. ( pada masa kini wallahu aklam )
Para pelajar sekolah yang dikenali sebagai sekolah Arab inilah akhirnya sebahagian daripada mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti Mesir, Makkah, Syria, Jordan dan lain-lain negara Timur Tengah dan kembali menjadi pendakwah sama ada melalui Pertubuhan Bukan Kerajaan, Jabatan Kerajaan atau melibatkan diri dalam parti politik yang memperjuangkan Islam sebagai cara hidup.Mereka inilah akhirnya berjaya memberi kefahaman Islam sebenar kepada rakyat sehingga mereka ingin menghayati Islam seperti yang dikehendaki. Dakwah ini memberi kesan juga kepada kerajaan, dakwah dari rakyat berlaku secara menyeluruh dan bersepadu, sebaliknya dakwah yang datang dari pihak kerajaan berlaku melalui sektor tertentu sahaja seperti Jabatan Agama Islam Negeri dan Pejabat Zakat, dua jabatan inilah yang masyhur di kalangan masyarakat umum, dakwah Islam tidak disepadukan di dalam setiap jabatan. Pandangan ini merujuk kepada suatu ketika dahulu.
Akhirnya perubahan dan anjakan pun berlaku sama ada di dalam atau di luar kerajaan tetapi ianya bergerak agak perlahan, anjakan itu seperti kita dapat lihat sekarang, di mana sistem perbankan telah berubah, pakaian seragam sekolah juga turut berubah, perubahan tersebut sudah pasti hasil atau kesan daripada perubahan pemikiran masyarakat, kemudian menyerap ke dalam institusi masyarakat, maka wujudlah masyarakat seperti sekarang.

Sekian...wallahu aklam.
2 comments:
Salam,
Saya antara manusia pelajar yg sempat berada dlm beberapa sistem pendidikan. Drp berseluar pendek kpd berseluar panjang, ttp masa tu subjek agama belom jadi subjek wajib lagi. Masa tu w/pon ada ustaz/ah tak laa pulak larang anakmurid drp pakai seluaq pendek dan tidak bertudung....
Wsalam.
Terima kasih LiMehad kerana memberi respon, nama kita nampaknya hampir sama.
Ustaz/ah pada masa itu sebenarnya tiada kuasa apa-apa kalau dia larang pun buat menyusahkan budak-budak sahaja, beliau hanya menerangkan hukum tidak tutup aurat sahaja sama seperti menerangkan tentang haramnya riba. Pada ketika itu Pengatahuan Agama Islam banyak berbentuk teori sahaja, kalau budak-budak sesi petang waktu Zohor dan Asar akan berlalu begitu sahaja. Pada tahun 80an barulah situasi itu berubah...alhamdulillah.
Post a Comment