Electric Foot Massager
Vibrating Massager TPE 1328
Akhirnya dengan izin Allah sakit kepala ( migrain ) yang sering menyerang saya itu lega dan sembuh dengan sabit saya mengamalkan minuman Teh Dr.Rooibos (Rooibos Tea ), sejenis minuman kesihatan, bersyukur kepada Allah tidak terkira. Setelah hilang penyakit sakit kepala, keadaan kesihatan belum lagi bebas daripada dugaan Allah, penyakit darah tinggi masih menguasai diri. Bila terantuk barulah saya tengadah. Kemudiannya barulah saya pun mengambil berat tentang hal-hal yang berkaitan dengan penyakit darah tinggi ini, tentang cara rawatannya, keadaan atau sifat darahnya, makanan yang boleh meningkatkan lagi tekanan darah saya cuba kenali supaya dapat dielak dari mengambilnya dan lain-lain. Di samping itu saya tidak ketinggalan membuat senaman untuk mencairkan darah setiap pagi atau petang.
Mesin tersebut berfungsi melegakan berbagai penyakit, salah satu daripadanya ialah mencairkan darah atau melegakan dan merawat darah tinggi. Ketika itu syarikt tersebut sedang melancarkan jualan murah atau jualan dengan berbagai tawaran. Saya membuat keputusan membelinya, harga mesin tersebut RM1600 +, Mesin Electric Foot Massager ( Hinano ) dengan alatan iringan --" Vibrating Massager (VIM 1388), Pressur Monitor, Vibrating Massager (TPE 1328). ( kalau tiada tawaran bermakna tiadalah alatan iringan )Pressur Monitor
Setelah saya menggunakan alat ini selama lebih sebulan iaitu Mesin Electric Foot Massager kesihatan saya telah pulih semula dan tekanan darah berada di paras yang diistilahkan sebagai tidak berdarah tinggi, bacaan biasa yang saya dapati di antara contohnya ( 130/80, 135/85. 125/80 ) tegasnya bacaan sentiasa berada di bawah 150/80. dan tidak lagi mengalami pening atau sakit kepala. Sekali lagi saya bersyukur kepada Allah Taala. Selepas saya pos entri ini sekejap lagi saya akan mesin urut kaki selama 5 minit dan tapak tangan selama 5 minit juga, mesin-mesin yang lain saya jarang pakai, hanya tersimpan terperosok di tepi katil, itulah tempat yang paling senang kalau hendak diambil dan digunakan peralatan tersebut.
Saya paparkan alat-alat ini bukan untuk mengiklankan jenama tersebut, tujuan saya cuma ingin mendedahkan bahawa penyakit darah tinggi ini kekadang bagi sesetengah pesakit boleh dirawati, di samping mematuhi pantang larang cara pengambilan makanan pada setiap hari.
Setakat ini dulu kerana saya hendak ke kedai bersama doktor di atas tu, baca dulu ye nanti saya murnikan kemudian.
Peringatan:
Sdri.Dee baca, jangan tak baca.( perkembangan terkini Dee dah baca dan dah beri komenpun ).
Sekian.
Wassalam. Allah Maha Mengetahui.
- yatt said...
insyAllah ada rezeki nak beli lerr mesin ni tuk bonda..bonda saya dah bertahun2 mkn ubat darah tinggi..tp idak gak elok2 pun..
mungkin faktor usia n pemakanan..- DrSam said...
memang resam manusia bila terantuk baru tergadah. begitu juga saya. dulu tak pernah kena gout, bila dah kena baru berjaga-jaga. ingatan untuk diri saya dan semua.
February 17, 2009 12:39 PM
waa..napa tiba2..ada peringatan untuk sy?
adakah sy makhluk yg terkena darah tinggi..tidak!! sy terkena darah rendah adalah..
sy selalu gi refleksiologi..bukankah itu sudah cukup membantu peredaran darah sy..cukup x saudara leenoh?
February 17, 2009 1:49 PM
Kan hari tu Dee minta saya cerita pasal mesin urut tu, ha inilah caritanya. yalah untuk kebaikan kekawan kita sama, cerita kebaikan macam ni, macam berdakwah la juga, terima kasih atas respon yang diberikan.
Patutlah dia makan macam-macam, memanglah orang yang mempunyai tekanan darah rendah boleh makan macam-macam dan digalakkan makan seperti kerang, daging dan lain-lain, ok ok tanya Dee. dia lebih tahu.
wassalam.
February 17, 2009 2:11 PM
mungkin sesuai juga utk saya, kadang2 saya kena migrain
February 17, 2009 4:05 PM
Mak Su,
Kalau tak sesuai yang ini beli kerusi sandar yang RM7,000 + tu, he he he , kalau ada duit apa salahnya.
Orang migrain biasanya banyak angin dan angin naik ke kepala dan terperangkap di sana, Insya Allah migrain akan hilang kalau aliran darah berjalan lancar.
Wassalam.
February 17, 2009 4:29