Tidak semena mena saya dikenakan tag oleh blogger Nurhani Salwa, http://nurhanisalwa.blogspot.com, saya meringkaskan panggilan dengan panggilan Hani,kerana kekadang dia juga menyebut dirinya dengan panggilan tersebut. Orangnya sederhana tinggi lebih kurang 5 kaki dan beratnya tidak dapat dikesan, warna kulitnya sawo matang, Semuanya ini saya cuma agak sahaja sebab mata yang saya guna sekarang tidak begitu tulen, suaranya saya tidak dapat hendak temberang di sini kerana saya sendiri tidak pernah mendengarnya tetapi yang pasti dia berbakat seni, tentang suaranya nanti saya akan usahakan untuk mendengarnya, saya akan sentiasa buka radio, kalau-kalau dia ditemuramah oleh mana-mana JJ, kemudian saya akan maklumkan tentang suaranya itu nanti. walaupun saya mengetahui lebih banyak lagi tentang dirinya, hanya setakat itu sahaja yang boleh dikongsikan bersama , yang lainnya KIV dulu. Tetapi yang pasti dia seorang yang tinggi-tinggi, rendah-rendah dan rambutnya lurus-lurus, kerinting-kerinting, .......jangan bimbang salah satunya mesti betul...... semuanya itu hanya bergurau sahaja.....di atas segala kesulitan dan kesengsaraan membacanya pihak di sebelah sini memohon maaf. ..... Hani...jangan marah ye, ini cuma nak buat bagi jawapan tag ini menjadi lebih kreatif dan selamat dari terkantoi ..hehehe
Pasal tag mengetag, ini adalah kali pertama saya ditagkan, sebenarnya saya tidak mengetahui cara menjawabnya, ini cuma hendak mencuba-cuba sahaja untuk mendapatkan pengalaman, selama ini saya cuma kena income tax sahaja, nasib baik ada kawan tolong beri panduan, cuba baca panduan di bawah ini hehehe. Panduan itu untuk saya,.......... rasa macam faham, tapi entah... kalau jawapan saya tidak betul maknanya saya tak faham la tu. Nampaknya Mardhatillah ( Fatahiyyah ) kena beri komen mengenai jawapan ini.
MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...
to leenoh:hehhee cr nak jawab tag ni seng je..kt copy je soalan tag dr blog org yang tag kt pun..kemudian kt paste kan kt kt pnya blog..pastu ubah la jawapan ikut jawapan kt. camtu je..sy pun kalo tdk x tau ini ilmu dr sahabat sy jgk Solehah.
_______________________________________
Here's the instruction:
- Go to your photos folder in your computer.
- Go to the 6th folder of photos.
- Go to the 6th picture in that folder.
- Put the picture on your blog and describe about it.
- Invite six friends to join the challenge.
- Link them in your blog and let them know they have been challenged.
Begitulah Maha Bijaksananya Allah. kalau kita tidak nampak muka, kita tidak akan kenal. Agaknya seperti itulah juga kita kenal kekawan di alam maya selama ini. Kita hanya kenal sebahagian sahaja. Sebenarnya di alam yang nyatapun kita tidak kenal kekawan dengan kadar sepunuhnya. Diri kita sendiripun kita tidak kenal sepenuhnya, tidak mungkin dapat melihat bahagian belakang, kepala dan mata sendiri melainkan dengan bantuan pihak lain, samada melalui cermin atau cerita dari kekawan tetapi cara itu bukan sejati. Demikianlah gambaran kelemahan diri kita, sentiasa memerlukan nasihat dan peringatan daripada kekawan atau orang lain.
Berbalik kepada gambar tadi. hehehe . Kemungkinan gambar ini diambil di dalam bilik bersalin , bukan bilik bersalin di hospital tetapi di gedung membeli-belah ( pasaraya ) di sekitar KL kot, mungkin mencuba baju T barunya itu, kan di dalam bilik itu ada cermin, apa lagi snap sahajalah, hasilnya ............... hehehe.
Ok, saya pun nak tag juga ikut arahan, nak ambil hatilah katakan. nanti depa tak mau berkawan dengan kita pula, nak mencari kawan baru lebih senang daripada menjaga kawan lama ni. Hendak mendapatkan kemenangan lebih senang daripada menjaga dan mengekalkan kemenangan,
kalau sebok tidak perlu jawab abaikan sahaja,........... saya ok dan ok sahaja.
Abaikan jika anda sebok, ataupun dalam kesebokan anda masih melayani soalan-soalan di atas , terpulang.....hehehe.
Istimewa untuk;
http://kampungmampan.blogspot.com
http://selambapj.blogspot.com.
http:// deekuntum.blogspot.com.
http://ceritakosong.blogspot.com.
http://archiveoftime.blogspot.com
http://Zaidon399.blogspot.com.
Tiada tarikh luput tetapi kepada Kuntong kita bagi dia masa sampai tahun 3020 hehehe.
Ulasan anda dihargai.
hhaaaiippp, ada ceritakosong nampak nyer tu, kena jugak?... huhuhuh
tapi saya baru jer 2, 3 hari yang lalu telah menjwb tag ni. so, terselamatlah saya dari income tax. oops!
:D
February 25, 2009 6:03 PM
Dulu saya memang dok kena income tax,
tapi itu dulu, rupa-rupanya sekarang dah ubah pula jabatan itu dah menjadi jabatan tag pula. hehehe
oh Mak Su dalam keadaan selamat dan selesa la.
Memanglah tak kan Allah nak bagi kita susah selalu kan....ok abaikan.
February 25, 2009 6:20 PM
adeh adeh
nama saya pun ada jugak ke pak ngah?
hehe
tapi yang ni saya dah kena...
fuh lega!
tak payah buat dah
lalalala
February 25, 2009 7:45 PM
Anda berada di dalam zon selamat, jangan keluar kawasan nanti kena ngap.
ok. jaga diri baik-baik.
Wassalam.
February 25, 2009 8:11 PM
Sya tngah bengong,macam mana nak buat, maklumlah kereta lama, mukin sampai tahun 3021 pun tak dapat. x apa ,saya akan cuba. Trail and error.
February 26, 2009 12:04 AM
Hang ambik gambak masa Jepun dulu tu, atau apa-apa saja, lepas tu hang temberang saja la, he he he.
Kan ni mainan temberang ja, tapi temberang pun biak la ada mesej.
Wassalam.
February 26, 2009 6:42 AM
kena gak ke? lately ni sy malas tol nak buat tag..tp bila kita kena tag..maknanyer org tu ingat kat kita..org tu sayang kita..sy akan cuba buat utk tidak menghampakan sdr leenoh..hehehe..
February 26, 2009 5:18 PM
Sdr.Dee.
Apabila ada kasih sayang di sana akan ada kekayaan dan kejayaan. biarlah bergaduh tetapi janganlah sekali-kali putus silaturrahim kerana silaturrahim pembawa berkat.