Assalamualaikum / selamat sejahtera,
Saya dahulukan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan blog sekalian kerana sudi melayari blog ini dan terdapat juga di kalangan kekawan yang memberi komen bernas yang memperlengkapkan mesej atau objektif blog ini. Kepada mereka sekali lagi diucapkan terima kasih. Tanpa anda nukilan ini akan menjadi sia-sia sahaja.
Entri pada kali ini saya ingin menceritakan satu peristiwa yang lalu yang belum saya utarakan di dalam blog ini untuk tatapan kekawan.
Untuk meringkaskan masa saya mulakan ceritanya begini.
Pada suatu hari saya berasa gatal telinga dan mengambil putik kapas dan menggalinya, sebelum itu saya basahi putik kapas itu dengan minyak, setelah saya menggalinya (mengorek) beberapa lama, Saya pun menarik keluar putik kapas tersebut, tiba-tiba yang keluar hanya pemegangnya sahaja menakala kapas tertanggal di dalam, rupanya minyak yang dibubuh tadi menyebabkan gamnya berkembang dan putik kapas tertanggal dari pemegangnya. Oleh sebab putik kapas tersebut menutupi seluruh lubang telinga menyebabkan telinga berbunyi dan berdengung seperti bunyinya kapal di pelabuhan, keadaan ini menjadikan saya rasa risau yang amat sangat, ( Kan dari dulu lagi saya ceritakan yang saya ini seorang yang penakut ).
Untuk menyelesaikan masalah , saya pun tidak membuangkan masa lagi terus sahaja pergi ke klinik yang berdekatan, iaitu Klinik Doktor Lim. Jalan Merbok, Sg.Petani, Kedah. Apabila saya berjumpa dengan Doktor Lim, beliau terus membuat pemeriksaan, agaknya melihat bagaimana kedudukan putik kapas tersebut. Akhirnya beliau menolak untuk membuat rawatan seterusnya dan mengesyorkan supaya dirawat di hospital dengan menulis sepucuk surat untuk saya serahkan kepada pihak hospital. Allahu akbar, rasa ketakutan saya itu semakin bertambah dan bercampur dengan kerisauan yang amat sangat.
Rasa ketakutan saya itu menyebabkan saya tidak ke hospital sebaliknya saya pergi berjumpa dengan doktor yang saya kenali iaitu Dr,Zainol kliniknya yang terletak di kampung Baru, Sg,Petani. Apabila saya sampai di klinik, Dr.Zainol telah pun balik, hanya tinggal seorang doktor wanita, Doktor wanita inilah akhirnya merawat saya. Setelah saya masuk, beliau bersama pembantunya terus membuat pemeriksaan, Mereka berdua bergerak mengelilingi saya sekejap ke kiri sekejap ke kanan tanpa berintraksi dengan saya, sebab terlalu lama mereka berpusing-pusing saya semakin risau dan takut,
Dalam kerisauan itu, lantas saya teringat cerita tiga pemuda yang terperangkap di dalam gua ketika mereka berhenti berteduh dari hujan, tiba-tiba pintu gua yang mereka tumpang teduh itu tertutup. dicuba berbagai-bagai cara untuk membuka pintu gua itu tetapi gagal. Kemudian salah seorang daripada mereka mengesyurkan supaya mereka memohon pertolongan Allah dengan bertawassul (mengaitkan) dengan kebaikan yang telah mereka lakukan, Akhirnya masing-masing berdoa dan bertawassul dengan kebaikan masing-masing, dibuat secara bergilir-gilir, setiap kali salah seorang mereka berdoa batu yang tertutup itu bergerak sedikit, giliran orang yang kedua berdoa bergerak lagi dan akhirnya giliran yang ketiga berdoa pintu itupun terbuka lebih luas lagi sehingga mereka dapat membolosinya.
Apa kena mengena dengan cerita ini. sebenarnya saya pun meniru cara mereka, Sedang doktor membuat periksaan saya pun berdoa meminta pertolongan Allah dengan bertawassul dengan kebaikan yang saya telah lakukan. setelah begitu lama doktor tadi memikirkan cara mengeluarkan putik kapas itu, akhirnya barulah beliau mengambil peralatan yang sesuai untuk mengeluarkannya. Dengan tidak disangka-sangka begitu mudah putik kapas itu dapat dikeluarkan, agaknya perancangan semasa berpusing-pusing itu berhasil. saya rasa lega yang amat sangat, hilang segala ketakutan dan kerisauan. ( Bukan apa yang takut sangat tu, takut kena bedah - kan dulu saya dah kata pasal bedah ni, orang lelaki lebih takut berbanding dengan orang perempuan . orang lelaki jangan marah, ini hanya pendapat saya sahaja ).
Selepas itu saya pun keluar dari bilik dan menunggu di tempat menunggu untuk membuat pembayaran - tidak berapa lama kemudian saya pun dipanggil ke kaunter pembayaran, saya ditanya sama ada masih sakit atau tidak, saya pun memaklumkan bahawa saya tidak berasa sakit lagi dan keadaannya telah kembali normal. Rupa- rupanya perkhidmatan tersebut adalah percuma, lagi sekali saya rasa gembira dan terfikir agaknya kerana kekuatan tawassul tadi.
Apakah kebaikan saya yang membolehkan saya bertawassul tadi, kalau hendak mengetahuinya terpaksalah anda sambung baca lagi cerita di bawah ini.
KOD AMERIKA 0128016691679,
KOD DENMARK : 578016691678..
SEBARKAN.. UNTUK KEPENTINGAN UMAT ISLAM.
Menolong kanak-kanak yang sedang lemas di dalam air.
Sedang saya bermutalaah pelajaran tiba-tiba kedengaran suara budak perempuan meminta pertolongan. Azizah menjerit; " Bang Li !. bang Li. budak jatuh sungai. Bang Li!. Lan jatuh sungai". Entah berapa kali panggilan itu diulangnya dengan perasaan terperanjat dan ketakutan. Saya dari atas rumah bergerak ke tingkap menijau dahulu keadaan yang sebenar. Kelihatan dengan jelas Lan atau Roslan sedang meronta-meronta di dalam air, Lan mengangkat tangannya cuba melepaskan diri dari ditenggelami air. Sungai itu dikorek oleh MADA pada akhir tahun 60an.
Menyedari keadaan telah genting maka saya tidak membuang masa lagi , terus sahaja berlari turun dari rumah menuju ke lokasi dengan sekuat hati, sambil saya melihat situasi Lan di dalam air. Tiba-tiba kain sarung saya terlondeh. saya terpaksa membiarkan kain yang saya pakai itu jatuh ke tanah kerana ketika itu Lan tidak angkat tangannya lagi, kalau terlambat Allah sahajalah yang mengetahuinya, berhenti mengambil kain itu untuk pakai semula sudah tidak penting lagi kerana nyawa Lan lebih penting lagi kerana masanya sudah suntuk.
Apabila saya tiba di tebing sungai Lan dalam keadaan terapung dalam kedudukan berdiri dan rambutnya bergerak-gerak dialun air. Ketika itulah saya terjun mendapatkannya dan tarik beliau ke tebing dengan mengangkat mukanya ke atas permukaan air, akhirnya saya dan Lan terbaring di tebing sungai kerana saya tidak mampu lagi mengangkat Lan ke atas.Saya juga kehabisan tenaga dan penat yang amat sangat.
Sejurus kemudian barulah bapa saya bersama kain sarung tadi sampai dan turun memberi pertolongan, Lan diangkat oleh bapa saya, diletakkan di atas bahunya dalam keadaan meniarap dan dibawa lari secara lari-lari anak ke rumah. Sambil itu mulut Lan tidak berhenti-henti memuntahkan air.
( Dengan tidak semena-mena saya rasa kagum pula dengan kebolehan bapa saya, rupanya beliau mempunyai pengetahuan tentang perkara tersebut - sebahagian daripada kesengsaraan Lan telah terawat apabila sejumlah besar air yang terperangkap di dalam perutnya telah dikeluarkan melalui cara yang dilakukan oleh bapa saya itu - semoga aruah bapa saya sekarang sedang menerima ganjarannya - Al.Fatihah )
Pada masa Lan ditanggung oleh bapa saya itu, orang telah pun ramai datang. Rupa-rupanya tingkahlaku saya yang kelihatan dari jauh agak luar biasa itu diperhatikan oleh beberapa orang kampung. Sebenarnya saya masih memakai seluar dalam , cuma saiznya agak kecil, kalau dilihat dari jauh kelihatan seperti tidak berpakaian.
Lan akhirnya dibawa ke hospital Alor Setar dan berada selama dua hari di sana kemudian beliau kembali ke rumah dalam keadaan sihat walafiat. Sekarang Lan telah berkeluarga dan hidup bahagia.
_____________________________________
Ulasan Kekawan.
- JURAISH AL-MUHAMI said...
- Pasal lemas... Saya dah merasa lemas banyak kali jugak. Masa k
ecik sebelum sekolah, lemas kat lombong di tanah air saya, Perak la mana lagi. Namun terselamat dengan sendirinya. tak tau tiba-tiba timbul atas air setelah tertelan beberapa tegup air dan berpusing-pusing dalam air lombong.
Kedua lemas kat sungai Pahang. Masa ikut kawan tembak udang. Kisah muda-muda dulu la. Masa sekolah menengah Khairiah dulu. Pastu ada kawan selamatkan.Tiba-tiba ada rasa orang tarik rambut dari belakang. Ingatkan kena tarik dengan buaya. Alhamdulillah rupanya kawan yang selamatkan. panjang pun umur, dapatlah
jumpa dalam blog ni.
Tapi sampai sekarang tak pandai-pandai lagi berenang. Sedih betul...
- Leenoh said...
- Sdr.Juraih.
Pilih satu cerita yang istimewa, buat satu entri cerita kepada kami, kami nak baca.
Orang Perak ka, La ni orang Perak masyhur seluruh dunia. Lepas ni ramai pelacong kot.hehehe melawak ja, tu kerja depa, kerja kita lain no.
Dalam cerita saya tu saya tak cerita pasal Lan, apa kata
Lan lepas dia balik hospital.
Dia juga cerita macam sdr.Juraish cerita, Lan berkata. "semasa bang Lee angkat Lan tu Lan ingat buaya dah tangkap Lan" saya memang terbayang lagi kata-kata tu,
Dalam entri saya tu saya ringkaskan kerana takut kekawan jemu membacanya, maklumlah tulisan saya tidak bersama bunga-bunga bahasa, nanti
menjemukan pula.
Terima kasih, respon saudara menyuburkan dan memberi kekuatan kepada cerita lemas tu.
Wassalam.
- Anonymous said...
- Baca cerita ni telinga terus gatal rasa nak korek. terima kasih kerana memberi ilham.
- Leenoh said...
- Pembaca yang dihormati.
Terima kasih kerana memberi respon, merujuk kepada telinga selalu gatal kerana telinga berkeadaan kering. bermakna kurang sihat.
Telinga yang baik dan sihat ialah telinga yang lembab, tahi telinganya seperti kaya yang kita makan dengan roti ( maaf dengan izin ), hehehe terlawak sikit.
Jangan percaya sebab yang memberi kaunseling ini bukan do
Kalau telinga lembab biasanya tidak gatal.
Wallahu aklam.
- Anonymous said...
- "Sungai itu dikorik oleh MADA pada akhir tahun 60an"
dikorik tu yang betunya dikorek. hehe
- Leenoh said...
- Sdr.Pembaca yang dihormati,
Memang telah disedari tapi saja xbuat pembetulan, kalau dibaca pun bunyinya lain, sebab blog ini diri sendiri punya kadang2 hantam kromo ja. macam juga kita tulis membina pada tempat yang tidak sesuai, contoh teguran membena bukan teguran membina, kalau teguran membina bermakna teguran itu menggunakan simen, bata, batu dan sebagainya kerana teguran itu berbentuk maknawi maka ditulis membena bukan membina. he he he.tak pa la asal boleh faham,
Bagi saya ini merupakan teguran yang membena, satgi saya buat pembetulan, betul gak sepatutnya kita kena guna bahasa baku supaya boleh diikuti, tapi saya tengok banyak sgt blog menggunakan bahasa hantam kromo, mungkin nak melindungi kelemahan penguasaan bahasa Melayu kot atau melayan kepuasan maklumlah hak sediri. Tak dak can la budak sekolah nak bahasa dari blog yg macam cendawan tumbuh pada musim hujan ni. Saya rasa blog kehidupan Bersih 90% menggunakan bahasa baku pada
Agak-agak berapa markah kita boleh bagi kepada penulis blog ini. kalau ada masa lapang cuba nilai dan bagi markah. he he he sajalah seronok-seronok. tapi di ruang ulasan tidak masuk perkiraan.
Nanti bila2 kita bincang pasal ini pula tapi kalau entri berkenaan dgn bahasa kena komen panjanglah, kalau ringkas2 tak ace le.
Saya suka ulasan anda kerana ada unsur kejujuran di situ dan tiada unsur ampu. Tapi yg pastinya ada usik-mengusik.
Wassalam.
- izan said...
- cek leenoh,
putik kapas zaman sekarang tak sama zaman dulu... kualiti tak da. baru kena air sikit dah tanggal.. dah membahayakan individu yang menggunanya.
apapun... hehe..nak ketawa lah kes cek leenoh dalam sungai..
- cIk JanNah said...
- kesimpulan nye..
hati2 ble mngunakan putik kapas 2
:)
- Leenoh said...
- Memang betul kata Sdri.Izan dan cik JanNah putik kapas sekarang tiada kualiti dan perlu berhati-hati.
Wassalam.
- Dee said...
- wah..selepas ini harus lebih berhati-hati bila menggunakan putik kapas..
tahniah kerana dapat menyelamatkan nyawa seorang insan..mesti dia terhutang budi yg teramat sgt pada leenoh..
- Leenoh said...
- Sdri.Dee.
Apabila situasi begitu bermakna Allah sedang menguji kita, maka terpaksalah ujian itu dibereskan dengan sedaya upaya kita supaya tidak menyesal di belakang hari nanti, khususnya tentang tindakan menyelamat itu, walaupun terdapat kewajipan menutup aurat pada ketika itu. tetapi, kerana ada satu kesempatan sahaja maka masalah yang paling penting perlu diselesaikan dahulu.
Pada ketika itu tiada apa lagi yang difikirkan hanya 100% tertumpu pada Lan dan doa senyap di dalam hati.
Wassalam.
Wassalam.
PKR Perak pun perlu buat begitu,supaya BN dapat dikeluarkan pula.
wassaalam
nice post bro! :)
First time lah saya dapat baca cerita real hero yang menulis.Selalunya baca or tengok cerita ajer. tahniah la pak ngah.Alhamdulillah pak ngah dan budak tu selamat. Betul2 superman, sebab spender jer dok kat luar!! Hehehe.. Jangan marah ek, gurau ajer... really interesting post. Mudah2an dibalas kebaikan Pak Ngah oleh Allah swt.
sal putik kapas 2..eeee mmg seram gak baca..tp alhamdulilah segalanya berakhir dgn selamat..
pas ni sapa2 yg guna putik kapas hati2 k.. :-)
Terima kasih di atas respon kekawan semua.
Petua untuk semua (bukan fatwa).
Jangan bubuh atau sapu minyak pada putik kapas kerana boleh
menyebabkan gamnya berkembang dan kapas akan tertanggal daripada pemegangnya, guna putik kapas ada kelas, jangan kedekut nak beli yang agak mahal sedikit hehehe ( sempat gak aku mengata kau orang ye hehehe ), jangan selalu mengorek telinga kerana tahi telinga dijadikan untuk memerangkap musuh daripada menceroboh masuk ke dalam telinga, tahi telinga yang ada klass hehehe ialah yang sifatnya lembab.
Sebenarnya entri ini hendak menyampaikan cerita pasal berdoa iaitu ketika berdoa kita boleh bertawassul dengan kebaikan yang pernah kita lakukan, seeloknya kebaikan nilai tertinggi atau terbaik dalam hidup kita.
Kalau sesiapa yang ada info tambahan tentang tawassul doa tu tolong buat komen tambah. Kot Hani ada apa-apa info lagi.
Sekian, wassalam.