Saturday, February 14, 2009

Berkhemah di Bukit Gantang.


________________________

__



Berkhemah di Bukit Gantang .
Berdangau di Bukit Selambau.
Berkempen biarlah matang.
Berucap janganla
h sasau.

Pilihanraya bukan zon kecuali.
Setiap masa Allah perhati.
Di mana sahaja Allah mengetahui.
Akhirat nanti akan dihakimi.

_____________________________

Aroma Pilihanraya Kecil kawasan Parlimen Bukit Gantang telah dapat dihidu dengan jelas, angin dan makhluk halus yang menggunakan ruang maya telah membawa berita ke seluruh Malaysia, malah sehingga ke seluruh dunia. Tidak semena-mena Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau juga turut serta, kedua-dua kawasan ini mempunyai auranya yang berbeza sama ada berbanding di antara keduanya atau dengan kawasan lain. Penghuni kawasan ini nampaknya sebahagian besar daripada mereka telah matang dan pandai memilih dan tidak lagi mengikut minda tradisi yang lebih kepada pak turut.Jika tersalah kempen mungkin mereka tidak akan terpengaruh, malah sebaliknya akan menimbulkan kemarahan mereka, tetapi di mana-mana kawasan pun masih terdapat sebahagian kecil daripada mereka yang masih tidak mampu membuat rasional sendiri tentang tata syarat memilih pemimpin. Mereka inilah agaknya akan menjadi sasaran juru kempen nanti. Keadaan ini menepati pepatah yang menyatakan " Orang bodoh makanan orang cerdik ", maksudnya orang cerdik yang tidak bertanggungjawab.

Suruhanjaya Pilihan Raya telahpun menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi bagi kedua-dua kawasan tersebut seperti diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya adalah seperti tercatat di bawah ini.

Tarikh Penamaan calon : 29 MAC 2009.
Tarikh Mengundi : 7 APRIL 2009.

Mulai hari penamaan calon, manusia dan syaitan akan berduyun-duyunlah berkumpul dan berkhemah di sana, di antaranya untuk menjalankan kempen bagi memenangi parti sokongan masing-masing.
Manusia ingin menyelesaikan tugas dan tanggungjawab mereka tetapi syaitan dan pengikut-pengikutnya turut sama ke sana bukan untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang sewajarnya tetapi untuk meneruskan rancangan balas dendam mereka terhadap manusia . Mereka ke sana semata-mata ingin membuat kerja sia-sia, membisikkan ke telinga manusia tentang keindahan dunia sehingga manusia leka dan melupakan akhirat . Maka dalam tempoh tersebut berpestalah mereka di Bukit Gantang dan Bukit Selambau mencari manusia yang lemah imannya untuk ditipu dan diperdayakan.Semua manusia terdedah dengan rancangan berbahaya ini melainkan mereka yang sentiasa beringat dan berwaspada serta mematuhi perintah Allah tanpa leka dan lagha.

Pada kesempatan ini penulis ingin meluah dan melepaskan makhluk ghaib yang bersemadi di dalam minda yang sangat maknawi sifatnya dengan harapan mendapatkan kelegaan kerana telah melunaskan kewajiban yang sewajarnya sebagai rakyat negara yang tercinta ini dan khasnya sebagai manusia yang menganuti cara hidup Islam, juga sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Bukan hanya peringatan untuk anda tetapi juga untuk diri sendiri. Peringatan sifatnya memang berulang-ulang kerana sasarannya kekadang berbeza.


Sebagai orang Islam kita berkewajiban menjaga dan mematuhi hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah. Sama ada dalam bidang percakapan atau tingkah laku yang lain. Berlebih-lebih lagi semasa berkempen di medan pilihanraya sama ada di hadapan khalayak atau bersama media, berkempen bukanlah seperti murid-murid membuat karangan untuk diperiksa oleh guru. Murid-murid yang terlibat dengan tugasan membuat karangan akan membaca soalan dengan teliti sehingga faham, kemudian mulalah mereka mencari isi untuk dikembangkan. Isi rekaan tersebut dikembangkan sehingga mencapai kehendak soalan dan menepati jumlah perkataan yang dikehendaki, disamping menjaga tata bahasa, gaya bahasa dan perenggan yang sesuai dengan tahap atau tingkatan mereka.

Sekiranya karangan tersebut dikhayal dan dikarangkan oleh mereka sendiri (bukan meniru), insya Allah karangan tersebut akan mempunyai nilai yang tinggi dan akan mendapat markah yang tinggi dan cemerlang. Walau pun isi karangan tersebut hanya khayalan dan pembohongan sahaja kerana sememangnya itulah sebenarnya yang hendak dilihat dan disuruh pamer.

Demikianlah juga di dalam pertandingan berpidato, cuma selain daripada isi mereka perlulah mahir berpidato dengan gaya penyampaian yang menarik dan berkesan serta mematuhi syarat-syaratnya, insya Allah akan berjaya di dalam pertandingan.


Tetapi kempen pilihanraya situasinya sangat berbeza dan berlainan, kempen pilihanraya bukan karangan, bukan khayalan dan bukan juga lakonan. Kempen pilihanraya adalah realiti , bukannya khayalan ianya berada di dalam kehidupan yang sebenar dan di bawah naungan hukum Allah. Ianya tidak terkecuali daripada hukum haram, halal, wajib, sunat dan harus (mubah).

Petugas dan pelapor media juga berada di dalam dunia yang sama, semuanya menjurus ke arah destinasi yang sama, iaitu destinasi yang semua orang Islam sedia maklum, penulis juga berada di dalam situasi yang tidak terkecuali. Ingat mengingat adalah suruhan yang terkandung di dalam syariat.

Sering disebut " Kalau tidak dapat membuat semua, jangan ditinggalkan semuanya", mungkin kita tidak mampu mematuhi semuanya tetapi sebahagian besar daripadanya mampu dipatuhi. Sengaja merempuhnya itulah yang dikesali.

Oleh itu orang yang terlibat dengan kempen pilihanraya khususnya perlulah berhujah secara jujur dan ikhlas bukan rekaan seperti murid sekolah membuat karangan untuk mendapat markah yang tinggi atau menyertai pertandingan berpidato untuk mendapat kemenangan seperti yang telah dinyatakan . Hujah dalam kempen pilihanraya akan didengari oleh khalayak ramai dan juga sampai ke telinga rakyat yang mungkin sedang mengharapkan kejujuran pemimpin kecil dan besar yang turun ke bawah dan berdepan dengan mereka. Berlebih-lebih lagi hujah yang dikemukakan berkaitan dengan pentadbiran negara dan memegang amanah rakyat. Hendaklah sentiasa diingat mereka adalah pemimpin dan bakal menjadi pemimpin yang lebih besar. Negara adalah hak bersama dan Malaysia adalah hak kita bersama. Rakyat berhak benci kepada pemimpin yang jahat dan berhak menyanjungi pemimpin yang baik dan menjaga kepentingan negara.

" ALLAH SENTIASA MELIHAT PERBUATAN KITA SAMBIL MEMBUAT PENILAIANNYA "

Firman Allah bermaksud;
Barang siapa mengerjakan kebaikan, meskipun seberat zarah, akan dilihatnya (balasan) kebaikan itu.
Barang siapa mengerjakan kejahatan, meskipun seberat zarah, akan dilihatnya (balasan) kejahatan itu.
Surah Az-Zilzal ( ayat 7 - 8 )

_________________________________________

Sentuhan kekawan.
Blogger ijechan said...

hmm.. =)

February 14, 2009 11:22 AM

Delete
Blogger KUNTONG said...

Semoga yg terlibat waras dlm berkempen.

February 14, 2009 11:54 AM

Delete
Blogger Leenoh said...

Sdri.ijechan.

Berdehem itu mengandungi seribu makna, bunyi suaranya menggerunkan dan menakutkan, berlebih-lebih lagi ditujukan kepada diri yang memang penakut he he he.Tetapi apa boleh buat ini kewajipan.
Tidak mengapa sebab kita tidak ke kanan atau ke kiri, kita berjalan lurus ke hadapan menuju wawasan.
Wassalam.

February 14, 2009 12:08 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Sdr.Kuntong.

Cikgu-cikgu telah mengajar dan mendidik masyarakt bermula di sekolah lagi dengan falsafah pendidikan yang begitu berkualiti seharusnya direalisasikan di luar sekolah, di sana terdapat falsafah Pendidikan Umum dan falsafah Pendidikan Islam.
Kedua-dua falsafah tersebut sangat molek dan segak bak teruna dan dara, tentulah sangat elok diamalkan di dalam masyarakat.Itulah juga yang dikehendaki oleh negara dan itulah juga yang dididik oleh negara.
Wassalam.

February 14, 2009 12:18 PM

______________________________________________

Wallahu aklam bissowab. ( Allah Maha Mengetahui ).
Wassalam.


6 comments:

Cikgu Ije said...

hmm.. =)

KUNTONG said...

Semoga yg terlibat waras dlm berkempen.

Leenoh said...

Sdri.ijechan.

Berdehem itu mengandungi seribu makna, bunyi suaranya menggerunkan dan menakutkan, berlebih-lebih lagi ditujukan kepada diri yang memang penakut he he he.Tetapi apa boleh buat ini kewajipan.
Tidak mengapa sebab kita tidak ke kanan atau ke kiri, kita berjalan lurus ke hadapan menuju wawasan.
Wassalam.

Leenoh said...

Sdr.Kuntong.

Cikgu-cikgu telah mengajar dan mendidik masyarakt bermula di sekolah lagi dengan falsafah pendidikan yang begitu berkualiti seharusnya direalisasikan di luar sekolah, di sana terdapat falsafah Pendidikan Umum dan falsafah Pendidikan Islam.
Kedua-dua falsafah tersebut sangat molek dan segak bak teruna dan dara, tentulah sangat elok diamalkan di dalam masyarakat.Itulah juga yang dikehendaki oleh negara dan itulah juga yang dididik oleh negara.
Wassalam.

abdrahim kassim said...

Leenoh,

Ke Bukit Gantang kita berarak
Singgah bermalam di Bukit Candan
Wahai seluruh rakyat Negeri Perak
Jatuhkan BN naikkan Pakatan

Leenoh said...

En,abdrahim telah membuat cadangan.
Jatuhkan BN naikkan Pakatan.
Anda memang ada pilihan.
Gunalah akal,gunalah pertimbangan.