Salam Semua.
Dalam entri kali ini saya sertakan informasi ringkas mengenai kanak-kanak untuk panduan ibu bapa yang masih muda . Kehidupan pada zaman kanak-kanak sangat sensitif terutamanya mengenai kesihatan mereka, mereka sering diserang berbagai penyakit. kekadang mereka mengalami demam setiap bulan dan hilang selera makan.
Di sini saya ingin memberi panduan untuk memulihkan selera makan kanak-kanak. Caranya sangat mudah dan ada beberapa pilihan, saya hanya ingin memberikan dua caranya sahaja yang sering saya lakukan sejak lama dahulu sehinggalah sekarang. Insya Allah berkesan.
Daun Betik.
Cara-caranya:
Mandi Daun Betik ( papaya ).
1. Ambil beberapa helai daun betik dan diramaskan bersama air di dalam sebuah bekas seperti baldi atau seumpamanya untuk mengeluarkan getahnya, kemudian ditapis dan ambil airnya sahaja.
2. Air yang bercampur dengan getah daun betik tadi dibuat mandi.
3. Mandikannya mulai daripada bahu ke bawah dan tidak melibatkan bahagian kepala.
4. Ketika yang sesuai untuk mandi ialah pada tarikh di antara 16 - 30 haribulan mengikut taqwim hijrah , pada tarikh 16 sehingga 30 haribulan itu kita kenali sebagai bulan turun.
5. Mandikannya sehari sekali sahaja sama ada pada waktu pagi atau petang dan laksanakan beberapa hari, biasanya setelah 3 hari diamalkan atau lebih awal lagi ianya telah menunjukkan kesan, iaitu selera mereka telah mulai pulih. Lihatlah sendiri perbezaannya.
Mandi Daun Keriang dan Daun Samak.
Kaedahnya sama seperti di atas, cuma dalam kaedah ini dicampur daun keriang dengan daun samak. boleh juga kita gunakan satu jenis sahaja, cuma mungkin kurang berkesan.

Daun Samak
Daun Keriang.
Pokok Keriang.

Daun Halban
Daun Halban.
Air rebusan akar halban menjadi ubat untuk orang dewasa.
Selamat mencuba.
Sekian. Allah Maha Mengetahui. Wassalam.
------------------------
Dalam entri kali ini saya sertakan informasi ringkas mengenai kanak-kanak untuk panduan ibu bapa yang masih muda . Kehidupan pada zaman kanak-kanak sangat sensitif terutamanya mengenai kesihatan mereka, mereka sering diserang berbagai penyakit. kekadang mereka mengalami demam setiap bulan dan hilang selera makan.
Di sini saya ingin memberi panduan untuk memulihkan selera makan kanak-kanak. Caranya sangat mudah dan ada beberapa pilihan, saya hanya ingin memberikan dua caranya sahaja yang sering saya lakukan sejak lama dahulu sehinggalah sekarang. Insya Allah berkesan.
Daun Betik.Cara-caranya:
Mandi Daun Betik ( papaya ).
1. Ambil beberapa helai daun betik dan diramaskan bersama air di dalam sebuah bekas seperti baldi atau seumpamanya untuk mengeluarkan getahnya, kemudian ditapis dan ambil airnya sahaja.
2. Air yang bercampur dengan getah daun betik tadi dibuat mandi.
3. Mandikannya mulai daripada bahu ke bawah dan tidak melibatkan bahagian kepala.
4. Ketika yang sesuai untuk mandi ialah pada tarikh di antara 16 - 30 haribulan mengikut taqwim hijrah , pada tarikh 16 sehingga 30 haribulan itu kita kenali sebagai bulan turun.
5. Mandikannya sehari sekali sahaja sama ada pada waktu pagi atau petang dan laksanakan beberapa hari, biasanya setelah 3 hari diamalkan atau lebih awal lagi ianya telah menunjukkan kesan, iaitu selera mereka telah mulai pulih. Lihatlah sendiri perbezaannya.
Mandi Daun Keriang dan Daun Samak.
Kaedahnya sama seperti di atas, cuma dalam kaedah ini dicampur daun keriang dengan daun samak. boleh juga kita gunakan satu jenis sahaja, cuma mungkin kurang berkesan.

Daun Samak
Daun Keriang.
Pokok Keriang.
Daun Halban
Daun Halban.Air rebusan akar halban menjadi ubat untuk orang dewasa.