Thursday, July 30, 2009

Informasi ringkas untuk kebaikan kanak-kanak.

Salam Semua.

Dalam entri kali ini saya sertakan informasi ringkas mengenai kanak-kanak untuk panduan ibu bapa yang masih muda . Kehidupan pada zaman kanak-kanak sangat sensitif terutamanya mengenai kesihatan mereka, mereka sering diserang berbagai penyakit. kekadang mereka mengalami demam setiap bulan dan hilang selera makan.

Di sini saya ingin memberi panduan untuk memulihk
an selera makan kanak-kanak. Caranya sangat mudah dan ada beberapa pilihan, saya hanya ingin memberikan dua caranya sahaja yang sering saya lakukan sejak lama dahulu sehinggalah sekarang. Insya Allah berkesan.

Daun Betik.

Cara-caranya:

Mandi Daun Betik ( papaya ).
1. Ambil beberapa helai daun betik dan diramaskan bersam
a air di dalam sebuah bekas seperti baldi atau seumpamanya untuk mengeluarkan getahnya, kemudian ditapis dan ambil airnya sahaja.

2. Air yang bercampur dengan getah daun betik t
adi dibuat mandi.

3. Mandikannya mulai daripada bahu ke bawah dan tidak
melibatkan bahagian kepala.

4. Ketika yang sesuai untuk mandi ialah pada tarikh di antara 16 - 30 haribulan mengikut taqwim hijrah , pada tarikh 16 sehingga 30 haribulan itu kita kenali sebagai bulan turun.

5. Mandikannya sehari sekali sahaja sama ada pada waktu pagi atau petang dan laksanakan beberapa hari, biasanya setelah 3 hari diamalkan atau lebih awal lagi ianya telah menunjukkan kesan, iaitu selera mereka telah mulai pulih. Lihatlah sendiri perbezaannya.

Mandi Daun Keriang dan Daun Samak.
Kaedahnya sama seperti di atas, cuma dalam kaedah ini dicampu
r daun keriang dengan daun samak. boleh juga kita gunakan satu jenis sahaja, cuma mungkin kurang berkesan.


Daun Samak

Daun Keriang.
Pokok Keriang.


Daun Halban

Daun Halban.

Air rebusan akar halban menjadi ubat untuk orang dewasa.



Selamat mencuba.


Sekian. Allah Maha Mengetahui. Wassalam.

------------------------


6 comments:

Anonymous said...

Salam.

Terima kasih Dr. Leenoh kerana petua yang berguna. Untuk dewasa boleh ke diamalkan? Mungkin kena tambah pekat air getah betik kut.

Leenoh said...

Salam. Zaidi.
Bukan Dr tapi Tok Mo hahaha. Rasanya orang dewasa pun boleh. Itupun sebenarnya cara saintifik gak.
Cuba kaji apa yang berlaku kepada badan manusia mulai timbul anak bulan (1hb) sehingga bulan penuh (15hb).

Nl said...

salam Pak Ngah... cam ner nak buat kajian antara kaitan fisiologi badan dengan bulan tu... saya nak cuba kajilah.... malam nih dah 8 syaaban... saya masih ada selera huhuu

Leenoh said...

Salam Naqeeb.
Kajian kenalah sentuh mengenai hidupan yang hidup di dalam badan manusia seperti berbagai jenis cacing yang berpesta di dalam badan kita.
Kalau kita dapat ketam ketika bulan mengmbang isinya penuh...cacing di dalam badan kita macam mana pula.
Kalau kita tau dia sedang berpesta bolehlah kita hantar getah daun petik yang pahit itu. lebih kurang macam tu la.

Dee said...

salam sdra leenoh,

wah..petua org dulu2 ni..tp rupa daun keriang dan daun samak pun sy x kenal..hehehe..

Leenoh said...

Salam Dee.
Saya cari di rumah Pak Google pun tak jumpa daun keriang tu, nanti esok saya balik kampung saya snap daun keriang dengan pokoknya sekali.
Daun samak dengan daun betik boleh dapat di Pasar Tani, pucuk samak termasuk dalam keluarga ulaman yang lazat dan berubat.
Pokok keriang suka tumbuh di kawasan tanah pamah. ada dua jenis; Keriang Lada dan Keriang Dot, keriang dot sudah hampir pupus.
Daun betik pun tak kenal ke. betul-betul dan real KL la lu. hahaha .....jangan salah sangka... bergurau ja.