Salam semua.
Dalam tempoh musim kemarau di mana semua padi telah dituai dan petak bendang telah menjadi kosong tanpa tanaman lagi, ketika inilah petani melepas bebaskan kerbau lembu mereka mencari rezeki sendiri. Kerbau lembu ini akan mencari makanan mereka secara berkumpulan, merayaplah mereka sekeliling kampung dan kekadang terlajak ke kampung sebelah...akan aku ceritakan secara lebih lanjut lagi di dalam entri musim kemarau nanti........Demikianlah sedutan dari entri yang telah lalu.
Panorama kampung kelihatan berpulau-pulau, di mana penempatan rumah mengikut tanah milik masing-masing, setiap rumah akan di kelilingi dengan pokok-pokok hutan dan dipagari dengan pagar yang berdawai kawat, pagar dibina biasanya untuk menghalang kerbau lembu yang berkeliaran pada musim kemarau daripada memasuki ke kawasan rumah yang dipenuhi dengan pokok pisang, sayur-sayuran dan berbagai lagi tanaman sampingan. Pada waktu petang kerbau lembu ini akan balik ke kandang dan Pak Tani akan menghalau kerbau lembu mereka masuk ke kandang dan ditutup, esok pagi berulah dibuka semula.
Dalam tempoh musim kemarau di mana semua padi telah dituai dan petak bendang telah menjadi kosong tanpa tanaman lagi, ketika inilah petani melepas bebaskan kerbau lembu mereka mencari rezeki sendiri. Kerbau lembu ini akan mencari makanan mereka secara berkumpulan, merayaplah mereka sekeliling kampung dan kekadang terlajak ke kampung sebelah...akan aku ceritakan secara lebih lanjut lagi di dalam entri musim kemarau nanti........Demikianlah sedutan dari entri yang telah lalu.
Panorama kampung kelihatan berpulau-pulau, di mana penempatan rumah mengikut tanah milik masing-masing, setiap rumah akan di kelilingi dengan pokok-pokok hutan dan dipagari dengan pagar yang berdawai kawat, pagar dibina biasanya untuk menghalang kerbau lembu yang berkeliaran pada musim kemarau daripada memasuki ke kawasan rumah yang dipenuhi dengan pokok pisang, sayur-sayuran dan berbagai lagi tanaman sampingan. Pada waktu petang kerbau lembu ini akan balik ke kandang dan Pak Tani akan menghalau kerbau lembu mereka masuk ke kandang dan ditutup, esok pagi berulah dibuka semula.
Panas dan sejuk.
Pada musim kemarau ini cuaca sangat panas sehingga bibir mulut dan tumit pecah atau merkah keadaannya, pada waktu pagi terlalu sejuk kekadang menyebabkan minyak kelapa menjadi beku seperti ketul mentega. Orang kampung aku selalu menyebutnya "sejuk sampai ke tulang hitam". kalau mandi pada waktu Subuh memang menggigil seluruh badan. kalau mandi selepas terbit matahari kita akan kelihatan asap atau wap panas akan keluar dari seluruh badan.Keadaan cuaca banyak berubah setelah MADA membuat terusan atau sungai muda, ini berlaku pada akhir tahun 60an.Entri di dalam laman Kehidupan Bersih hampir mencecah 500 topik, mungkin ceritanya ada yang berulang.Main bola sepak dalam bendang.
Dalam musim kemarau begini anak-anak remaja sering juga menganjurkan pertandingan bola sepak persahabatan di antara kampung-kampung yang berdekatan, di mana mereka menggunakan petak bendang sebagai padang permainannya, setelah petak itu dibersihkan dan diratakan sekadar kemampuan mereka.
Anak muda pada zaman ini melalui kehidupan yang bersih dan sihat, ibu bapa tidak banyak berasa bimbang dengan aktiviti mereka. walaupun mereka berkelakuan baik tetapi, jika berlaku perlanggaran perintah ibu bapa atau guru mereka mungkin kena sebat dengan rotan oleh ibu bapa atau guru. sebaliknya pada zaman ini di mana ank-anak mudanya nakal dan terlibat dengan berbagai aktiviti tidak sihat, tidak pula hukuman sebat dengan rotan dikutkuasakan.
Sejak hukuman sebat dengan rotan tidak dikuatkuasakan lagi seolah-olah memberi peluang atau beri manja sekian lama kepada remaja melakukan kesalahan tanpa apa-apa denda kecuali nasihat semata-mata, hasilnya apa yang kita lihat sekarang. ( hanya pandangan peribadi ).
Tumbuk emping dan perah susu kerbau.Pada musim kemarau petani mempunyai banyak masa lapang untuk melakukan sesuatu pekerjaan selain yang berkaitan dengan penanaman padi , ketika ini mereka berpeluang memerah susu kerbau untuk dimakan bersama pulut pada waktu pagi atau dibancuh bersama kopi atau teh. Kalau pada masa padi hampir masak atau menguning mereka akan bergotong-royong memasak dan menumbuk emping. Emping dibuat daripada padi pulut yang belum cukup masak atau masak mengkal, padi pulut tersebut digoreng dan ditumbuk menggunakan lesung tumbuk padi sehingga menjadi leper dan nipis serta lekang kulitnya.
Emping boleh dimakan dengan berbagai cara, di antaranya digaul dengan kelapa parut dan gula atau emping itu digoreng setelah dicampur dengan udang kering dan lain-lain bahan yang aku sendiri kurang arif. ( Aku tulis entri ini tidak merujuk kepada mana-mana sumber hanya berdasarkan pengalama dan pengetahuan yang sedia tersimpan di dalam mindaku sahaja - kalau hendak mengetahui resipi tersebut terpaksalah aku merujuk kepada orang lain ).
Musim padi menguning ikan pun melompat.
Ketika musim padi menguning ikan mengubah tabiaatnya dengan melompat naik ke darat, jika dibuat sekatan pada arus air yang sedang mengalir ikan akan melompat untuk mengatasinya terutamanya ikan haruan, puyu, sepat tetapi yang lebih laju dan tinggi lompatannya ialah ikan haruan. untuk memerangkap ikan yang melompat ini petani akan menahan sejenis perangkap yang dinamakan pelompat yang diperbuat daripada buluh atau mengurek lubang di tengah batas bendang dengan mengisi sedikit air di dalamnya, sekali sekala mereka akan memantaunya, kalau dibiarkan lama dengan tidak dimantau, ikan-ikan tersebut akan menjadi habuan memerang pula.
Sekian. Wassalam.
8 comments:
Salam Leenoh.
Catatan ini membawa nostalgia zaman kanak-kanak saya di Kg Teroi, Yan.
Waktu tu pertengahan tahun 70-an. Air sungai dari Gunung Jerai pun masih jernih & "sejuk gedi" sampai ke tulang hitam.
suka dgn pemandangan sawah bendang..mendamaikan..tiba2 teringat cerita ranjau sepanjang jalan..
salam pak ngah...
kat kampung saya tadek padi... dulu masa kecil2 tak pernah tgk pokok padi huhuu...
tapi bila dah besar dan mula merantau ketempat dannegeri orang baru saya tahu betapa jelapangnya sawah padi seluas mata memandang huhhuhuu............
emping tu pun saya tak pernah makan... macamna rasanya tu huhuhu
Salam Zaidi.
Cuaca di kaki gunung tentu sekali sejuk, berlebih-lebih lagi pada musim kemarau ketika pagi.
Saya pun teringat banyak perkara juga kalau merujuk kpd tahun 70an terutamannya makan pulut tanak dengan ikan sepat ronggeng yang digoreng, pulut yang gaulkan dengan kelapa parut...he3.
Salam Dee.
Ranjau Sepanjang Jalan dan Dato' Shahnon Ahmad memang sukar nak dilupakan kerana navel yang ditulis sangat berkesan dan mempunyai nilai satera yang tinggi.
Novelnya Rentong apa kurangnya, cerita Lebai Debasa, Dogol, Pak senik dll.
Salam Naqeeb.
Kalau takdak pokok padi, mesti ada pokok beras.....ha3.
Begitulah kekayaan Allah, Dia buat macam-macam, tiada di san, ada pula di sini.
Kalau nak makan emping. Jom pi Kedah, di Pekan Rabu banyak emping.
Salam leenoh,
Teringat kisah lama memang lucu dan seronok masa budak2 dulu mukui padi malam2,masa tu tengah mengaji ambik upah cari duit nak mengaji.Lagi seronok menarik padi pakai anok,naik anok lepas tu tibai kerebau,dia punya lari dalam hutan jerami...tau tau la macamana rasa..sapa rasa dia tau la.budak2 la tak tau pun anok,kok,tengala,sepak,cah,sok main sole main tui belah macam2 lagi .....Lepas leenoh boleh tulis
permainan sole ke tui belah capelong ke sebagai nastolgia lama nu ..ok la (arba)
Salam Arba,
Ha3...Saya dah lupa banyak istilah, nasib baik arba sebut di dalam ulasan di atas, nanti saya murnikan cerita saya itu, sekarang saya ada d Kluang.
Kalau rajin arba tulislah cerita tu nanti saya masukkan dlm blg ni. e-mail mai.mana tau nanti ada masa lapang
Post a Comment