Tuesday, September 15, 2009

Pandu cermat jiwa selamat. ( Balik Raya )

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT.

video video
Berhati-hatilah memandu di jalanraya, ingatlah mereka yang tersayang, bertawakkallah kepada Allah sepanjang masa, mulailah perjalanan dengan menyebut nama Allah serta doakan keselamatan diri dan keluarga. Insya Allah selamat.

______________

Aidil Fitri hampir tiba.
Ketupat rendang juadah utama.
Masak sendiri mereka yang biasa.
Itulah cara menyempurnakan selera.

Masak di bandar sebahagian sahaja.
Balik kampung semuanya ada.
Tempat berkumpul sanak saudara.
Beramah mesra semasa berjumpa.

Orang bandar balik ke kampung.
Orang kampung setia menunggu.
Ketika memandu janganlah rabung.
Nanti kelak tertunggu-tunggu.

Kepada Allah ingatlah sentiasa.
Memulakan perjalanan bismillah diucapkan.
Agar sampai seperti biasa.
Barulah raya ada keberkatan.

12 comments:

DrSam said...

Hari Lebaran semakin tiba
semua menanti penuh gembira
lambaian kampung bagai terasa
selamat diperjalanan waspada senantiasa

Mak Su said...

saya balik kg hari sabtu ni, tak ada apa nak dikejar2 :)

Leenoh said...

Salam Dr.Sam.

Semua menanti penuh gembira.
Atas meja penuh hidangan,
Siapa beraya cara kelana.
Tentulah banyak menyimpan kenangan,

Leenoh said...

Salam Mak SU.

Semoga sampai dengan selamat dan dapat bergembira dengan sanak saudara.

Cikgu Ije said...

cepatnya puasa berlalu..
raya dah kian menjelma.

selamat hari raya pak ngah!

Leenoh said...

Salam ije.

Itulah tegasan masa tanpa toleh ke belakang dia akan terus bergerak ke hadapan meninggalkan kita.

Kita sering menangguhkan kerja tetapi dia terus meninggalkan kita tanpa belas kesian.

Aleh-aleh umur kita bertambah lagi sebulan, apapun diharapkan umur kita diberkati Allah kerana kepatuhan kita kepada-Nya.

Hunny said...

Salam Pak Ngah,

Pantun Jawa untuk Pak Ngah,

godok kupat neng ngisor ondo,
godonge nipah digawe atep,
salah silap nyong njaluk ngapuro,
ketemu meneh neng taun ngarep.

Translation:

masak ketupat di bawah tangga,
daun nipah dibuat atap
salah dan silap maaf dipinta
moga bertemu di tahun hadapan..

Selamat hari Raya
Maaf Zahir & Batin

Nl said...

salam pak ngah...

pantun raya pulak..
tapi sayang saya tadek idea pagi2 nih nak beli pantun huhuhu


apapun selamat balik kampung...
hati2 memandu semoga selamat perjalanan hendaknya....


selamat hari raya aidilfitri...

maaf zahir dan batin...

Leenoh said...

Salam Hani.

Ini kali pertama mendengar pantun Jawa.Mengetahui banyak bahasa banyak pahalanya.

Tahun depan bolehlah Pak Ngah jualkan pula kepada orang lain.he3.

Selamat hari Raya
Maaf Zahir & Batin.

Wailal liqak.

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Selamat balik kampung.

Jangan lupa pesan Pak Ngah, berhati-hati jalanraya.
kalau badan tak lengok.
bawa mai ketupat raya.

hehehe pantun berisi.

Selamat hari Raya
Maaf Zahir & Batin.

buNga said...

di kesempatan ini..

sy sebagai jiran p.Ngah.. nak mintak maaf la kalo ade menyusahkan p.Ngah sekeluarga.. terkasar bhs ker.. terpekik marah anak so ganggu p.Ngah.. terkedekut ker.. anak sy terbuang sampah msk umah pNgah.. pendek kate sumenye TER2 belaka.. hehe

maafkan la sy yer.. :D

Leenoh said...

Salam buNga.

Sama-samalah kita memohon maaf di antara satu sama lain kerana perbuatan tersebut menyuburkan dan mengeratkan tali silaturrahim.

Jangan lupa bawa anak2 datang ke rumah makan kerepek Banting, hahaha

Selamat Aidil Fitri,
Minal Aidin Wal Faizin,
Maaf Zahir dan Batin.