Monday, May 25, 2009

Seminar reka fesyen pakaian wanita. Cegah ragut.

Salam Sejahtera.

Apabila minda didedah dan dihidangkan dengan peristiwa ragut yang mengerikan pada setiap hari oleh setiap jenis media sama ada akhbar, laman blog, TV dan radia serta cerita yang disampaikan oleh masyarakat di kedai kopi, di tempat kerja dan sebagainya maka timbul keinginan untuk saya menulis topik ini pada kali ini.

Amat menyedihkan lagi sekiranya cerita ragut ini tidak dapat diceritakan sendiri oleh mangsanya kerana akibat perbuatan ganas peragut itu menyebabkan mangsa menemui ajal, kisahnya kita hanya dapat diketahui melalui cerita yang disampaikan oleh saksi-saksinya sahaja.
Esok atau lusa belum tentu siapa yang akan menjadi mangsa kepada peragut berjiwa syaitan itu. Syaitan di kalangan manusia ini tidak memilih mangsa mereka akan lakukan mengikut kesempatan, jika ada kesempatan mereka akan layan jiwa syaitan mereka oleh itu kita kenalah banyak berdoa supaya Allah menjauhkan segala bala daripada menimpa diri kita, keluarga dan jiran kita.
Adakah dengan berdoa sahaja ?. Saya sebutkan doa di sini kerana itulah sahaja yang kita mampu melaksanakan dengan segara, manakala ikhtiar yang lain memerlukan masa dan kepakaran tertentu.

Berangan-angan.
Kekadang saya berangan-angan ingin menganjurkan Seminar Fesyen Pakaian Wanita yang dapat menangkis, menghalang atau pakaian yang tidak memerlukan wanita membawa beg yang menjadi tumpuan peragut.

Seorang lelaki memikirkan pakaian yang sesuai untuk wanita agak sukar menemui titik natijahnya. Kalau ianya bertemu, lelaki tersebut agak istimewa dalam cara berfikirnya. kalau dibuat seminar mengenai perkara ini, maka bolehlah kita kumpul dan cambahkan fikiran dan pergunakan fikiran itu untuk merekacipta suatu fesyen yang dimaksudkan itu.

Untuk menghasilkan rumusan yang berkualiti seminar tersebut tentulah melibatkan beberapa pereka fesyen yang terkenal, ulamak, Pertubuhan Bukan Kerajaan , pegawai polis. lelaki perempuan dan seumpamanya.

Selain daripada dapat menghasilkan rumusan yang berkualiti. sudah pasti seminar itu juga dapat memberi kesedaran kepada orang awam mengenai bahaya perbuatan jenayah ragut ini.

Artikal ini hanya angan-angan seorang penulis blog sahaja bukan realiti dan hakiki. Luahan ini untuk melegakan minda sendiri sahaja. Kalau anda mempunyai pandangan atau angan-angan yang lain, marilah kita kongsi bersama.

Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.

10 comments:

DrSam said...

Salam Pak Ngah,
Memang jika kita bergabung tenaga dan menyumbang akal fikiran dan laksanakan dengan yakin dan tekun, Insyaallah banyak masalah boleh diatasi.

Angan-angan saya bagi menangani isu ini - memandangkan mangsa ragut selalunya perempuan yang membawa beg atau barang kemas, barang kepunyaan tersebut awal-awal lagi hendaklah di 'tag' dgn alat pengesan (GPS). mudah mengesannya kemudian.

Ataupun, diletakkan alat peledak yang di 'trigger' apabila terpisah dari badan tuanpunya secara paksaan - selepas beberapa minit kaboooommmm! Gerun sikit bagi yang berniat tidak baik. Tapi itu cadangannya aja Pak Ngah.

Wallahuaklam.

Leenoh said...

Salam Dr. Sam.
Suatu angan-angan yang baik, angan-angan itu bertaraf angan-angan abad ke-21. Pak Ngah tak kisah, Pak Ngah setuju saja.

Marilah kita pakat-pakat cambahkan minda untuk mengatasi jenayah ragut, mana tahu angan-angan dan cadangan kita memberi dan membuka idea kepada orang lain ke arah yang lebih baik lagi sehingga dapat mengatasinya.

Berfikir untuk kebaikan adalah kebaikan jua.

KUNTONG said...

Salam Sdr Leenoh : Cadangan saya, elok selepas diadakan seminar itu, diadakan peraduan mereka fesyen pakaian yang boleh menangkis dari menjadi mangsa ragut, atau pakaian anti ragut.Ah... hebat tu. he...he....

Leenoh said...

Salam Sdr.Kuntong.

Nampaknya zaman melaram dengan fesyen sesuka hati semacam dah berlalu. Sekarang kemunculan fesyen keselamatn diri dan pertahanan diri.
Malang tidak berbau, jadi kita terpaksa berjaga-jaga.
Kalau buat seminar, selepas perbengkelan mungkin akan terhasil fesyen tersebut, hehehe...lawak-lawakpun, silap-silap jadi betul, seminat tersebut, mana tahu he3.

Hunny said...

Salam pak Ngah,

Pakaian anti ragut? hmmm.. menarik idea ni. kalau saya pereka fesyen, saya akan reka pakaian yang penuh ciri2 keselamatan, boleh ada tempat simpan handbag or handbag boleh dilekat kat badan. maknanya, ada tali pinggang yang kuat dan baju pulak kena dari material yang tak mudah koyak. pastu,kena dipasangkan dengan sepatu yang macam koboi,yang ada gadjet untuk cakar/ pancitkan tayar motor peragut, dan tajam dihujngnya untuk melukakan peragut. kat tangan baju, kena ada tali yang boleh disembunyikan (macam spider man tu..)pastu saya akan padankan dengan seluar yang ada kocek untuk simpan pisau belit atau spray lada hitam.. menarik tu..

Alernatifly, kalau pakaian pun tak dapat nak selamatkan dari diragut, kena lah belajar martial arts. pasang kuda2, kasik flying kick or jumping kick satu kali pada peragut.. cuma kaedah ini kurang sesuai pada wanita yang pakai baju kurung..

Leenoh said...

Salam Hani.
Nampaknya tajuk ini dah betul-betul jadi seminar, macam-macam cadangan dah ada, Tapi awak jangan banyak bercakap, nanti batuk-batuk lak, kesian dia, batuk tak hilang lagi hehehe.
Pak Ngah dah kena sebulan yang lepas.
Entahlah Hani, apapun kenalah berjaga-jaga, mereka ragut cara curi, bukan berdepan.
Nampaknya kena banyak pakai seluar, entahlah kepala pusing fikir hal ni.
Semoga Allah sentiasa pelihara kita.

Cikgu Ije said...

salam pak ngah.

mak saya tak pernah bawa handbag pergi jalan-jalan. letak duit dalam poket je.

sekali pergi shopping perabot, ribu2 dlm poket. takde sape endah.

mak pesan, jangan sebab duit tak sampai seratus dalam beg duit, kita hilang nyawa. =D

memang ije ingat selalu. kalau pergi tempat public, lenggang je. duit dlm poket.

Leenoh said...

Salam Ije.
Alhamdulillah telah bertindak mengambil langkah berjaga-jaga dan mencegah lebih awal.
Topik ini sengaja Pak Ngah ketengahkan supaya kita sentiasa beringat dan tidak lagi mendedahkan beg terutamanya mereka yang menunggang motorsikal.
Semoga sentiasa dipelihara Allah.

Hunny said...

sALAM,

setuju dengan ije.. Tak yah bawak handbag..

Leenoh said...

Salam Hani,
Ya, betul setengahnya dapat laksanakan, Mereka yang membawa anak kecil, kata mereka susah pula nak bawa botol susu dan lain-lain.
Pak Ngah masih pening lagi ni, Tapi tidak mengapa sekurang-kurangnya sebahagian sudah ada caranya.
Kalau kita fikir insya Allah ada jalan keluarnya.