Monday, May 4, 2009

Harapan dan Doa untuk semua.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Berikut adalah respon daripada seorang sahabat untuk entri yang bertajuk " Dosa yang tersembunyi". Untuk mengetahui lebih lanjut sila rujuk tajuk tersebut. Respon yang dimuatkan dengan beberapa maklumat dan nasihat ini , saya rasa sesuai ianya dibawa kehadapan untuk dimanfaatkan.

Arba said...

Sememangnya dosa seseorang tidak ditanggung oleh orang lain kerana dianugerah Allah akal untuk berfikir,diutuskan Rasul bagi menyatakan segala yang haq dan bathil,ditinggalkan Al-Quran sebagai panduan sepanjang zaman.
Tetapi ingatlah peringatan Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang menunjukkan sesuatu yang baik seperti ia melakukannya begitulah sebaliknya sesiapa menunjukkan sesuatu yang jahat seperti ia sendiri melakukan juga." Awaslah setiap perkara yang baik dan jahat pasti ada sahamnya di akhirat.Oleh itu JANGANLAH selalu terlepas perhitungan bila hendak melakukan sesuatu.INGATLAH ALLAH Maha Mengetahui,Maha Melihat, Maha Mendengar!


Persoalannya mengapa kita terlalai,tersasar melakukan kesalahan dan dosa?
Pertamanya persoalan KEIMANAN terhadap ALLAH yang bersifat dengan sifat yang MAHA SEMPURNA dan MAHA SUCI ALLAH daripada SEGALA SIFAT KEKURANGAN.Keimanan kita rata-ratanya pada peringkat ILMU YAQIN,masih jauh untuk mencapai HAQUL YAQIN dan AINUL YAQIN.Bila seseorang dapat mencapai ke maqam ini barulah benar-benar dapat menjamin seseorang itu taat zahir dan bathin.Bolehlah dianggap orang yang hampir kepada "Insan Kamil" pada pandangan mata manusia.


Persoalan kedua mengapa kita tidak dapat berbuat beribadat dan taat walaupun ada ilmu? Puncanya kita banyak dosa.Bagaimana kita banyak dosa sebab kita TIDAK PERNAH BERTAUBAT dengan Allah sedangkan Allah suruh kita memohon keampunannya dan Allah sangat luas rahmat keampunannya.Selagi banyak dosa kita dengan ALlah selagi itulah kita sukar untuk buat ibadat,maka jadilah kita orang yang berangan2 nak buat ibadat tapi tetap tak akan dapat buat! Contohnya kenapa kita rasa berat nak bangun Tahajjuj! Sedangkan kita tahu amalan yang sangat baik kelebihan yang besar,tetapi tetap tak boleh buat,bangun untuk buat kerja lain boleh!Kenapa?


Kesimpulannya secara ringkas marilah kita memperbaiki diri kita dengan:
(a) Perbetul dan mantapkan Aqidah.Awwaluddin makrifatullah ,awal2 agama mengenal Allah.


(b) Beribadatlah dengan betul dengan ikhlas dan betul segala rukun dan syaratnya.


(c) Sentiasa beristighfar,bertaubat memohon keampunan Allah sedang Nabi yang maksum memohon keampunan lebih 70 kali sehari,bagaimana dengan kita yang setiap detik terdedah dengan dosa zahir dan bathin.


(d) Berdoalah memohon pertolongan daripada Allah agar diberi kekuatan untuk taat kepadanya dan memberi kekuatan untuk meninggalkan larangannya.Sebab tanpa pertolongan ALLAH kita TIDAK AKAN DAPAT BUAT SESUATU PUN,kita adalah miliknya dan juga segala geraklaku kita.


Berdoalah kita bersama memohon limpah taufik dan hidayahnya semoga amalan kita diberkati.


Semoga Allah beri kekuatan dan kesihatan kepada saudara untuk terus menulis bagi manafaat kita bersama.AA..MIN YA RABBAL ALAMIN.

May 4, 2009 11:02 AM


Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.

Delete

4 comments:

Ayu Zan said...

alhamdulillah..
satu peringatan buat saya..
**salam ziarah..

Leenoh said...

Salam Ayu.
Terima kasih kerana memberi komen sebagai tanda kehadiran yang bermakna.

♥ Izzah Marzuki said...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
tak terkejar saya dengan entri² di sini.. ada kesempatan saya singgah sekejap, kutip sana-sini ilmu² yg cukup bermanfaat di sini.. terimakasih kerana terus menyampai.. alhamdulillah.. jazakallah.. =)

Leenoh said...

Salam Izzah Marzuki,

Hilanglah penat menulis, bila ada orang membacanya, terima kasih, ambillah apa yang baik dan sebarkan,