Thursday, May 28, 2009

Berpuisi sambil bersantai dengan kawan - kawan.


Kelam mata segar subuh hari

Bangun menyahut seruan ilahi

Bersyukur nikmat diperoleh hari ini

Dilanjutkan usia untuk sehari


Mendaki impian mencapai hasrat

Mendukung cita mengerah anggota

Berfikir berusaha manakan penat

Tawakkal diserta memohon padaNya


Rehat sepetang ringankan beban

Mencari makan sesuatu yang enak

Di Balik Pulau Pulau berlonggok durian

Jemput Pak Leenoh anak-beranak


Market Gelugoq paginya hingar

Mami tanjung mee rebusnya enak

Nasi lemuni dibungkus kertas ditebar

Kenyang terbayang mulut tergelak


Di Pulau Betong harinya sepi

Riuh di warung suara Hero Huru Hara

Dok menunggu balik saudaraku Bro Zaidi Ali

Nak ajak pi Hameediyah makan sama-sama

________________________

Leenoh said...

Salam Hero Huru Hara.

Terima kasih atas jemputan.
Pergi@ tidak, pahala kedapatan.
Saudara utara, hamba di selatan.
Biarlah Zaidi sahaja tunai jemputan.

Pergi tidak, pahala kedapatan.
Dari Sg.Ara ke Paya Terubung.
Lagi pun Zaidi anak tempatan.
Jemputan saudara hamba sanjung.

Dari Sg.Ara ke Paya Terubung.
Singgah minum di pasar Air Hitam.
Sungguh indah tinggal di kampung.
Dapat ziarah kawan sampai malam.

Singgah minum di pasar Air Hitam.
Terus perjalanan ke Bukit Jambul.
Selagi hayat belum khatam.
Persahabatan kita biar bersimpul.

Terus perjalanan ke Bukit Jambul.
Beli serabai untuk makan malam.
Kalau persahabatan telah tersimpul.
Barulah layak ke Darus Salam.

######

Istimewa Untuk:
Sdr.Hero Huru Hara,
Sdr. Zaidi Ali.
Semua Pengunjung.

Sekian. Wassalam.

4 comments:

Anonymous said...

Hero Huru Hara setia menanti.
Jemputan diberi semenjak pagi.
Apa ditunggu kempen Penanti.
Pergilah Leenoh usah ditunggu lagi!

Leenoh said...

Salam Zaidi Ali.

Hero Huru Hara setia menanti.
Zaidi Ali insyaAllah akan pergi.
Memang sudah maklum kempen Penanti.
Tetapi hamba orang tiada parti.

HeroHuruHara said...

Di Kubang Semang kenduri ditujui
Di Tanah Liat jenguk sanak sedara
Tiada parti pun boleh ke Penanti
Nasi Puyuh Kg. Pelet kita merasa

Leenoh said...

Kubang Semang jemput khenduri.
Kuala Mengkuang ada lagi.
Sabtu lepas kita tidak pergi.
Tuan khenduri namanya Radzi.

Kuala Mengkuang ada lagi.
Orang lain pergi laki bini.
Kena keluarga sebelah bini.
Apalah nasib jauh begini.

Orang lain pergi laki bini.
Kami balik jarang sekali.
Selama di sini hanya dua kali.
Kali berikutnya raya nanti.

Kami balik jarang sekali.
Doa ibu bapa setiap hari.
Mee Sungai Dua telah rasai.
Rasanya amat lazat sekali.

Doa ibu bapa setiap hari.
Tanda ingatan yang sejati.
Penanti terkenal dan diingati
Pondok Penanti tempat mengaji.

Tanda ingatan yang sejati.
Nasi Puyuh belum dirasai.
Nanti pergi kita tanya Radzi.
Dia pergi kita tumpang sekaki.