Friday, May 29, 2009

Menghayati Khutbah Jumaat. ( 29.05. 2009 )

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan kita bertemu lagi di dalam laman ini untuk sama-sama mencari keredaan Allah, diharap syaitan tidak berpeluang untuk mengganggui kita dengan itu kita dapat terus menambahkan ilmu pengetahuan serta menyimpannya di dalam dada.

Pada hari ini Jumaat ( 04. Jamadil Akhir 1430 ) saya masih diizinkan dapat pergi ke masjid menunaikan solat seperti biasa. Khutbah hari ini bertajuk Kedudukan Wanita di dalam Islam. Rumusan daripada tajuk ini akan dicatatkan untuk renungan anda semua, khasnya kaum wanita yang tidak tuntut atau diwajibkan bersolat Jumaat, sekurang-kurangnya mereka dapat juga sama-sama mengikuti perkembangan yang berlaku di masjid kita dan menghayatinya.

Khutbah memulakan tajuk ini dengan menarik perhatian para Jamaah kepada ayat-ayat Al.Quran yang berkaitan, khususnya yang disebutkan di dalam surah An.Nisak dan An.Nuur.

______________________________

Berikut adalah petikan maksud ayat-ayat Al.Quran yang berkaitan.

Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita,
oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka
(laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena
mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari
harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh,
ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri
ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah
memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu
khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan
pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan
pukullah mereka. Kemudian jika mereka menaatimu,
maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk
menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi
lagi Maha Besar.
Surah An.Nisak (34)
____________________________________

"Katakanlah kepada wanita yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya,
dan memelihara kemaluannya, dan janganlah
mereka menampakkan perhiasannya,
kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.

Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung
ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya,
kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,
atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka,
atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara
laki-laki mereka, atau putera-putera saudara
laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan
mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak

yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki
yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita)
atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah

kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman
supaya kamu beruntung".

Surah An.Nuur (31)
_____________________
"Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah
menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu
dan pakaian indah untuk perhiasan.
Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.

Yang demikian itu adalah sebahagian dari
tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan
mereka selalu ingat".

Surah Al.A'araaf (26)
____________________

"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri
orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan
jilbabnya ke seluruh tubuh mereka".

Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
untuk dikenal, karana itu mereka tidak diganggu.
Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
".
Surah Al.Ahzab (59)

_______________________

"Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti
(dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kawin
(lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan
pakaian mereka dengan tidak (bermaksud)
menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan
adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui".

Surah An.Nuur (60)
_________________________________

Rumusan daripada ucapan khatib yang sempat dicatatkan pada hari ini.

(1) Kaum lelaki merupakan pemimpin di dalam keluarga atau rumahtangga, mereka berkewajipan memelihara keselamatan, kesejahteraan dan memberi nafkah kepada keluarga serta pendidikan dan lain-lain.

(2) Kaum wanita pada zaman jahiliyah kehidupan mereka dihina dan diperalatkan tetapi Islam mengangkatkan taraf waniti pada kedudukan yang sewajarnya, wanita yang bertaqwa adalah wanita yang mulia di sisi Allah.

(3) Islam mengambil berat terhadap wanita sejak mereka dilahirkan lagi, Islam meletakkan kewajipan ke atas pemimpin keluarga (lelaki) supaya menjaga, mendidik dan memberi nafkah kepada mereka dengan adil.

(4) Kebebasan tanpa batas merosakkan kaum wanita itu sendiri, islam melarang kebebasan tanpa batas lelaki dan wanta hendaklah menjaga batas-batas pergaulanm mereka seperti diperintahkan.

(5) Dinyatakan juga bahawa wanita yang memakai wangian dan melintas berhampiran kumpulan lelaki untuk menarik perhatian mereka akan membawa kepada perbuatan zina.

(6) Dugaan yang paling besar kepada kaum lelaki ialah Godaan Wanita.

(7) Pemimpin Keluarga berkewajipan memastikan kaum wanita tidak mendedahkan tubuh badan mereka, mereka hendaklah mendidik kaum wanita berpakaian menutup aurat seperti mana yang dikehendaki oleh Islam.



Sekian. wallahu aklam.wassalam.

5 comments:

Leenoh said...

Salam.
Terima kasih kepada pengunjung yang membaca topik ini, semoga sama-samalah kita manfaatkan dan amalkan di dalam kehidupan kita bersama keluarga.

Hunny said...

Salam Pak Ngah,

Wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki yang bengkok, untuk disayangi dan dibimbing, bukan dijadikan hamba atau dimusuhi, sesungguhnya wanita makhluk yang lemah.. perlu dikasihani dan dikasihi oleh lelaki yang mempunyai fizikal dan tenaga lebih kuat. Bagus berkongsi khutbah ini..

Leenoh said...

Salam Hani,
Terima kasih kerana memberi maklumat tambahan untuk topik ini.

Kalau lelaki sebagai pemimpin rumahtangga atau pemimpin keluarga iaitu status yang dikurniakan Allah kepada mereka lantas berlaku adil dan bertanggungjawab,insya Allah lelaki dan wanita akan menjalani hidup bahagia.
Dunia ini akan indah dan ceria jika lelaki dan perempuan memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Lelaki penjana kehidupan bahagia manakala wanita adalah pembantu setianya, mereka lengkap melengkapi di antara satu sama lain.

Manusia sebenarnya perlu menyedari bahawa mereka sedang berkongsi alam ini, setiap individu perlulah mengurangkan sifat penting diri sendiri supaya semua pihak mendapat habuannya masing-masing dalam semua aspek dengan adil.

Dengan menggunakan cara fikir yang betul manusia akan bahagia bersama orang lain di dunia ini.

Pak Ngah faham apa yang Pak Ngah tulis ini telah pun Hani memahaminya, sebaliknya ulasan ini hanya utk ulangkaji dan yang penting atau lebih utama ialah utk mereka yang memerlukannya.

Anonymous said...

Sememangnya lelaki dan wanita diciptakan Allah penuh ajaib dan saling perlu memerlukan.Alangkah hebatnya kiranya masing2 memahami dan melaksanakan tanggungjawab itu.Akibat alpa dengan amanah inilah timbul berbagai musibah.Ingatlah lelaki,janganlah mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita,mankala wanita janganlah guna kelemahan lelaki yang mudah tergoda dengan kelembutan lenggang lenggoknya.Pepatah berkata tangan yang lembut menghayun buaian itu mampu menggongcang dunia,lebih parah lagi menggongcang IMAM lelaki.Ingatlah " Ilmu dapat disembelih di celah kelangkang wanita",akibat godaan.Mohon dilindungi Allah.Sebab itu Islam menetapkan batasan tertentu di antara lelaki dan wanita.(arba)

Leenoh said...

Salam.Sdr.Arba.
Terima kasih kerana memberi ulasan yang dapat melebarkan lagi pengetahuan mengenai topik ini.
Semoga dimanfaatkan.