Wednesday, May 6, 2009

Email Berantai Ganti Surat Berantai.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Pada hari ini sekali lagi saya ingin berkongsi pendapat dan pandangan dengan saudara muslimin dan muslimat mengenai mauduk yang disebutkan di atas.
Sejak saya membuka email dan laman blog sering juga menerima email yang meragukan dan juga sebaliknya, di antaranya email menyatakan memenangi cabutan bertuah beratus ribu ringgit, email mengenai manfaat amalan membaca Al.quran tetapi disisipkan dengan perkara yang meragukan dan lain-lain peristiwa yang berlaku di dunia ini.
Pada tahun 60an sehingga 80an para pelajar sering menerima surat berantai yang menceritakan tentang seorang hamba Allah bermimpi di Baitullah menyatakan bahawa Rasulullah.s.a.w. berasa sedih terhadap sikap umatnya yang telah ramai meninggalkan Solat dan berbagai nasihat yang baik-baik dimuatkan di dalam surat berantai tersebut.
Di akhir surat tersebut meminta supaya sesiapa sahaja yang membaca surat tersebut hendaklah disalin atau dipotostat dan dihantarkan kepada 5 orang yang lain, bilangan 5 itu dinaikkan pula kepada 11 orang pada zaman wujudnya kemudahan potostat.
Perkara yang mendukacitakan dalam hal ini, unsur khurafat dimasukkan iaitu menyatakan sesiapa yang tidak berbuat demikian iaitu tidak memanjangkan surat seperti yang diarahkan akan menjadi papa kedana, juga ditimpa kesusahan dan kesengsaraan, ditegaskan dan ditekankan lagi bahawa perkara tersebut memang telah terbukti.
Bagi mereka yang jahil akan rasa ketakutan dan akan menuruti kehendak surat tersebut. Takut meninggalkan solat telah menjadi ringan dan remeh.
Semasa saya masih bertugas berpuluh surat seperti itu saya hancurkan di hadapan para pelajar sambil menerangkan bahawa surat tersebut sebenarnya membawa mesej yang jahat dan ingin menyelewengkan aqidah orang Islam, saya mengoyak surat tersebut di hadapan mereka bertujuan memberi keyakinan kepada mereka bahawa dakwaan menyatakan sesiapa yang enggan menyambung surat berantai tersebut akan menjadi papa dan ditimpa kesengsaraan adalah karut dan suatu penipuan.

Rupanya pada zaman ICT inipun masih wujud surat berantai ini, cuma ianya lebih ke hadapan sedikit kaedahnya iaitu daripada surat berantai digantikan dengan email berantai pula dan tidak lupa juga sms berantai.
Tidak semua email berantai ini membawa mesej yang tidak baik, entri ini hanya memfokuskan kepada email yang disisipkan dengan elemen khurafat yang bertujuan merosakkan aqidah orang Islam terutamanya mereka yang tidak kukuh pengetahuan aqidahnya kerana mereka yang kurang pengetahuan aqidah tidak mampu membuat pertimbangan sendiri.

Baru-baru ini saya menerima Email Berantai ini yang menerangkan berbagai kebaikan membaca ayat Al.Kursi ( Surah Al.Baqarah ayat 255 ) tetapi pada saranan dan arahan diakhir penjelasannya disisipkan unsur yang meragukan walaupun ucapan insya Allah diungkapkan. Cuba anda baca dan fahami betul-betul catatan yang dipeturunkan di bawah ini.
________________________________

Petikan diambil bahagian arahan atau saranan sahaja.

(A) Dari Abdullah bin 'Amr r. a. ,Rasullullah s.a. w. bersabda,

' SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT........'

Allahu Akbar !
AL-QAYYUM, AL-MAJID, AL-WAJID, AL-WAHID, AL-AHAD,
AL-SAMAD, AL-KADIR, AL-MALIK , AL -RAHMAN, AL-RAHIM ALLAH SWT TIDAK PERNAH
TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKAN PESANNYA, KALA KAMU MENGHANTAR BERITA INI KEPADA 9 ORANG INSYAALLAH KAMU AKAN MENDAPATKAN BERITA BAIK ESOK..
_______________________________________

(B) ALLAH SWT TIDAK PERNAH TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKAN PESANNYA, KALAU KAMU MENGHANTAR BERITA INI KEPADA 9 ORANG INSYAALLAH KAMU AKAN MENDAPATKAN BERITA BAIK ESOK.
_______________________________________
(C) Surat Berantai tahun 60an - 80an.
Sesiapa yang tidak memanjangkan surat seperti yang diarahkan akan menjadi papa kedana, juga ditimpa kesusahan dan kesengsaraan, ditegaskan dan ditekankan lagi bahawa perkara tersebut memang telah terbukti.
________________________________________

Kesimpulanya;
Email berantai yang bermanfaat masih menguasai keadaan tetapi kita hendaklah berwaspada dan berhati-hati menerima email walaupun di dalamnya terkandung perkara-perkara mengenai ajaran Islam kerana di sana ditakuti disisipkan secara halus unsur-unsur yang merosakkan aqidah orang Islam.



Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.


6 comments:

KUNTONG said...

Sdr Leenoh: Sya cadang jangan dilayan . ini mungkin strategi perniagaan.

Leenoh said...

Salam Sdr.Kuntong.

Strategi perniagaan itu satu hala tetapi sisipan yang merosakkan aqidah suatu hal yang lebih serius dan berbahaya.
Jika dibiarkan akan menambahkan bilangan orang kita menjadi syirik dan seterusnya memporak-perandakan masyarakat.
Saya memang tidak pernah melayan surat yang seperti itu.
Terima kasih.

Ayu Zan said...

saya juga ingin berkongsi ttg SMS berantai.. sesuatu yg paling saya xgemar.. kadang2 perly sebar hingga 20 sms pd yg lain..kalau x, d timpa bala..tapi saya memilih utk tidak menyebarkan.. cube bayangkan org yg xberduit dpt sms tu n TERPAKSA sebarkan..kan kesian..bukan menyenangkan lagi..tambah menyusahkan si pemilik telefon.. pd saya..mcm jadik membazir pula..

**pndangan ikut pengalaman saya..hihi

Leenoh said...

Salam Ayu.
Sms yang menyatakan " kalau tidak disebarkan akan menimpa bala" sebenarnya mereka sendiri yang sdang menunggu bala tersebut kerana telah melakukan perkara yang dilarang Allah.
Mereka yang menyebarkannya kerana mempercayai kata-kata tersebut akan menerima dua kerugian iaitu berdosa dan kerugian wang kerana dibelanjakan utk sms.
Dalam hal ini kita perlu membuat pertimbangan mengikut Ilmu Tauhid ( Aqidah ).
Ayu tidak melayaninya adalah suatu tindakan yang betul dan benar.

Fadhli-Fadhilah said...

Syirik salah satu doa besar yg tidak diampunkan Allah...Itulah pentingnya ilmu....amal tanpa ilmu bak masuk exam tanpa persediaan...main jawab jew...

Dalam 100 email @ sms yg diterima, bleh kata adalah 2-5 mail berbau surat berantai yg ada unsur2 syirik ni. Biasa sy delete & sms / email balik pada pengirimnya dan cuba terangkan bahana percayakan / taksub sgt dengan akibat dari tidak menyebarkannya. Ada feedback yang siap kene marah lagi ada...Apa nak jadi dgn masyarakat akhir zaman ni...Pendidikan tinggi2 pun masih percayakan perkara yg tiada kesahihannya.

Leenoh said...

Salam Fadhy.
Syirik sememangnya salah satu dosa besar ( Fadhy tertinggal huruf "S" sebenarnya dibaca dosa bukan doa).
Orang syirik kelihatan seperti Islam tetapi sebenarnya aqidah Islamnya telah rosak kerana mereka menyengutukan Allah, sebab itulah berdosa besar.
Perbuatan syirik ini sangat berbahaya kerana terdapat syirik yang terang dan syirik yang tersembunyi.
Bagi mereka yang belum memahami dan mengetahuinya perlulah mempelajari ilmu tauhid atau ilmu Aqidah.
Terima kasih kerana memberi respon.