Sunday, May 17, 2009

Peristiwa tahun 60an. ( puisi )

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Bulan Bahasa, Jiwa Bangsa.
Pertandingan Syarahan dan Berbalas Pantun.
Demikianlah program menjulang bahasa.
Dilaksanakan dengan penuh santun.

Pertandingan syarahan dan berbalas pantun.
Budak sekolah aktif bersama.
Waktu malam meriah di dewan
Menghadiri majlis menjati bangsa.

Budak sekolah aktif bersama.
Ketika masih ejaan lama.
Kenapa sekarang ramai lena.
Majlis tidak dianjur bersama.

Ketika masih ejaan lama.
Belajar sastera, pantun indah.
Angkat bahasa, dakwah bersama.
Agar masyarakat mendapat hasanah.

Belajar sastera, pantun indah.
Bersama guru penuh sopan.
Peristiwa ini berlalu sudah.
Nukilan peristiwa tahun 60an.


Sekian. Wassalam.

12 comments:

sentosa77 said...

Salam Pak Ngah.. dulu best kan, ketika pengaruh kapitalis belum berlubuk diminda orng kita, sekarang bahasa dah jadi rojak :)

leenoh said...

Salam Zaidon.
Sekarang orang yang hendak jaga bahasa dah berkurangan, bahasa rojak semakin berkembang walaupun atas alasan suka-suka, akhirnya sikap tersebut akan menyumbang kepada pembantutan perkembangannya.
Kalau bahasa kita tidak berdaulat, bangsa kita akan turut hilang hormat dan maruah dari sudut pandangan bangsa lain..Bahasa adalah jiwa sesuatu bangsa. cuba lihat bagaimana kita menjaga kedaulatan bahasa Inggeris. Adakah bahasa inggeris ditulis secara hentam kromo, jarang berlaku begitu. tetapi bahasa kita perbuatan itu menjadi perkara biasa. lihat sahaja papan-papan tanda di bandar-bandar dll.
Amalan bahasa yang tidak betul yang disengajakan akan memberi kesan buruk kepada bahasa kita pada suatu hari nanti. Hari ini kita menanam pokok yang buahnya pahit , bila pokok itu besar nanti akan menghasilkan buahnya pahit juga.

Ad Rifza said...

Teruskan usaha anda memartabatkan bahasa..Mulia dalam tindakan..Alhamdulillah..

Leenoh said...

Salam Ad.Rifza.
Saya bukan pulupornya, sekadar memberi sokongan sahaja.Mereka yang berkuasa perlu berada di hadapan.

Hunny said...

Salam pak Ngah,

Lama saya tak tinggalkan jejak dalam entry Pak Ngah, sebab bz.. Anyway, kalau zaman 60-an dulu, kegemilangan bahasanya disebabkan tidak ada pengaruh bangsa lain, saya kurang bersetuju, sebab dalam bahasa kita sendiri pun banyak diambil daripada Bahasa Arab. Ini menunjukkan betapa jati diri Melayu seolah sudah sebati dengan Islam yang diperolehi dari tanah Arab. Sebab itu dalam Perlembagaan persekutuan ditafsirkan melayu sebagai yang orang beragama islam,bertutur bahasa melayu dan mengamalkan budaya melayu. pada masa yang sama, bangsa cina dan India pun sudah beberapa lama menetap di Tanah Melayu. Dalam konteks ini maka perbandingan melayu dengan bukan melayu itu adalah pada agama yang dianuti dan bahasa yang digunakan. Maka, keperluan untuk memartabatkan bahasa itu satu keperluan, untuk membezakannya dengan bahasa2 lain di Malaysia, kerana ianya menunjukkan perbandingan dari sudut agama dan kepercayaan. Sebagai tambahan, saya setuju dengan pandangan Pak Ngah, mengenai tanggungjawab pihak berkuasa untuk memartabatkan bahasa Melayu. Konsep 1 malaysia sepatutnya bersifat memartabat bahasa melayu sebagai bahasa rasmi malaysia. Apapun Pak Ngah, syabas, entry ni memang bagus, cuma perlu dibetulkan ejaan 'punuh'dengan 'penuh' pada perenggan 4, pantun yang pertama.:)

CheNasser said...

Salam Pak Ngah,
Menarik tajuk tentang bahasa ini. Memang tak akan habis kalau mahu dibicarakan. Cuma saya tertarik dengan ulasan susulan Pak Ngah tentang usaha memartabatkan bahasa yang menjadi tanggungjawab pihak berkuasa. Persoalan saya, apa lagi yang boleh diharapkan dari mereka yang berkuasa hari ini? Kalau tahun 60-an dulu, Pak Ngah belajar bahasa dari perspektif budaya Melayu, tetapi kini hari ini anak-anak kita, cucu-cucu Pak Ngah, belajar Bahasa Malaysia dari perspektif luar dari budaya Melayu. Aspek-aspek 'budaya' tidak ditekankan dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Semacam ada usaha secara halus untuk menjauhkan umat Melayu dari bahasanya sendiri.
Lalu, tanggungjawab siapa sebenarnya untuk memartabatkan kembali bahasa kita, kalau bukan kita yang mendahului?
Apapun, nukilan puitis Pak Ngah tu memang menghimbau nostalgia tahun 70-an di kala saya masih bersekolah rendah. Terima kasih.

Leenoh said...

Salam CheNasser.
Terima kasih kerana memberi ulasan, Sikap kita terhadap mendaulatkan bahasa Melayu ini kelihatan tidak begitu istiqamah.
Dalam pengajaran bahasa Melayu sepatutnya terdapat aspek merentas kurikulum, Pengajaran bahasa terdapat di sana nilai-nilai moral, Islam, budaya dan seumpamanya merentas kurikulum, iaitu dibuat sisipan ayat-ayat atau cerita yang berkaitan dengan perkara tersebut.
Apapun kesan pendidikan akan mempengaruhi cara berfikir jenarasi akan datang, pendidikanlah acuan utamanya.Oleh itu penggubal kurikulum hendaklah terdiri daripada mereka yang pakar atau ahli di dalam bidang tersebut, bukan ahli politik atau lain-lain bidang.

Faridrashidi said...

Salam,

Selamat Hari Guru ya...

Leenoh said...

Salam Hani.
Terima kasih kerana memberi ulasan yang berfaedah dan membuat pembetulan ejaan - Pak Ngah telah membacanya banyak kali tetapi mata tidak dapat mengesannya.pembetulan telah dibuat.

Memanglah di dalam perlembagaan persekutuan termaktub begitu rupa tetapi kalau tidak dijagai lama kelamaan Islam pada diri Melayu akan terhakis dan mungkin telah ada yang tersungkur tauhidnya.Perkara yang penting di sini ialah menanganinya dan memacunya ke hadapan.

Bahasa Melayu juga termaktub sebagai bahasa rasmi negara Malaysia tetapi kedaulatannya telah diragui, kalau tulisan Jawi terpinggir kerana kekurangan pengamalnya, tidak mustahil akan berlaku kepada bahasa Melayu ( tulisan rumi ) kalau kedaulatannya tidak dijaga. Pengaruh bahasa Arab memang tidak dinafikan lagi berakar umbi di dalam bahasa kita tetapi ianya lebih selesa penggunaannya di dalam tulisan jawi, penggunaan bahasa Melayu kearaban yang ditulis di dalam tulisan rumi terdapat juga yang tidak sesuai digunakan untuk istilah Islam kerana berlaku anjakan maknanya dan lari dari dasar atau asalnya seperti nikmat, kadi, akli, kadar, sahsiah, walau bagaimanapun perkara itu telah berlaku begitu maka kita hendaklah kembali kepada asalnya di dalam ingatan atau gambarkan di dalam hati apabila menggunakannya, seperti ketika berdoa memohon ni'amat, tidaklah disebut nikmat kerana makna nikmat adalah lawan kepada ni'amat.

Memang semua orang sedia maklum bahawa setiap bahasa di dunia ini hidup dan berkembang, juga pengaruh mempengaruhi di antara satu sama lain, namun demikian pengaruh dan perkembangannya itu perlu dikawal.
Identiti dan jati diri perlu diperkukuhkan supaya pengaruh yang tidak sihat dapat dikawal.
Satu Malaysia bagi Pak Ngah bukan perkara baru, namanya sahaja baru tetapi wawasan itu berlaku sejak lama dahulu, titik permulaannya sejak bahasa Melayu diubah menjadi bahasa Malaysia .

Pada masa itu diharapkan orang Malaysia tidak kira apa bangsa akan menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya seperti di Thailand tidak kira apa bangsa mereka menggunakan satu bahasa dan begitu juga Indonesia semua rakyatnya menggunakan bahasa Indonesia dengan fasihnya, Dengan itu mudahlah bagi kita berurusan sama ada untuk menjadikan satu bangsa Malaysia atau satu Malaysia.
Dalam memacu bahasa Melayu ke arah yang lebih bermakna berarti, kelihatan ianya berjalan secara bersimpang siur dan tidak istiqamah.sebab itu objektifnya belum tercapai sepenuhnya.Sepatutnya kinilah masanya kita menuai hasilnya tetapi dahan pokoknya seperti selalu dipangkas dan selalulah juga mengeluarkan pucuk yang baru dan melambatkan hasilnya.

Pak Ngah BUKAN AHLI BAHASA tetapi sebagai rakyat Malaysia Pak Ngah ingin melihat bahasa ini berada di tempatnya yang betul dan penggunaannya mengkagumkan.Dengan itu telaksanalah apa yang dijanjikan di dalam perlembagaan. Bukan seperti sekarang, sekarang ada bahagian yang kita menafikan kemampuannya.

Penguasaan banyak bahasa bagi individu tertentu tidak dihalang malah digalakkan tetapi akar umbinya hendaklah bahasa Melayu didaulatkan sepanjang masa. ianya perlu dijunjung dan yang lainnya dikilik bersama.

Sebenarnya Pak Ngah ada masa lapang, jadi tulislah panjang-panjang mengenai respon Hani, ada yang mereng ke tempat lain dan ada yang merapu sahaja, pilihlah mana yang elok.....keterbukaan minda dan pandangan kita utamakan....wailalliqak.

May 18, 2009 6:00 AM
Delete

Leenoh said...

Salam Faridrashidi,
Terima kasih, semoga kehidupan guru mendapat kebahagian dan muridnya juga turut bahagia.amin.

Mak Su said...

ooh.. pantun berkait. saya lemah skit... kena dok fikir fikir fikir, baru dapat karang 2 baris. ahaks.

Leenoh said...

Salam Mak Su.
Sengaja mengingatkan pengunjung kepada masa yang dah berlalu yang telah dibawa dek bayu dan tidak akan kembali lagi.
Ada baiknya juga difikir dan tenungkan.. masihkah ada benihnya utk disemai dan diladangkan pada masa akan datang.