Thursday, June 3, 2010
Orang Kedah.(puisi)
Orang Kedah.
Kalau betul anak Kedah.
Bacalah puisi sampai sudah.
Baru tahu apakah kisah.
Aku cerita pasal Kedah.
Gajah Mati, Langgar, Pokok Sena.
Bukan ayat,nama tempat cuma.
Kubur Panjang, juga nama.
Lokasinya bersemadi di simpang tiga.
Sempadan Pendang dan Pokok Sena.
Berbahasa Siam semuanya kena.
Berbahasa Melayu pelat cuma.
Melayu,Siam semuanya diguna.
Telaga Emas, Bukit Tembaga.
Banggul Besi juga lokasi.
Orang Kedah orang kaya.
Lihatlah khazanah hasil negeri.
Sungai Emas jangan dilupai.
Kota Kuala Muda duduk lokasi.
Sejarah hebat pernah ditemui.
Kisah lama baru diketahui.
Sekadar ini aku berperi.
Ada ilham akan sambung lagi.
Sarapan pagi belum lagi.
kini kutunggu tamusaji.
Label:
Kedah - puisi - 717
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam Pak Ngah. menarik sekali nukilan kali ini, lebih menarik bila disertakan dengan ilmu tawarikh untuk dikongsi bersama.
Salam DrSam.
Hanya luahan kenangan yang mendatar sahaja, mengimbas sebahagian kecil peristiwa yang lalu di dalam lagu dan lirik gubahan orang lama.he3
Post a Comment