Hidayah dan taufik.
Dua rangkaikata ini sering disebuat sesuai dengan sesuatu situasinya, perkataan manakah yang lebih sesuai disebut terlebih dahulu, kalau mengikut tertib peranannya perkataan hidayah perlu disebut terlebih dahulu, kalau mengikut darjatnya mungkin perkataan taufik elok disebut dahulu. Sebenarnya sebutan itu tidaklah sepenting memahaminya. Mengenali dan memahami apakah hidayah dan apakah taufik itu adalah lebih penting dan lebih afdal.
Hidayah.
Setiap orang yang memeluk Islam telah pun mendapat hidayah, setelah mendapat hidayah barulah seseorang itu menjadi Islam atau bersetuju memeluk Islam atau kekal di dalam Islam.Tetapi orang Islam yang mendapat hidayah ini masih melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah dan meninggalkan perkara yang disuruh, dalam arti kata lain mereka tidak taat sepenuhnya.Penulis juga tidak terkecuali.
Orang Islam yang mendapat hidayah ini menyokong aktiviti Islam, menunaikan solat sama ada secara bersendirian atau berjamaah, bercakap hal-hal Islam tetapi masih mengamalkan riba, tidak menutup aurat,megumpat dan seumpamanya.Namun demikian mereka tetap di dalam Islam.
Taufik.
Taufik ialah kurniaan Allah lanjutan dari mendapat hidayah, setelah seseorang itu mendapat hidayah dari Allah dan menjadi Islam, mereka ditambah dengan taufik, taufik diberi dalam keadaan sedang memiliki hidayah, lengkap melengkapi. Setelah mendapat taufik seseorang itu akan melakukan dan melaksanakan suruhan Allah....tidak lagi bercakap tidak serupa bikin....Orang yang mendapat taufik lebih proaktif sifatnya, ideal , praktis dan unggul.
Orang yang mendapat hidayah dan taufik ini ( memiliki kedua-duanya) akan membuat sesuatu tanpa campur aduk antara haram dan halal, mereka sentiasa berusaha mengelakkan dari yang haram.Kalau membuat sesuatu majlis tidak akan dicampuradukkan dengan aktiviti yang dilarang.
Kumpulan ini akan terjamin di akhirat nanti dan perjalanan mereka tidak akan singgah di neraka.
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
BERI LALUAN untuk IKLAN SEBENTAR.
Tanah untuk dijual..
Lokasinya:
Kampung Seriab.Tok Terang. Perlis.
Sesiapa yang berminat
sila hubungi En.Zakri..0194786047.
Tanah untuk dijual..
Lokasinya:
Kampung Seriab.Tok Terang. Perlis.
Sesiapa yang berminat
sila hubungi En.Zakri..0194786047.
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Sekian...Hanya Allah Yang Maha Mengetahui....Wassalam.
No comments:
Post a Comment