Aku adalah aku tetapi siapakah aku.
Aku sering tertanya-tanya siapakah aku sebenarnya, dari manakah asal usul aku. Aku memang yakin permulaannya Adam dan Hawa itulah titik permulaannya, jadi yang pastinya aku adalah bangsa Adam seperti kekawan lain juga.
Aku kini digelar orang Melayu dan dilahirkan di Kedah dan tinggal di sana buat sekian lama dan orang juga kata aku ini orang Kedah. Datuk nenek pun tinggal di sana tetapi aku musykil, mengapakah bahasa rasmi diri bapaku dan bapanya serta ibu kepada bapaku berbahasa Siam.datuk,nenek dan bapaku tidak lancar berbahasa Melayu.Malah ramai di kampungku pada suatu masa dahulu iaitu ketika aku kanak-kanak dan remaja.Ada di antaranya tidak dapat menguasai langsung bahasa Melayu.Tetapi mereka menguasai bacaan al.Quran macam biasa tiada cacat celanya . kalau ada cacat dan cela pun masih sama dengan kualiti yang dikuasai orang lain yang fasih berbahasa Melayu. Berbahasa Siam tidak mengurangkan kemahiran mereka membaca al.Quran.
Adakah Siam merupa pemerintah Islam di Kedah pada suatu ketika dahulu ?. Hanya pertanyaan !!!. Aku tidak mengetahui langsung dalam hal ini kerana tidak pernah aku buat kajian atau membaca kajian orang lain.
Bahasa rasmi untuk diriku bersama kekawan di luar rumah adalah bahasa Siam, hanya di rumah aku menggunakan bahasa Melayu dengan ahli keluarga, kekadang bapaku berbahasa Siam berintraksi denganku walaupun aku menjawabnya balik dengan bahasa Melayu, Ibuku tidak pandai berbahasa Siam tetapi memahaminya dengan yakin, ibuku bercakap Melayu dengan bapaku dan bapa menjawabnya dalam bahasa Siam sudah menjadi perkara biasa di rumahku ketika arwah bapaku masih ada bersama kami dahulu.
Ramai di kalangan kekawan di kampungku bercakap atau berintraksi menggunakan bahasa Siam sama ada di rumah atau luar rumah, mereka hanya bercakap Melayu di dalam bilik darjah semasa di sekolah sahaja ketika waktu rehat iaitu di luar bilik darjah mereka bercakap atau berintraksi semula di dalam bahasa Siam , mereka ini kurang lancar bercakap Melayu melainkan setelah berada di darjah dua atau tiga.Namun begitu sebutan mereka tetap pelat atau telor bahasa Siam.
Sekarang masyarakat kampungku tidak lagi menggalakkan anak-anak mereka berintraksi di dalam bahasa Siam menjadikan anak-anak mereka tidak pandai lagi berbahasa Siam.
Saya rasa tiada mana-mana pihak pun membuat kajian dalam hal ini untuk dipastkan punca berlakunya keadaan demikian oleh itu tiada jawapan yang tepat untuk menjawab persoalan...Siapakah aku sebenarnya kerana aku sendiri pun tidak berbuat demikian.
Dari segi bangsa aku pasti bahawa aku adalah bangsa Melayu kerana bangsa Melayu mengikut Perlembagaan Negara Malaysia ditakrifkan " sesiapa sahaja yang tinggal di Malaysia mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam, mereka itu adalah Melayu" oleh itu aku adalah Melayu, cuma sejarah secara halusi tentang diriku tidak dapat kupastikan.
Respon dari Facebook:
Ahmad Husni Ahmad Basri
Melayu di utara Malaysia termasuk lah Melayu dari 5 wilayah di Selatan Thailand iaitu Narathiwat, Yala, Pattani, Songkhla dan Satun. Kerajaan Melayu Langkasuka sememangnya berpusat di Pattani dan menggunakan bahasa Melayu (loghat Pattani sekarang) serta bahasa Siam dan terkenal dengan Raja nya dari kalangan perempuan pada satu ketika.
Kawasan ... Langkasuka termasuk lah sebahagian dari Kedah satu ketika dahulu (termasuk Pendang, Alor Tebuan kawasan Pak Njang semua tu).. Ini semua tidak lama sebelum Empayar Kedah Tua menguasai apa yang dikenali sebagai Kedah sekarang. Langkasuka akhir nya terkubur apabila tewas kepada serangan tentera Siam dari Ayudhya / utara.
Banyak sebenar nya rekod sejarah mengenai Melayu Kedah, Melayu Langkasuka di kawasan asal usul kita di Utara, Pak Njang. Mana ada pagar sempadan merentasi daerah Pendang dulu ni... jadi orang Melayu di Siam (Langkasuka dulu) dan Melayu di Kedah sentiasa keluar masuk begitu saja.. sebab itu pengaruh bahasa Sian ada di Kedah dan pengaruh bahasa Melayu ada di Siam.

Lee Noh
...
Kalau tidak silap Pak Anjang Siam ada Islam dan ada yang bukan Islam tetapi Ayudhya inilah yang kafir akhirnya negara Siam ditukar nama kepada Thai atau Thailand..benar atau tidak wallahu aklam.
Kalau tidak silap Pak Anjang Siam ada Islam dan ada yang bukan Islam tetapi Ayudhya inilah yang kafir akhirnya negara Siam ditukar nama kepada Thai atau Thailand..benar atau tidak wallahu aklam.
Ahmad Husni Ahmad Basri
Ayudhya ni Kerajaan Siam berpusat di Bangkok. Ayudhya ni Thailand lah. Apa yang Pak Njang kata Siam Islam tu adalah Kerajaan Melayu Langkasuka yang ditakluk oleh Siam dari Bangkok. Siam Bangkok tu Buddha. Sekarang ada Islam di Bangkok kerana tahanan perang Langkasuka telah dibawa oleh Siam Ayudhya ke sana (dalam keadaan betis dicucuk rotan agar tak... See More dapat melarikan diri). Berjalan kaki dari Negara Melayu Langkasuka hingga Bangkok. Itu lah sejarah perit yang membawa kepada perjuangan Melayu Pattani pada hari ini.
Lee Noh
...
Pak Anjang terbaca di dalam suatu artikel tetapi sudah tak ingat sumbernya kalau tidak silap ianya menyatakan Siam itu bukan Thai (Ayudhya ) yang beragama Budha tetapi katanya Siam itu adalah beragama Islam...Siam inilah rumpun bangsa Melayu/Siam seperti yang disebut tadi, mereka ini ada yang bercakap Siam dan Melayu....
Hahaha..mairo...mairo...mairo...

Hahaha..mairo...mairo...ma
Ahmad Husni Ahmad Basri
Siam สยาม ni dalam bahasa dialek Szechwan, Cina adalah nama Kerajaan Thailand sebelum 1939. Kemudia tukar kepada nama Siam balik selepas Perang Dunia II dan kemudian tukar balik kepada nama Thailand pada tahun 1949. Ianya apabila kuasa Raja Siam dikurang untuk membuka jalan Demokrasi. Sebelum tu, selama 800 tahun, Samada semasa zaman Sukhothai, Ayuthia dll, nama Thailand adalah Siam. Tetapi Melayu Islam Langkasuka bukan Siam sehingga lah terjajah oleh Siam.
Bangsa Melayu adalah Melayu dan bangsa Siam adalah Siam. Dua bangsa berbeza. Siam dari rumpun bangsa Cina. Ada Siam Islam, itu mungkin, dalam bangsa apa pun dalam dunia.
- Sukhothai Kingdom 1238 - 1448
- Ayutthaya Kingdom 1351 - 1767
- Thonburi Kingdom 1768 - 1782
- Rattanakosin Kingdom 6 April 1782
- Raja Berperlembagaan 24 June 1932

Macam Pak Njang kira Melayu lah tu, walau dok cakap Siam di Alor Tebuan, Kubur Panjang.... Rupa Melayu, Makan Melayu, Budaya Melayu, Adat Melayu, Cakap Melayu.. Dok tengok dulu makan sambal belacan, pekasam ikan puyu, ikan asam pedas, terubuk belah belakang boh sambal.. tak pernah pula tengok Pak Njang dok makan buat tomyam, padprik atau ikan tiga rasa di rumah macam Siam makan hari hari. Kalau makan pun kot di kedai Pattani la.. tu pun Pattani Melayu. hehehe
Lee Noh
...
Amboi puas hati aih anak menakan Pak Anjang cerita...Pak Anjang ni bukan tahu sangat pasai sejarah ni...hehehe..Pai nai mairo fang, kalau tak kenai tak boleh tumpang....kin kau mai kap...nun lap mai mia...nanti lain kali Pak Anjang terjemahkan...hahaha...
Apa pun Pak Anjang ucapkan khap cai mak ( terima kasih banyak ).

Sekian... Wassalam.
2 comments:
Hai pak Ngah ni macam ragu-ragu saja identiti diri. Bukanka Melayu tu kita, cakap Melayu agama Islam. Namun dek kerana penjajahan Siam ke atas negara Kedah tua, lalu yang pertama dan utama yang kita terpengaruh ialah dari segi bahasa. Ini tidak hairanlah memang banyak dah dok ada depan kita. Sedangkan masa Jepun perintah 3 tahun 8 bulan saja, ada orang-orang Melayu yang dah boleh cakap Jepun. Siam jajah lagi lama. Cara yang sama juga depa guna, dan la ni pun masih dok guna lagi di negara Pattani misalnya. Hilang bahasa hilanglah bangsa. Di Setol (Siam: Satun) orang Melayu dah tak cakap Melayu. Satu generasi lagi tak dak sapa yang mau mengaku Melayulah. Agama tetap Islam tapi banding dengan zaman tok nenek kita dulu agama Islam baca Quran sembahyang puasa tapi banyak percaya benda karut, sikit-sikit panggil bomoh Siam untuk selesaikan masalah.
Sekadar pandangan ciput saya, menantu kepada abang Lee Noh.
Salam Nasir.
Sebenarnya Pak Ngah tidak ragui identiti diri cuma cuba membuat sedikit provokasi supaya kita membuka minda dan mengkaji sendiri tentang identiti diri, jangan biarkan bangsa lain menceritakan sejarah bangsa kita kerana mereka akan menterbalikkan sejarah kita, pahlawan dikatakan penderhaka dan ulamak yang memperjuangkan kebenaran dikatakan sesat dan seumpamanya, ramai di antara pejuang kita telah disimpan di dalam lipatan sejarah tanpa dinyatakan penglibatan mereka, mungkin benih mereka yang menjadi pendokongnya masih ada sampai sekarang.
Apapun perkara yang paling utama ialah Islam. Islam itu umpama baju, bangsa itu poketnya sahaja.
Post a Comment