Salam semua.
Aku kembara lagi.
Kembaraku dari utara ke selatan.
walaupun tanpa muatan.
aku tetap bergerak dari utara ke selatan.
destinasiku sentiasa bertukar.
kekadang aku gembira dengannya.
kekadang aku tertanya-tanya.
Aku hanya patuh pada jadual yang ditetapkan-Nya.
jadual cadanganku banyak yang aku terpaksa rombak.
aku memang menyedari bahawa jadualku itu tidak tepat.
jadual susunanku ada yang tersasar dan terpesong.
Aku redza dengan rombakan itu.
sejak awal aku telah menjangkakannya.
sejak permulaan aku menyerah pada-Nya.
Perancanganku tidak pernah melupai-Nya.
Aku sedikit pun tidak hairan dan terkejut,
atas pengembaraanku itu.
Kerana aku menyedari bahawa hidup ini adalah ditakdirkan-Nya.
tanpa izin-Nya apa pun tidak akan berlaku.
jangan bermegah dan bangga atas ketepatan jadual yang diatur.
sebaliknya bersyukur dan berterima kasihlah pada-Nya.
kerana Dialah yang memberi izin sedemikian.
Kini aku terasa bahawa Dia.....
Dia menceritakan padaku bahawa aku.....
aku tiada kuasa sedikit pun.
membuatkan aku insaf dan insaf.
Berusaha, berdoa dan berserah.
Akhirnya aku berserah dengan penuh kasih sayang dan gembira.
07 Rejab 1431.
20 Jun 2010.
_____________________________
Sisipan ilmu.
Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.
( Surah Luqman : 33 )
__________________________________
Sekian...Allah Maha Mengetahui...Wassalam.
2 comments:
Apa yg berlaku itu adalah dgn izinNYA jua..Kita hanya mampu merancang dan ketentuan adalah padaNYA...Moga takdir yg baik sahaja utk kita semua..INSYALLAH..
Salam Ad Rifza.
Amin...itulah harapan dan doa kita....semoga takdir yang baik sahaja yang menyebelahi kita.
Post a Comment