Friday, May 22, 2009

Suara Mimbar hari ini. (22.05.09 )

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Pada hari ini ( 27. Jamadil Awal 1430 ) masuk waktu Zohor di kawasan Shah Alam dan kawasan yang sewaktu dengannya jam 1.13 petang. Seperti biasa setiap petang Jumaat saya akan melaporkan ucapan khatib/khutbah yang disampaikan di masjid yang saya hadir menunaikan untuk solat.

Pada hari ini khutbah menyentuh mengenai kewajipan mentaati ibu dan bapa. berikut adalah dalil nakli berkenaan.
Fiirman Allah bermaksud:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia".
Surah Israk (23).

Rumusannya.

(1) Allah memerintahkan kita berbuat baik kepada ibu bapa dan sentiasa bersopan dengan mereka, memandangkan ibu mengandungkan kita dan mendidik kita sehingga menjadi manusia yang berguna, ibu dan bapa sama-sama berkorban memelihara kita sejak dari kecil maka sewajarnyalah kita pula memelihara mereka apabila mereka telah tua dan uzur.

(2) Pada zaman ini terdapat anak-anak yang tidak hormati ibu bapa, malah terdapat juga anak-anak yang melawan ibu bapa dengan kekerasan dan terdapat juga yang tergamak membunuh ibu bapa kerana hilang kewarasan.

(3) Paling menyedihkan terdapat juga anak yang menghantar ibu atau bapa mereka ke Pusat Jagaan orang tua tetapi tidaklah menjadi kesalahan, jika dihantar di atas persetujuan mereka ke Pusat-Pusat Penjagaan disamping mendalami ilmu pengetahuan mengenai Islam, khususnya perkara yang berkaitan dengan amal ibadat khusus.

(4) Anak-anak hendaklah sentiasa berbuat baik dengan ibu bapa, memberi perbelanjaan, memastikan penjagaan makan, minum, kesihatan dan keperluan lain supaya mereka hidup selesa dan sentiasalah berdoa kepada ibu bapa supaya Allah mengampunkan dosa mereka, mengasihani mereka seperti mana mereka mendidik dan mengasihi anak-anak mereka semasa anak-anak mereka masih kecil.
_______________________________________

Dilarang berkata "ah" kepada ibu bapa
_______________________________________

Sekian, Wallahu aklam. wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

Salam sahabat
Sekiranya konsep hormat ibu bapa di perluaskan:

Setiap anak Adam adalah juga bapa kepada anak Adam yang lain. Setiap ulamak dan guru adalah bapa kepada ulamak dan guru yang lain. Ibu bapa lah yang mengajar anak Dua Kalimah, Sifat 20, Asma ul Husna, Rukun Islam dan Rukun Iman. Kita lah anak Adam yang akan mewariskan agama Allah kepada seluruh generasi selepas kita. Terdapat terlalu banyak ayat-ayat Tuhan yang memuliakan ibu bapa.Salah satunya seperti maksud perintah Tuhan,

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu." (surah Luqman:14)

Semoga mendapat sesuatu hikmah dari ayat di atas ini.

wassalam.

Leenoh said...

Salam Sdr.Zaidi Ali.
Sememangnya Adam dan Hawa adalah datuk nenek kepada sekalian manusia,merekalah melahirkan ummah yang berbagai ragam di dunia ini,
Maka dari situlah juga disuruh hormat menghormati di antara satu sama lain kerana kita semuanya berasal daipada mereka berdua.
Tetapi manusia kekadang ingat dan kekadang lupa akan asal usul mereka,
Perhubungan manusia di dunia ini keadaannya berjaringan seperti saudara terangkan, berhubung kait di antara satu sama lain.
Itulah juga qadar dan qadak Allah ( perancangan dan pelaksanaan Allah ).
Terima kasih atas ulasan yang baik itu dan juga dapat membantu topik asalnya serta dapat memberi pengetahuan kepada mereka yang memerlukannya.