Saturday, May 16, 2009

Perjuangan - ( Puisi ).

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Kalau anda ke Paya Mengkuang.
Singgah sebentar di Pondok Penanti.
Kalau anda berupaya berjuang.
Hendaklah berjuang sepenuh hati.

Singgah sebentar di Pondok Penanti.
Bersolat Zohor empat rakaat.
Kalau kita ikhlas di hati.
Semua perjuangan mendapat berkat.

Bersolat Zohor empat rakaat.
Memakai kain baru dibeli.
Perjuangan untuk membina umat.
Memerlukan ilmu yang hakiki.

Memakai kain baru dibeli.
Warnanya lembut cantik sekali.
Ilmu bersepadu wahyu dan aqli.
Barulah diterima ilahi rabbani.

Warnanya lembut cantik sekali.
Sangat disukai muda dan mudi.
Jika wahyu dibuat amali.
Perjuangan tidaklah sia-sia lagi.

Sangat disukai muda dan mudi.
Memakai untuk bertandang khenduri.
Hidup bahagia selepas mati.
Dapat beristana di syurga abadi..


__________

Sekian.wassalam.

4 comments:

sentosa77 said...

Saya singgah bukan sekali.
saya singgah berkali-kali..
seronok membaca semua entry..
banyak pesanan dan nasihat buat diri ini..

Leenoh said...

Salam Zaidon.

Ada juga yang Pak Ngah merapu,untuk kendurkan ketegangan.
Objektif berdakwah tercapai jika ramai yang membacanya.
Kalau Zaidon terjumpa yang tidak betul, diharap Zaidon buatlah teguran, Insy Allah Pak Ngah berfikiran terbuka.

Anonymous said...

Salam.

Singgahnya saya bukan lama-lama sekali, singgahnya saya lama sekali.
Bukan bersinggah setahun sekali,
tetapi bersinggah setiap hari.
Bukan singgah sekadar bertamu,
tetapi singgah mecari ilmu.
Begitulah tarikan Kehidupan Bersih.

Dalam merapu, penuh berilmu.
Dalam jenaka, penuh bermakna.
Dalam pantun, penuh bertekun.
Dalam khutbah, penuh berdakwah.
Dalam teguran, penuh berpesan.
Begitulah Leenoh!

Leenoh said...

Salam Zaidi Ali.


Dalam khutbah, penuh berdakwah.
Segala puji bagi Allah.
Puji makhluk bagi Allah.
Puji Allah bagi Allah.

Segala puji bagi Allah.
Kepada-Nya kembali segalanya.
Kita sendiripun tidak kalah.
Entri saudara apa kurangnya.

Kepada-Nya kembali segalanya.
Semua yang cantik dan indah.
Ilmu Sains dapat diolahnya.
Tersisip wawasan dan dakwah.

Semua yang cantik dan indah.
Bukan semulajadi tetapi ciptaan.
Teruskan menulis untuk berdakwah.
Mengajak masyarakat menjana kesejahteraan.