Friday, May 15, 2009

Seruan untuk bersolat Jumaat.- 20 Jamadil Awal 1430

lالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Ayat yang dipaparkan di bawah ini ialah ayat yang menjadi dalil atau bukti bahawa solat Jumaat itu telah diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman dengan syarat-syaratnya yang tertentu. Setiap ibadat mempunyai dalil wajibnya atau dalil sunatnya. Dengan itu dapatlah dielakkan daripada ibadat yang rekaan atau ciptaan manusia.Selain daripada itu dapat juga dielakkan daripada beribadat secara ikut-ikutan atau taklid semata-mata tanpa ilmu.

Firman Allah bermaksud,
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru
untuk menunaikan solat pada hari Jumat,
maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan
tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu
jika kamu mengetahui".


Surah Al.Jumaah (9).

_________________________________________________

Beberapa huruf telah tertanggal
- masih boleh difahami.


Intisari Khutbah Hari ini (15.05.09 ).

(1) Tema khutbah hari ini ialah berkaitan Sambutan Hari Guru 2009.

(2) Guru katanya ibarat lilin membakar diri menerangi orang lain yang membawa maksud bersusah payah dan sanggup berkorban mendidik anak bangsa supaya menjadi manusia yang berguna.

(3) Guru adalah kumpulan asas pembinaan negara kerana merekalah yang mendidik anak bangsa supaya menjadi orang yang terpelajar, di antara anak didik mereka menjadi jurutera, doktor, peguam, guru, juru terbang dan seumpamanya, mereka ini akhirnya menjadi pulupur dalam pembinaan negara.

(4) Sifat utama yang perlu ada pada guru ialah ikhlas, keikhlasan guru mendidik pelajar akan memberi kesan yang baik kepada masyarakat. Guru hendaklah mendidik insan rabbaniyah kepada para pelajarnya, tanpa didikan ini masyarakat akan melupai Tuhan. didikan ini dapat menjurus kepada manusia yang memperhambakan diri kepada Allah.

(4) Pendidik juga hendaklah mempunyai sifat sabar dan tabah semasa menjalankan tugas kerana para pelajar tidak memiliki akhlak dan moral yang sama. tingkah laku pelajar kekadang mencabar tugas mereka, keadaan ini memerlukan sifat sabar dan tabah yang mantap.

(5) Nabi Muhammad.s.a.w. merupakan seorang rasul dan seorang guru atau pendidik yang cemerlang. Baginda menjadi contoh yang terbaik.

(6) Khutbah menarik perhatian sidang jamaah supaya merunungi ayat 2 dan 3 surah As.Saaf;

"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?"

"Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan". "Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?"

(7) Seorang guru juga hendaklah adil terhadap para pelajarnya, Perkara ini ditegaskan di dalam ayat (8) surah Al.Maaidah;
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(8) Guru juga di antara mereka yang diletakkan tanggungjawab yang berat untuk melindungi para pelajar daripada terjerumus ke dalam kancah yang tidak diingini.

(9) Guru juga dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan kegiatan yang tidak sihat seperti memiliki akhlak yang buruk, bercakap secara yang tidak sopan dan seumpamanya kerana sifat ini menghilangkan atau menghapuskan kewibawaan mereka menjadi contoh atau teladan yang baik.

(10) Akhirnya khutbah menyarankan supaya kita semua hendaklah berterima kasih kepada para guru.

Sekian.Wallahu aklam. Wassalam.



4 comments:

Mak Su said...

selepas parents, guru lah

Leenoh said...

Salam Mak Su.
Guru pertama adalah IBU. Tiada siapa yang dapat menafikannya.
Bila orang menyebut tugas yang mulia ialah tugas guru. Bermakna ibu itulah tersenarai terlebih duhulu kemudian barulah guru yang lain.

Anonymous said...

Salam Leenoh.
Tajuk khutbah di Masjid Raja Dr. Nazrin Shah hari ini ialah "Menjadi Pemimpin Kerana Tanggungjawab, Bukan Kerana Keistimewaan."

Sesuai dengan keadaan kemelut politik sekarang. Kalau dapat Leenoh buatkan entri ulas tajuk ini mesti best!

Leenoh said...

Salam Zaidi Ali.
Tajuk itu sangat relevan dengan keadaan semasa. Tetapi dan Tetapi serta almaklum.....
Memangpun menjadi pemimpin bukan nak tunjuk megah dan dilarang meminta untuk menjadi pemimpin, caranya biar orang memilih bukan meminta, itulah prosedur Islam.
Kekadang ada banyak isu juga yang terlintas di minda tetapi yang berani ditulis hanya sekadar demokrasi ala Malaysia sahaja.
Zaidi, sebenaynya Leenoh adalah seorang yang penakut. hehehe..
Ok lah nanti kalau ada idea saya akan tulis sekadar yang saya mampu.
sebenarnya Saudara sendiri lebih mampu menulisnya.