Wednesday, May 6, 2009

CUMA LUAHAN RASA



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Cuma Luahan Rasa.
Mauduk suka-suka untuk sesiapa yang ingin bersantai bersamanya.

Saat demi saat, Hari demi hari, alam ini berputar tanpa berhenti sesaat pun, ibarat jantung manusia yang berdenyut setiap saat juga tanpa berhenti, Sekiranya berhenti atau diberhentikan putaran itu, alamat hancur musnahlah alam dan juga manusia.
Manusia merasakan putaran itu akan berterusan selama-lamanya, walaupun ilmu yang dimilki menafikannya, Ilmu sentiasa mengingatkan manusia bahawa setiap yang bernyawa itu akan menemui mati dan dunia ini akan musnah pada suatu ketika nanti.
Manusia berada di tengah-tengah putaran tersebut menjadikan mereka semakin berusia. Mereka gembirakan diri dengan melihat gambar-gambar lama yang segak, kacak, tegap, cantik, manis dan ceria tetapi kembali sedih apabila mengenangkan masa telah berlalu begitu jauh meninggalkan suasana. Tempoh masa di hadapan semakin pendek dan semakin menirus seperti lampu yang akan kehabisan sumbunya.

Ulangtahun kelahiran disambut untuk meluahkan rasa kegembiraan kerana tempoh hidup masih berbaki walaupun tidak diketahui jumlahnya. tetapi kepada siapa yang hendak diluahkan masih kabur, kepada siapa hendak disyukuri juga masih sangsi. Bagaimana hendak merayakan kegembiraan juga masih tiada pendirian. Apakah perlu menyediakan kek ( cake) dan lilin untuk menyatakan kesyukuran itu, adakah telah yakin itulah caranya yang hakiki. maka ditiupnyalah lilin dan dinyanyikan " Selamat Hari Lahir". Apakah tidak perlu mengingatkan kepada yang Pemberi selamat, Apakah tidak perlu bersimpati dengan orang yang bersabung nyawa untuk selamat dilahirkan dan apakah tidak perlu ingat siapakah yang melahirkan. Persoalan ini hanya untuk sama-sama bermuhasabah dan bermuzakarah ke arah mencari identiti sendiri yang diredai.
Adakah itu cara yang terbaik untuk diamalkan atau hanya ikut-ikutan tanpa membuat sentuhan kepada semangat jatidiri.
Walau apapun diucapkan kepada anda semua semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa hidup di dalam keredaan Allah.

__________________________________

Diucapkan selamat Hari Lahir kepada mereka yang dilahirkan pada
tanggal 6 Mei
dan
Jangan lupa berikan hadiah istimewa untuk ibu anda.

____________________________________

____________________

Tanggal 6 Mei.
Badanku terasa bebas.
Tiada lagi dinding.
Tiada lagi kepungan.
Tiada lagi lemas.
Duniaku luas bitara.

Aku menangis.
Aku menangis teresak-esak.
Mulutku mencari-cari sesuatu.
Kedengaran ketawa.
Dan ketawa.
Ketawa di sekelilingku.

Aku menangis.
Aku menangis ketakutan.
Aku takutkan ujian.
Aku datang untuk diuji.
Dunia pentas ujian.

Ibu.
Terima kasih ibu.
Ibu.
Kumohon maaf padamu.
Aku tidak terdaya.
Aku lemah.
Aku tidak terdaya membalasnya.

Ibu,
Aku menangis.
Ibu.
Aku menangis dan menangis.
Ibu.
Aku menangis terharu.

Ibu.
Kau berhak.
Kaulah berhak menerima hadiahnya.

Mengapa ibu.
mengapa hadiah diberikan padaku.
Kaulah penerima hadiah.
Kaulah penerima hadiah pada hari bersejarah ini.

Ya Allah, Ya Robbi.
Ampunkanlah dosaku.

Ya Allah, Ya Robbi.
Ampunkanlah dosa ibuku.

Ya Allah, Ya Robbi.
Ampunkanlah dosa dua ibubapaku.

Amin Ya Robbal'alamin.

______________________

Ulasan terawal diterima:
Anonymous Faridrashidi said...

Salam Encik,

Kebetulan hari lahir saya baru berlalu (3 Mei).

Apapun, terasa syahdu sekali bila membaca tentang ibu itu.

May 5, 2009 8:03 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam Faridrashidi.
Mungkin ada mesej tersembunyi untuk dihayati.

May 5, 2009 8:09 PM

Delete
Blogger Izzah Marzuki said...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Kebetulan 6 Mei juga ialah hari jadi ibu saya yang tercinta.. puisi tu pula sesuai juga kan..

Selamat dipanjangkan lagi nikmat umur & rezeki buat saudara.. moga Allah sentiasa bersama dalam setiap detik perjalanan hidupmu..

May 6, 2009 12:29 AM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam Izzah Marzuki.
Pada saya ianya sesuai, ya sesuai, kalau ubahsuai lagi baik.

Selamat Hari Lahir untuk ibu anda semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa hidup di dalam keredaan Allah bersama seluruh anakcucu.

May 6, 2009 12:37 AM

Sekian. Wassalam.

2 comments:

KUNTONG said...

Saudara Leenoh: Bila kita menyambut hari kelahiran, kita patut bersyukur, kerana masih ada masa untuk beribadah dan bertaubat di atas dosa-dosa yang pernah kita lakukan di masa-masa yang lampau.
Dan kita patut berterima kasih kpd ibu kita yg tlah melahirkan kita. Kita patut cium tangannya dan gembirakan hatinya.

AyKay said...

assalamualaikum,

peringatan ucapan terima kasih kepada ibu yg melahirkan sangat2 dihargai.

juga disusun rasa syukur kepada Allah atas segala nikmatNya