Friday, May 8, 2009

Kuliah Dan Khutbah Jumaat ( 13 Jamadil Awal 1430 )


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Bersyukur kepada Allah Taala kerana mengizinkan kita bertemu lagi, pada kesempatan ini saya ingin mencatatkan beberapa info ringkas yang dikutip dari kuliah sebelum solat Jumaat tadi. Saya tidak pasti masa yang tepat kuliah tersebut dimulakan, ketika saya sampai jam 12. 55 penceramah sedang rancak menyampaikan kuliahnya dan ahli Jamaah pun telah ramai memenuhi ruang masjid.

Kuliah Sebelum Solat Jumaat.

12.55 t. hari
Di antara intisari yang dapat saya petik ialah;
(1) Penceramah menyentuh mengenai tilawah Al.Quran, menurut katanya pada masa kini bilangan orang membaca al.Quran sebagai amalan harian sangat berkurangan, disyorkan kepada AJK Masjid supaya meletakkan Al.Qurana di atas rehal diaturkan di sepanjang saf sejumlah yang sesuai untuk memberi lebih kemudahan kepada ahli Jamaah untk membacanya. Cara begitu katanya mungkin boleh menambahkan jumlah pembaca pada setiap hari Jumaat sementara menunggu masuk waktu solat.

(2) Seterusnya beliau menceritakan seorang Ahli Jamaah Masjid Tikam Batu, Kuala Muda; Kedah yang sangat istiqamah membaca Al.Quran, bersolat fardu setiap waktu secara berjamaah di masjid, sentiasa datang awal ke masjid dan sentiasa berharap supaya hayatnya juga akan berakhir di masjid. Sifat mahmudahnya itu dikagumi kawan dan rakan, akhirnya doanya itu dimakbulkan Allah, beliau meninggal ketika sedang menunaikan solat di masjid. Jenazahnya diziarahi oleh muslimin dan muslimat yang sangat ramai berbanding dengan jenazah-jenazah yang lain pada hal beliau bukan orang kenamaan atau memegang apa-apa jawatan yang berpengaruh.

(3) Katanya lagi Khalifah Omar ibnu Abdul Aziz dalam keadaan sebok macam mana sekali pun beliau akan membaca al.Quran sekurang-kurangnya 4 juzuk setiap hari.

(4) Kuliah hari ini juga menyentuh mengenai sifat syukur atau orang yang bersyukur, mereka yang bersyukur kepada Allah ialah mereka yang sentiasa reda terhadap pemberian Allah terhadap dirinya, banyak bersedekah dan menyedari bahaw rezeki itu terdapat bersamanya rahmat dan berkat dan sebaliknya.


1.13 petang.
Azan Zohor dan diikuti dengan solat sunat Jumaat
kemudian

Khutbah dibacakan, di antara intisarinya:

(1) Khutbah hari ini menyarankan supaya kita menjauhkan diri daripada sifat takabbur dan 'aujub ( sombong diri) - sifat takbur, riak dan sombong diri ini tidak sepatutnya wujud pada manusia kerana manusia kerdil lemah dan jahil dan kejadian mereka pun dariapada air yang hina ( iaitu daripada campuran air mani lelaki dan perempuan ) - Hanya Allah sahaja yang memiliki sifat tersebut kerana Allah sahaja bersifat Maha Bijaksana, Maha Berkuasa dan memiliki sifat-sifat kesempurnaan yang lain.

(2) Sifat takbur dan sombong ini adalah sifat buruk yang dimilik iblis, maka manusia tidak sewajarnya memiliki sifat tersebut kerana memiliki sifat tersebut akan menyerupai sifat buruk yang wujud pada iblis, manusia sepatutnya memilki sifat-sifat yang mahmudah dan akhlak yang mulia.

(3) Sifat takbur dan sombong ini berlaku di antaranya kerana bermegah-megah dengan keturunan, berasa dirinya telah cukup berilmu, berasa dirinya telah banyak melakukan ibadat, berasa dirinya mempunyai ramai pengikut dan berasa dirinya cantai dan lawa dalam hal ini khususnya bagi kaum wanita.

(4) Untuk mengelakkan berlaku takbur dan sombong ini kita perlulah bermuhasabah diri dan bermuraqabah.
- Muhasabah terhadap semua perkara yang telah kita lakukan sama ada baik dan buruk serta membuat anjakan kepada sifat yang mahmudah ( positif).
- Menyedari bahawa dunia ini bukan tempat berpoya-poya.
- Bermujahadah iaitu bersungguh-sungguh untuk mentaati Allah.
- Taqarrub dan muraqabah dengan pertingkatkan amal ibadat kepada Allah..

- Sentiasa berdoa agar kita dijauhi sifat-sifat buruk tersebut.



Sekian, wallahu aklam. wassalam.




4 comments:

Ayu Zan said...

peringatan untuk saya...
huhu..
alhamdulillah..
terima kasih ye..

Leenoh said...

Salam..ayu..
Peringatan utk saya juga dan utk semua.

Anonymous said...

Assalamalaikum saudara leenoh,
Saudara saya tertarik dengan pesoalan yang saudara kemukakan dalam tazkirah dan intisari khutbah itu,yang pada pandangan saya untuk berkongsi pendapat demi manafaat bersama.
Persoalan pertama,seorang yang istiqamah dengan amalannya dan dimakbulkan Allah doanya mati dalam masjid sedang solat.Begitulah syumulnya Islam,dalam persoalan mati pun kita semestinya kena ada cita-cita,bagaimana cara nak mati,di mana kita nak duduk selepas mati,keistimewaan apa yang kita perolehi di sana nanti,baik atau buruk.Walau apa pun terserahlah kepada Allah tapi kita disuruh berusaha yang terbaik disamping memohon kepadaNya dengan penuh harap dan yakin.Insya Allah.
Persoalan kedua,sifat takabbur,riyak,ujub,sam`ah,syahrah dll.Pokoknya bagaimana cara kita nak jauhkan dan hilangkannya?Iblis menjadi menjadi takabbur bukan kerana tidak banyak ibadatnya bahkan hebat ibadatnya,tidak ada tempat yang tidak disujudnya di bumi ini,kalau tidak salah saya.Tapi kenapa?
Persoalaannya bagaimana cara untuk mengelak daripada sifat-sifat ini?Semua orang pasti ada sifat-sifat ini,tidak kira di mana kedudukannya ulamak,orang kaya,miskin,berpangkat,orang biasa,cantik,hodoh dll.Masing-masing takabbur,riyak,misalnya orang berilmu dengan berbangga dengan ilmunya,berpangkat dengan pangkat kebesaran serta kedudukannya,cantik dengan kecantikkannya,miskin,bodoh dll dengan takabbur yang tersendiri.
Apakah puncanya terjadi sifat-sifat ini?Inilah yang perlu kita cari puncanya,selepas itu barulah dapat kita ubati,selagi kita tidak dapat punca penyakit selama itulah kita tidak dapat ubat dan penawarnya seperti pepatah Find the cause and cure the cause.Carilah dalam kitab-kitab yang menjuruskan tentang penyakit hati dan di sana kita akan jumpa cara mengubatinya,Ulamak2 yang berjaya telah membuat ujikaji dengan kaedah2nya yang tersendiri.
Pada pandangan saya dengan banyaknya ibadat bukanlah dapat jamin menghilangkan sifat takabbur,ujub dll ini tapi adalah satu cara yang paling mudah,cepat dan menghampirkan diri kepada Allah.Sebab contohnya iblis banyak beribadat tetap takabbur,Allah jadikan peristiwa ini untuk direnung dan diambil iktbar oleh kita.Mengapa iblis takabbur?Sebabnya,ulamak2 berpendapat iblis tidak kenal ALLAH walaupun ia menyembah Allah,kalau dia kenal Allah sebagai KHALIQ dan dia sebagai HAMBA sudah tentu dia mudah menerima perintah Allah tanpa persoal siapa DIRINYA dan KEMULIAANYA dengan Nabi Adam!
Kesimpulannya untuk membersihkan diri kita daripada sifat2 mazmumah ini,tidak ada jalan lain dan mudah MELAINKAN kita kena benar2 kembali kepada HAKIKAT DIRI KITA SEBENARNYA HAK KEPUNYAAN ALLAH DAN SEGALA YANG KITA MILIKI ADALAH PEMBERIAN ALLAH SEMATA2 DAN INGATLAH DIA BERHAK MENGAMBIL KEMBALI BILA2 SAJA YANG DIA KEHENDAKI
INGATLAH..! segala yang kita dapat semata2 kerana rahmat dan kurnianNya,orang lain juga akan dapat kalau Allah beri.Cara itulah saja dapat menghilang rasa takabbur.Oleh itu banyak2lah bersyukur kepada ALLAH di atas limpahan rahmatnya yang tidak terhinngga......Aamin Ya Rabbal Aalamin. Wallahu aklam.(arba)

Leenoh said...

Salam saudaraku.
Sebenarnya dalam hal penghayatan ini ramai di kalangan kita mengetahui teori untuk melaksanakannya tetapi kita akan kekurangan semula apabila sukar untuk menanamkan keikhlasan dalam diri,
Kita mengetahui bahawa bersifat ihsan itu sangat penting tetapi untuk mendapatkan ihsan itu pula suatu hal yang rumit,
kebanyakkan orang mengetahui bahawa Ihsan itu ialah seseorang itu beribadat atau membuat kerja kebaikan dan kebajikan semata-mata Kerana Allah dan merasai Allah sedang melihatnya atau dia sendiri melihat Allah , kalau tidak melihatNYa, dia menyedari hal itu.
Namun demikian ihsan sukar hendak dipasakkan di dalam hati seperti besi cerucuk, sebaliknya ia sentiasa tenggelam dan timbul.

Apapun dalam perkara ini kita perlulah berusaha berterusan untuk mendapatkan keredaan Allah dan selebihnya kita hendaklah berserah kepada-Nya.