Friday, March 20, 2009

Analisa Pelawat Laman Blogku

HANYA UNTUK SUKA-SUKA SAHAJA

Salam semua.

Sebenarnya pada pagi ini saya mempunyai masa lapang dan internet pun sihat walafiat jadi bolehlah saya berjoli-joli sedikit dengan menulis perkara-perkara yang kurang bermanfaat ini.
Konon-kononnya hendak merihatkan minda dan bersantai. Dalam masa lapang itu saya pun mulalah klik sana dan klik sini untuk mengetahui tabiat pelawat-pelawat ke blog ini. Rupa-rupanya tabiat mereka sama seperti tabiat saya juga, rupanya kita sama.
Saya dapati pelawat yang datang ke blog kebanyakan mereka singgah dan melihat sahaja tidak membacanya. Umpama mereka yang memandu kereta sambil bersiar-siar melihat suasana sekeliling terutama pemandangan di tepi-tepi jalan atau laluan mereka.
Mereka ini akan berhenti dan turun dari kereta jika terserempak atau bertemu dengan sesuatu yang disukai mereka, mereka itu persis seperti saya juga hehehe. kita serupa.

Kalau pemblog (bloggers) ingin tulisannya dibaca, nampaknya mereka terpaksalah menyediakan tempat-tempat persinggahan yang menarik dan indah. Orang kata ikut kehendak pelanggan.
Tetapi tindakan itu tidak sesuai pula dengan penulis yang ada prinsip tetapi sekadar membuat penyesuaian itu rasanya tidak menjadi halangan.

Bagi saya matlamat asal saya menulis dan membuka blog ini bertujuan meluahkan khazanah minda yang baik yang dimiliki dan dipamerkan kepada umum supaya dimanfaatkan samada dibaca atau tidak, itu adalah perkara kedua. Perkara yang paling utama ialah menyebarkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat supaya diri kita menjadi lebih baik dan juga dimanfaatkan, disamping kita juga menambahkan ilmu yang disampaikan oleh orang lain khasnya kekawan blog kita.
Sehingga saat ini saya berpuas hati walaupun hanya 18% sahaja daripada (klik) mereka yang datang ke blog ini yang benar-benar membacanya. Jika persinggahan selama 5 minit bermakna lebih daripada satu entri atau topik selesai dibaca kerana topiknya pendek-pendek sahaja.
Nampaknya 76.6 % klik membuat persinggahan kurang daripada 5 saat, mungkin mereka ini mencari sesuatu yang tidak terdapat di dalam blog ini. umpama burung hinggap di dahan pokok yang tiada berbuah atau lain-lain sumber makanan mereka, mereka akan buka sayap dan terbang ke pokok yang lain yang lebat buahnya atau banyak sumber makanannya.
Bagi pemblog ( bloggers ) yang rajin mereka membuat kajian untuk mengetahui tajuk-tajuk yang sering dicari oleh pembaca kemudian membuat entri berkenaan maka ramailah membaca laman blognya secara berkualiti.. Walaupun mencari tajuk-tajuk yang sering dicari dan kemudian menulisnya tetapi masih mempertahankan prinsip asal, saya rasa sikap tersebut masih baik dan boleh diteruskan.
Tetapi bagi diri saya. Saya hanya akan menulis topik-topik yang masih tersirat di dalam minda, sekiranya yang tersirat kehabisan barulah saya akan membuat rujukan dari sumber yang saya fikir ianya menasabah dan sesuai.

( sekadar ini dahulu, mungkin akan saya tambah infonya pada masa lain )

____________________________

13 Mac - 19 Mac 2009.
( Friday - Thursday )

Visit Length
drill down157Less than 5 secs
drill down1From 5 secs to 30 secs
drill down10From 30 secs to 5 mins
drill down9From 5 mins to 20 mins
drill down4From 20 mins to an hour
drill down24Longer than an hour

drill down Drill down the data - show the visitors with the shortest or longest visitor length.

___________________________________________

Ulasan anda dihargai.
Blogger Nurhani Salwa Binti Jamaluddin said...

Pak Ngah,

Sebenarnya, memang sikap orang kita yang tidak gemar membaca.. Blog yang ringkas pun tak nak baca.. saya seboleh2nya kalau lawat blog, akan baca satu dua post yang sempat. Nak bandingkan di tempat lain, dalam train pun ramai yang membaca..

March 20, 2009 7:51 AM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam.

Hani.
Hari ini hari Jumaat penghulu segala hari, seelok-eloknya kita bercuti hehehe, dah berlalu.
Memang ya,bertuah Malaysia kalau boleh ditukarkan ketagih rokok kepada ketagih membaca, Masya Allah bertuahnya.
Wassalam.

March 20, 2009 7:59 AM

Delete
Blogger Yanmie said...

wah2 siap ada statistik lg tu...heee...

March 20, 2009 10:19 AM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam Yanmie.
Entah macam mana hari ini terlintas nak tulis topik itu pula.
Tak ada kerja cari kerja, ini kena angin Kluang kot. kalau di rumah kekadang brdband mogok, jadi malas nak buat apapun.
Saja suka-suka je.mungkin ada mesejnya gak sikit-sikit kot.

March 20, 2009 10:25 AM

Delete
Blogger ijechan said...

ooo.. tapi yang singgah lebih dr sejam tu pun ramai~ =) mungkin mentelaah segala ilmu dalam blog kehiduan bersih yg bermanfaat ini. =)

March 20, 2009 10:55 AM

Delete
Blogger Dee said...

blog sy lebih kepada blog santai dan berkisar kepada apa yg berlaku keliling saya..tetapi sesekali sy suka menyinggah di blog2 yg membuka minda dan memberi info2 yg amat bermakna demi menambahkan pengetahuan sy..sesekali sy baca novel..sesekali sy baca buku motivasi..dan sesekali juga sy baca buku2 ilmiah serta membincangkan hukum-hakam agama..sy rasa x rugi kita memperbanyakkan ilmu..terima kasih atas blog saudara leenoh yg sedikit-sebanyak membuka minda sy dari hanya membaca yg ringan2 sahaja..

March 20, 2009 2:55 PM

Delete
Blogger PJ selamba said...

salam,
hehe
bukan blog pak ngah sorang...
rasanya kebanyakan blog org lain pun camtu... termasuk blog pj...
dari segi pemerhatian, UNLESS entri tu cukup menarik, dorang cuma baca sikit je...
atas, atau bawah...
ataupun tengok gambar...
kadang² kalau kita kutuk dorang pun di tengah² paragraph yang panjang, dorang tak tahu...
dorang ni tak kperasan sbb langsung tak baca...
hehe
tak percaya, test la...
lagi panjang entri tu, lagi malas org baca...
kan kan...

p/s: pelik la ramai pulak masuk less than 5 secs!

March 20, 2009 5:05 PM

Delete
Blogger Mak Su said...

seghuper ler kita encik Leenoh :(, visitor 5 saat mmg ramai.

tapi memandangkan saya buat blog sbb suka-suka, maka topiknya pun ikut suka-suka saya.

anyway, saya dah dapat ramai kawan baru, melalui blog :)

March 20, 2009 6:22 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam semua,
ijechan,Dee,PJ selamba dan Mak Su.

Nampaknya kali ini masing-masing komen panjang sebab kita memang serupa kot, hehehe bergurau ye.

mereka yang membaca lama tu mungkin cikgu atau mereka yang berminat dengan minit mesyuarat dan contoh kertas kerja kursus kot.Entri ini kalau mereka nak salin pun tidak mengapa malah saya lagi seronok dan suka.

Memang kalau tulis panjang pun dibacanya sekerat ja. kalau pandai mengolah cerita tulislah pendek-pendek. saya tidak pandai sbb tu jadi panjang. Bila ada masa lapang dah tambah lagi, jadi lagi panjang.

Dee, nak kata ada ilmu tu adalah sikit-sikit, tujuan tu begitulah nak sampaikan pengalaman yg ada sikit-sikit tu kpd mereka yg memerlukan tapi modal kecil, kedaipun kecillah, jualanpun sedikit gak.

Blog saya pun begitu juga serupa macam rojak juga tapi rojakpun ok boleh dimakan hehehe.

Kalau dalam rojak tu ada nenas, jambu, mangga ok gak, kita pilihlah buah yang kita suka kan, saya nampak semua blog kita ada resipi tersebut.
sekian.

March 20, 2009 9:58 Pm

Delete
Blogger zaidi ali said...

Salam Leenoh,

Saya menulis blog kerana beberapa sebab:
1. catatan peribadi, sb saya xde diari. Bila masa pun dapat akses.
2. menasihat diri sendiri, sb saya selalu lalai.
3. meluahkan idea sendiri, sb saya xde bakat sebagai kolumnis.
4. mencari kekawan lama dan saudara mara yg terpisah(keturunan LongTambang).
5. yang paling utama mencari ilmu+ pengetahuan dengan mencari kekawan baru yang banyak ilmu pengetahuan, terutama sdr. Leenoh!
6. yang paling dihargai para pembaca dan pemberi komen (terutama sdr Leenoh) yang memberi motivasi untuk terus menulis.
7. ramai, kurang atau tempoh bacaan taklah penting bagi saya sebab yang paling penting ialah kepuasan dan kebebasan menulis (jgn menghina menghasut dah ler!).

8. yang teramat penting saya harap xde pembaca yang terpengaruh dengan benda-benda buruk (riak,takabbur,sesat,fitnah dll.) yg saya "ter" tulis, sb yg buruk semuanya dari saya yg hina ini...yg baik semua datang dariNya.

Sekian.

March 21, 2009 4:47 AM

Delete
Blogger Ibnurashidi said...

Salam...

Boleh saya tahu macam mana mahu dapatkan statistik itu?

March 21, 2009 5:30 AM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam Zaidi ali.
Setiap orang ada kelebihan dan ilmu pengetahuan, dengan sikap mahu berkongsi itulah dunia ini menjadi makmur, Seorang lelaki tidak akan sempurna kalau tiada seorang perempuan disampaingnya dan begitulah juga sebaliknya,itulah tanda kelemahan kita,demikianlah juga dalam hal-hal yang lain, bukankah kita ini hanya lengkap melengkapi di antara satu sama lain. Kita sangat memerlukan orang lain pada setiap ketika dan masa.

Hanya Allah sahaja yang sempurna.

Kita sebenarnya serupa walaupun tidak sama.

Ketidaksamaan itulah menjadi ruang untuk kita berkawan , berkongsi dan bertukar fikiran dan menutup kelemahan serta mengurangkan kejahilan.Dalam kita tidak sedari kebahagiaanpun datang mengisi diri menjadikan kehidupan kita ceria dan bersemangat.
Kalau tiada kekawan siapakah kita, kalau tiada orang lain meranalah kita,
Tulisan dan bingkisan yang Zaidi ali bawa sebenarnya memberi semangat kepada orang lain dan membuka jalan ke arah kebaikan.

Saya sendiripun mengutip ilmu dari anda.

Walaupun menulis untuk suka-suka tetapi di dalamnya ada makna.
Insya Allah berjumpa lagi.

March 21, 2009 6:23 AM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam Ibnurashidi.

Ibnurashidi dan kekawan saya mengajukan satu permintaan iaitu janganlah anggap saya ini pandai berkomputer dan berinternet seperti anda semua, saya cuma ibarat seorang pemandu sebuah kereta, kalau kereta rosak atau hendak menukarkan alat ganti janganlah serah tugas itu kepada saya kerana saya hanya mampu menunjukkan kedainya sahaja.hehehe, itulah rahsia saya sebenarnya.
Mengenai soalan ibnurashidi saya hanya guna " http://www.statcount" yang sedia ada di lap top. tukang sedia dan tukang benanya tercatat namanya seperti di kaki laman ini.Saya hanya pandai taip dan upload sahaja. hehehe.
kongsi ilmu membawa berkat.
Insya Allah kita berjumpa lagi

March 21, 2009 6:44 AM

Delete
Blogger limaumaniss said...

salam...bukan semua entry yg panjang2 tu tak suka dibaca...saya pernah jumpa blog yg entrynya semakin hari semakin panjang...tapi ada ilmu dan isi dalam entry...membuatkan followers dalam blog tu semakin bertambah dari hari ke hari...minat kita berbeza...ye tak?

April 22, 2009 10:09 AM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam limaumaniss,
Memang betul pelayar internet sangat ramai, jadi minat dan matlamat mereka berbeza.
Topik yang padat dengan ilmu semestinya ditulis panjang-pajang, biasanya penulis entri seperti ini terdiri dari orang yang berwibawa dan pembacanya pun orang berilmu.
Pendeknya semua jenis entri memang ada peminatnya masing-masing.

April 22, 2009 10:32 AM

________________________________

Sekian. Wassalam.

15 comments:

Hunny said...

Pak Ngah,

Sebenarnya, memang sikap orang kita yang tidak gemar membaca.. Blog yang ringkas pun tak nak baca.. saya seboleh2nya kalau lawat blog, akan baca satu dua post yang sempat. Nak bandingkan di tempat lain, dalam train pun ramai yang membaca..

Leenoh said...

Salam.

Hani.
Hari ini hari Jumaat penghulu segala hari, seelok-eloknya kita bercuti hehehe, dah berlalu.
Memang ya,bertuah Malaysia kalau boleh ditukarkan ketagih rokok kepada ketagih membaca, Masya Allah bertuahnya.
Wassalam.

Yanmie said...

wah2 siap ada statistik lg tu...heee...

Leenoh said...

Salam Yanmie.
Entah macam mana hari ini terlintas nak tulis topik itu pula.
Tak ada kerja cari kerja, ini kena angin Kluang kot. kalau di rumah kekadang brdband mogok, jadi malas nak buat apapun.
Saja suka-suka je.mungkin ada mesejnya gak sikit-sikit kot.

Cikgu Ije said...

ooo.. tapi yang singgah lebih dr sejam tu pun ramai~ =) mungkin mentelaah segala ilmu dalam blog kehiduan bersih yg bermanfaat ini. =)

Dee said...

blog sy lebih kepada blog santai dan berkisar kepada apa yg berlaku keliling saya..tetapi sesekali sy suka menyinggah di blog2 yg membuka minda dan memberi info2 yg amat bermakna demi menambahkan pengetahuan sy..sesekali sy baca novel..sesekali sy baca buku motivasi..dan sesekali juga sy baca buku2 ilmiah serta membincangkan hukum-hakam agama..sy rasa x rugi kita memperbanyakkan ilmu..terima kasih atas blog saudara leenoh yg sedikit-sebanyak membuka minda sy dari hanya membaca yg ringan2 sahaja..

Anonymous said...

salam,
hehe
bukan blog pak ngah sorang...
rasanya kebanyakan blog org lain pun camtu... termasuk blog pj...
dari segi pemerhatian, UNLESS entri tu cukup menarik, dorang cuma baca sikit je...
atas, atau bawah...
ataupun tengok gambar...
kadang² kalau kita kutuk dorang pun di tengah² paragraph yang panjang, dorang tak tahu...
dorang ni tak kperasan sbb langsung tak baca...
hehe
tak percaya, test la...
lagi panjang entri tu, lagi malas org baca...
kan kan...

p/s: pelik la ramai pulak masuk less than 5 secs!

Mak Su said...

seghuper ler kita encik Leenoh :(, visitor 5 saat mmg ramai.

tapi memandangkan saya buat blog sbb suka-suka, maka topiknya pun ikut suka-suka saya.

anyway, saya dah dapat ramai kawan baru, melalui blog :)

Leenoh said...

Salam semua,
ijechan,Dee,PJ selamba dan Mak Su.

Nampaknya kali ini masing-masing komen panjang sebab kita memang serupa kot, hehehe bergurau ye.

mereka yang membaca lama tu mungkin cikgu atau mereka yang berminat dengan minit mesyuarat dan contoh kertas kerja kursus kot.Entri ini kalau mereka nak salin pun tidak mengapa malah saya lagi seronok dan suka.

Memang kalau tulis panjang pun dibacanya sekerat ja. kalau pandai mengolah cerita tulislah pendek-pendek. saya tidak pandai sbb tu jadi panjang. Bila ada masa lapang dah tambah lagi, jadi lagi panjang.

Dee, nak kata ada ilmu tu adalah sikit-sikit, tujuan tu begitulah nak sampaikan pengalaman yg ada sikit-sikit tu kpd mereka yg memerlukan tapi modal kecil, kedaipun kecillah, jualanpun sedikit gak.

Blog saya pun begitu juga serupa macam rojak juga tapi rojakpun ok boleh dimakan hehehe.

Kalau dalam rojak tu ada nenas, jambu, mangga ok gak, kita pilihlah buah yang kita suka kan, saya nampak semua blog kita ada resipi tersebut.
sekian.

Anonymous said...

Salam Leenoh,

Saya menulis blog kerana beberapa sebab:
1. catatan peribadi, sb saya xde diari. Bila masa pun dapat akses.
2. menasihat diri sendiri, sb saya selalu lalai.
3. meluahkan idea sendiri, sb saya xde bakat sebagai kolumnis.
4. mencari kekawan lama dan saudara mara yg terpisah(keturunan LongTambang).
5. yang paling utama mencari ilmu+ pengetahuan dengan mencari kekawan baru yang banyak ilmu pengetahuan, terutama sdr. Leenoh!
6. yang paling dihargai para pembaca dan pemberi komen (terutama sdr Leenoh) yang memberi motivasi untuk terus menulis.
7. ramai, kurang atau tempoh bacaan taklah penting bagi saya sebab yang paling penting ialah kepuasan dan kebebasan menulis (jgn menghina menghasut dah ler!).

8. yang teramat penting saya harap xde pembaca yang terpengaruh dengan benda-benda buruk (riak,takabbur,sesat,fitnah dll.) yg saya "ter" tulis, sb yg buruk semuanya dari saya yg hina ini...yg baik semua datang dariNya.

Sekian.

Ibnurashidi said...

Salam...

Boleh saya tahu macammana mahu dapatkan statistik itu?

Leenoh said...

Salam Zaidi ali.
Setiap orang ada kelebihan dan ilmu pengetahuan, dengan sikap mahu berkongsi itulah dunia ini menjadi makmur, Seorang lelaki tidak akan sempurna kalau tiada seorang perempuan disampaingnya dan begitulah juga sebaliknya,itulah tanda kelemahan kita,demikianlah juga dalam hal-hal yang lain, bukankah kita ini hanya lengkap melengkapi di antara satu sama lain. Kita sangat memerlukan orang lain pada setiap ketika dan masa. Hanya Allah sahaja yang sempurna.
Kita sebenarnya serupa walaupun tidak sama.
Ketidaksamaan itulah menjadi ruang untuk kita berkawan , berkongsi dan bertukar fikiran dan menutup kelemahan serta mengurangkan kejahilan.Dalam kita tidak sedari kebahagiaanpun datang mengisi diri menjadikan kehidupan kita ceria dan bersemangat.
Kalau tiada kekawan siapakah kita, kalau tiada orang lain meranalah kita,
Tulisan dan bingkisan yang Zaidi ali bawa sebenarnya memberi semangat kepada orang lain dan membuka jalan ke arah kebaikan.
Saya sendiripun mengutip ilmu dari anda.
Walaupun menulis untuk suka-suka tetapi di dalamnya ada makna.
Insya Allah berjumpa lagi.

Leenoh said...

Salam Ibnurashidi.

Ibnurashidi dan kekawan saya mengajukan satu permintaan iaitu janganlah anggap saya ini pandai berkomputer dan berinternet seperti anda semua, saya cuma ibarat seorang pemandu sebuah kereta, kalau kereta rosak atau hendak menukarkan alat ganti janganlah serah tugas itu kepada saya kerana saya hanya mampu menunjukkan kedainya sahaja.hehehe, itulah rahsia saya sebenarnya.
Mengenai soalan ibnurashidi saya hanya guna " http://www.statcount" yang sedia ada di lap top. tukang sedia dan tukang benanya tercatat namanya seperti di kaki laman ini.Saya hanya pandai taip dan upload sahaja. hehehe.
kongsi ilmu membawa berkat.
Insya Allah kita berjumpa lagi

YomahaYomaso said...