Saturday, March 28, 2009

Sembang-sembang Mengenai PIBG 2009.

Gambar hiasan

______________________

Salam sejahtera.

Pada kesempatan ini sekali lagi saya ingin mengajak kawan-kawan bersembang-sembang mengenai Persatuan Ibuba
pa dan Guru ( PIBG ) . Sekarang nampaknya telah masuk zon atau musim Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2009 kerana mengikut Perlembagaan Mesyuarat Agung hendaklah diselesaikan sebelum 31 Mac pada tiap-tiap tahun, walau bagaimanapun bergantung kepada Perlembagaan PIBG masing-masing kerana setengah daripadanya telahpun membuat pindaan.

Terdapat PIBG sekolah tertentu telahpun selesai membuat mesyuarat agungnya dan mungkin sebahagian besar
lagi belum berbuat demikian kerana mengikut perlembagaan mereka tarikh mesyuarat tersebut belum terlewat lagi.

Biasanya kehadiran ahli ke mesyuarat agung
membimbangkan pihak sekolah kerana pada mereka kehadiran yang merosot itu menggambarkan kurang ketrampilan waris, kekurangan ini seolah-olah menjejeskan juga ketrampilan sekolah kerana mereka juga dianggap sebahagian daripada warga sekolah. Dengan itu berbagai cara diusahakan untuk meramaikan kehadiran tanpa menyedari bahawa kuorum kehadiran mesyuarat agung sebenarnya hanya 33 ahli atau tiga kali ganda bilangan ahli Jawatankuasa sahaja iaitu biasanya 45 ahli, salah satu kuorum tersebut dapat digunapakai. ( dalam hal ini rujuklah kepada perlembagaan masing-masing ) .

Di antara ikhtiar untuk meramaikan kehadir
an ke mesyuarat, mereka menambahkan satu lagi aturcara selepas mesyuarat tersebut iaitu acara Cabutan Bertuah. Pada pendapat saya acara ini bukan suatu acara yang sihat dan berpendidikan, walaupun acara ini sama sekali bukan perjudian tetapi moralnya menanam jiwa tersebut. Kehadiran yang ramai atas dasar galakan tersebut sukar bagi kita menilai kualiti ahli-ahli, akhirnya mereka yang terpilih untuk menjawat jawatan di dalam PIBG mereka yang sama dan kualiti yang sama juga. bagi saya biar sedikit kehadirannya tetapi berkualiti.

Jika sesuatu mesyuarat agung berjaya mendapatkan enam atau tujuh Ahli Jawatankuasa yang berkualiti di kalangan waris, itulah sebenarnya kejayan mesyuarat tersebut kerana kemudiannya nanti peranan PIBG akan berfungsi dengan baik .

Amalan memohon derma daripada mereka yang gagal hadir adalah lebih baik daripada acara Cabutan Bertuah kerana sekurang-kurangnya dapat menambahkan dana PIBG. derma tersebut hendaklah disebut atau ditentukan derma minim
um supaya mereka yang kurang mampu dapat membayarnya dan kepada yang berada kita berharap mereka prihatin dan membayar lebih daripada nilai yang telah ditetapkan. Suatu borang dan resit khas untuk derma ini hendaklah disediakan. Derma ini bolehlah juga dinamakan Derma Mesyuarat Agung.

Wang derma yang diperolehi itu hendaklah dibelanjakan khas untuk tujuan meningkatkan prestasi pelajar bukan untuk
tujuan lain yang sememangnya telah mempunyai peruntukan kerajaan. Peruntukan lambat bukan suatu alasan yang membolehkan pihak tertentu menggunakan wang PIBG, sekurang-kurangnya 70% wang PIBG hendaklah dibelanjakan untuk Kurikulum dan kokurikulum pelajar.

Waris yang gagal atau tidak hadir ke mesyuarat agung bukanlah mereka tiada kesedaran tentang pentingnya aktiviti ini, tetapi sebaliknya sebahagian besar daripada mereka mempunyai halangan dan kekangan lain yang tidak dapat dielakkan, Maka sebab itulah agaknya penggubal perlembagaan dengan bijaksananya mereka telah menetapkan kuorum yang sangat munasabah dan adil bagi semua ahli.
BERSATU TEGUH. BERCERAI ROBOH


Sekian dahulu, wassalam.
__________________________

Apa kata anda.
Blogger guru_cikgu said...

Kalau diperhatikan, kebanyakan yang hadir kaum ibu. Agaknya kaum bapa sibuk mencari rezeki atau _______? Kita yang boleh menjawab soalan ini.

March 28, 2009 4:26 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam cikgu.

Nampaknya situasi itu telah menjadi lumrah kerana salah seorang sahaja yang dikehendaki hadir maka situasi ini sukar diubati.Suasana tersebut akan berterusan.
Dalam hal ini jika diteliti saya rasa di sana menyentuh soal sikap, orang lelaki biasanya mempunyai ego yang tinggi, sekiranya tidak selesa dengan dirinya samada dengan persekitaran atau lainnya berat kakinya untuk ke situ.
Mengenai ketidakhadiran di atas saya cuma memberi pandangan secara umum sahaja.
Terima kasih kerana memberi ulasan.

March 28, 2009 5:53 PM

Delete
Anonymous Anonymous said...

Salam: Rupanya bukan ditempat saya saja kaum lelaki x berapa minat nak hadir ke msyt PIBG. Rupanya di mana-mana pun sama. Entahlah mengapa. Kalau begitu tukar saja jadi "PI-G" eh...nampak x elok. jadi tukar pada " PGI ".

March 29, 2009 9:22 AM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam.
Bukan sahaja mesyuarat PIBG. Kalau buka kelas Dewasa Tilawah al.Quran pun samalah juga yang ramai hadir ialah wanita akhirnya mereka berjaya membetulkan bacaan mereka tetapi ramai di antara lelaki kekal di takok lama. bukan semua tetapi ramai begitu. kalau tidak bersetuju berilah komen.
Saya pun jenis lelaki juga hehehe.

March 29, 2009 9:36 AM


4 comments:

GURU_CIKGU said...

Kalau diperhatikan, kebanyakan yang hadir kaum ibu. Agaknya kaum bapa sibuk mencari rezeki atau _______? Kita yang boleh menjawab soalan ini.

Leenoh said...

Salam cikgu.

Nampaknya situasi itu telah menjadi lumrah kerana salah seorang sahaja yang dikehendaki hadir maka situasi ini sukar diubati.Suasana tersebut akan berterusan.
Dalam hal ini jika diteliti saya rasa di sana menyentuh soal sikap, orang lelaki biasanya mempunyai ego yang tinggi, sekiranya tidak selesa samada dengan persekitaran atau lainnya berat kakinya untuk ke situ.
Mengenai ketidakhadiran di atas saya cuma memberi pandangan secara umum sahaja.
Terima kasih kerana memberi ulasan.

Anonymous said...

Salam: Rupanya bukan ditempat saya saja kaum lelaki x berapa minat nak hadir ke msyt PIBG. Rupanya di mana-mana pun sama. Entahlah mengapa. Kalau begitu tukar saja jadi "PI-G" eh...nampak x elok. jadi tukar pada " PGI ".

Leenoh said...

Salam.
Bukan sahaja mesyuarat PIBG. Kalau buka kelas Dewasa Tilawah al.Quran samalah juga yang ramai hadir ialah wanita akhirnya mereka berjaya membetulkan bacaan mereka tetapi ramai di antara lelaki kekal di takok lama. bukan semua tetapi ramai begitu. kalau tidak bersetuju berilah komen.
Saya pun jenis lelaki juga hehehe.