Friday, March 27, 2009

DOA DAN HARAPAN RAKYAT. (puisi )

________________

Doa dan harapan.

kaumohon untuk dipilih.
kauminta untuk dipilih.
kaukempen untuk dipilih
kauusaha untuk dipilih.
kaunyatakan kebaikan diri.
kaujelaskan kelebihan diri.
kauyakinkan kejujuran diri.

kauhebahkan jasa yang telah dibuat.
kauberjanji dengan rakyat.
kauminta rakyat berubah.
kauminta rakyat bersatu.
kaunasihat panjang lebar pada rakyat.
Kau telah dilantik, kau telah dipilih.
sekarang kau adalah pemimpin.

Kini kaupemimpin.
kini kaupemegang amanah.
kini kau telah menerima amanah Allah.
kini kau telah menerima amanah rakyat.
kini kaupemegang amanah negara.

Gunalah ilmu untuk muhasabah diri.
tidak mungkin diri berbohong pada diri,
tidak mungkin diri berdusta pada Tuhan.

Gunalah sedikit masa menyelak buku makrifah.
gunalah sedikit masa membaca lirik aqidah.

Bertanyalah pada diri,
siapakah aku ini.
amanahkah aku ini.
jujurkah aku ini.
ikhlaskah aku ini.

Semuanya ini,
sebenarnya nasihat kau padaku dulu.
semuanya ini nasihat kau pada rakyat dulu.
Ini adalah nasihat kau pada kami dulu.

Sekarang sampailah masanya.
sekarang masanya untuk kunasihatmu.
sekarang sampailah masanya kudoakan untukmu.

Sekarang sampailah masanya.
sekarang masanya rakyat menasihatimu.
sekarang sampailah masanya rakyat doakan untukmu.
Kini sampailah masanya kami menaruh harapan.

Ya Allah, Ya Tuhanku,
ampunkanlah dosaku dan dosa ibubapaku
dan dosa sekalian muslimin dan muslimat.
jadikanlah pemimpinku pemimpin yang amanah.

Ya Allah, Ya Tuhan kami.
ampunkanlah dosa kami dan dosa ibubapa kami.
dan dosa sekalian muslimin dan muslimat.

jadikanlah pemimpin kami pemimpin yang jujur.
jadikanlah pemimpin kami pemimpin yang menasihat.
jadikanlah pemimpin kami pemimpin yang memimpin.
Dan jadikanlah pemimpin kami pemimpin yang taat padaMu.

Ya Allah, Ya Tuhanku.
janganlah Kaujadikan pemimpinku pemimpin yang khianat.
janganlah Kaujadikan pemimpinku pemimpin yang dusta.

Ya Allah, Ya Tuhan kami.
janganlah Kaujadikan pemimpin kami pemimpin yang khianat.
janganlah Kaujadikan pemimpin kami pemimpin yang dusta.

janganlah Kaujadikan pemimpin kami pemimpin yang sentiasa memerlukan nasihat.
kami tidak mampu melakukannya.

Ya Allah, Ya Tuhanku,
ini adalah doaku.
ini adalah rayuanku.
ini adalah harapanku.

Ya Allah, Ya Tuhan kami,
ini adalah doa rakyat.
ini adalah rayuan rakyat.
ini adalah harapan rakyat.
ini adalah harapan kami.

amin yarobbal 'alamin.
_______________________

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Ulasan anda dihargai.

Blogger ijechan said...

hmm.. amin.

March 27, 2009 11:55 AM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam ijechan.
Ini tanggungjawab warga negara, tidak ke kanan dan ke kiri tetapi lurus ke hadapan. he he he, begitulah agaknya

March 27, 2009 8:33 PM

Delete
Blogger zaidi ali said...

Salam Leenoh,

Nasihat di atas begitu menyentuh sekiranya ia sampai ke telinga dan hati pemimpin. Doa di atas sungguh mustajab sekiranya mereka juga turut berdoa kepada diri sendiri dan andainya dimaqbulkan Tuhan.

Namun bilamana bergelar pemimpin, masa begitu mengikat, jadual harian pun diset oleh PA, nasihat rakan dan guru tiada masa didengar manakala doa mereka mungkin dilebihkan kepada kejayaan kerjaya politik, rakyat dan negara sehinggakan doa mengelak kekhilafan diri kekadang terlupa atau tiada masa.

Saya cadangkan dibahagian doa tuan yang baik di atas boleh ditambah lagi "....dan sekiranya mereka (disebut nama-nama berikut: nama Sultan yang memerintah negeri, nama Perdana Menteri dan nama Timbalan Perdana Menteri) masih engkar akan amanahMu ya Allah, maka Engkau perturunkanlah azab yang sedahsyat-dahsyatnya kepada mereka di dunia dan juga balasanMu di akhirat semoga mereka sentiasa dikalangan orang yang benar dan diberi hidayah...". Doa ini biarlah dalam bahasa Melayu dan dibacakan semasa doa antara dua khutbah solat Jumaat setiap minggu di setiap masjid di Malaysia.

Saya yakin Tiga Nakhoda di atas bersama segala Awak-awak akan ada masa bersolat Jumaat di mana-mana masjid di Malaysia. Semoga mereka akan sentiasa diberi keinsafan dan insya Allah bahtera takkan lari dari haluan atau tersadung batu karang.

March 27, 2009 10:44 PM

Delete
Blogger Zaidon said...

salam Pak Ngah.. Doa dan harapan saya semoga mereka lebih tumpukan macam mana nak kukuhkan ekonomi negara kita,.

March 28, 2009 12:19 AM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam Zaidi Ali dan Zaidon.
Terima kasih kerana memberi ulasan. semua orang ada kelemahan dan kekurangan maka berdoa adalah salah satu pelengkap kepada kekurangan tersebut.
Orang Islam sememangnya digalakkan berdoa untuk kebaikan di antara satu sama lain dengan meletakkan sangka baik kepada manusia dan juga Allah.
Semoga negara kita akan menjadi lebih aman dan lebih bak lagi. Insya Allah.

March 28, 2009 7:23 AM

Catatan tambahan:
Dalam adab berdoa sesama saudara Islam, kita hanya disuruh berdoa untuk kebaikan sahaja, di antaranya dengan ungkapan berilah petunjuk dan hidayah dan yang selebihnya terpulanglah kepada Allah, disamping itu kita hendaklah ikhlas hati semasa berdoa dan berdoa dengan merendahkan suara.
Wallahu aklam

Delete
Blogger zaidi ali said...

Iya tak ya juga! Doa semestinya untuk kebaikan. Saya pun khilaf juga. Doa tu doa menyumpah namanya! Mungkin saya terikutkan perasaan. Terima kasih kerana mengingatkan saya.

March 28, 2009 9:19 PMDelete

Blogger Leenoh said...

Salam Zaidi ali,
Terima kasih kerana masih meneruskan ulasan tetapi kalau mereka yang sudah terkeluar daripada jamaah Islam atau saudara Islam seperti orang-orang Yahudi yang menceroboh. Keadaan itu dibolehkan.
saya memohon maaf kerana saya pun tidak begitu arif dalam hal ini, kalau ada kekawan yang arif boleh menambah ulasan, akan menjadikan ulasan ini lebih baik untuk kita.

March 29, 2009 7:32 AM

Blogger zaidi ali said...

Salam Leenoh,
Waktu zaman Rasulullah dahulu, para sahabat sentiasa diingatkan mengenai balasan Tuhan di akhirat dan ketakutan kepada Kiamat. Para Khalifah dan pemegang amanah sentiasa takut balasan Tuhan dan Kiamat bila membuat sebarang keputusan. Terhasillah segala keputusan yang terbaik mengikut al-Quran, kalam Tuhan.

Eloklah selepas setiap kali solat kita berdoa untuk diri kita dahulu sebelum mendoakan orang lain. Doa untuk diri sendiri boleh dikategorikan kepada 4:-
1. Doa untuk diKURNIA Kejayaan dan kesihatan ang baik.
2. Doa untuk diJAUHI perkara mungkar dan dijauhi api Neraka.
3. Doa untuk diAMPUNkan segala dosa.
4. Doa untuk diTERIMA segala amalan tuntutanNya dan dibalas pahala dan masuk Syurga.

Selepas itu barulah kita berdoa untuk orang lain (ibu bapa,keluarga, rakan, pemerintah, dsb.)

Saya rasa doa untuk diri sendirilah yang paling mudah dimaqbul Tuhan kerana kita mohon dalam keadaan kita sedar segala apa yang kita mohon.

Buat para pemimpin yang sedar akan amanah yang dipikul merupakan amanah Tuhan, wajiblah mereka berdoa untuk diri sendiri agar keputusan terhadap amanah yang dipikul tidak lari dari landasan al-Quran seperti firman Tuhan yang bermaksud,

" Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." (Surah An-Nisaa’: 136)

Sekiranya berjuta orang sekalipun berdoa untuk kita tetapi kita tidak berdoa untuk diri sendiri malah masih kekal dalam kemunafikan dan kefasikan...maka sia-sia sahajalah doa itu. Walaubagaimanapun, Tuhan Maha Pengampun dan Maha Mengasihani dan Maha Berkuasa untuk memberi rahmat kepada sesiapa jua yang dikehendakiNya.

~wallahu a'lam~

March 29, 2009 11:29 AM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam Sdr.Zaidi Ali.

Sekali lagi diucapkan terima kasih kerana ulasan anda menyempurnakan lagi entri ini dan menambahkan manfaatnya lagi.
Walaupun doa ini berupa puisi sahaja tetapi dipertengahan jalan saya teringat bahawa sepatutnya saya kena masukkan doa untuk diri sendiri dulu supaya di situ terdapat kepuasan dan patuhi tertibnya, maka saya pun memurnikannya dengan memasukkan doa untuk diri sendiri sebelumnya tiada, dengan itu akurlah seperti penjelasan anda.Saya tidak pasti komen anda terlebih dahulu atau sebaliknya. apapun di situ ada kepuasan.
Saya sanjung dan hormati usaha anda
dan anda ikhlas serta bersungguh membuat kebaikan untuk diri sendiri dan ummah.
Sememangnya kita kena bijak menggunakan peluang untuk melakukan kebaikan dan kebajikan.

March 29, 2009 11:52 AM

_________

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

9 comments:

Cikgu Ije said...

hmm.. amin.

Leenoh said...

Salam ijechan.
Ini tanggungjawab warga negara, tidak ke kanan dan ke kiri tetapi lurus ke hadapan. he he he, begitulah agaknya

Anonymous said...

Salam Leenoh,

Nasihat di atas begitu menyentuh sekiranya ia sampai ke telinga dan hati pemimpin. Doa di atas sungguh mustajab sekiranya mereka juga turut berdoa kepada diri sendiri dan andainya dimaqbulkan Tuhan.

Namun bilamana bergelar pemimpin, masa begitu mengikat, jadual harian pun diset oleh PA, nasihat rakan dan guru tiada masa didengar manakala doa mereka mungkin dilebihkan kepada kejayaan kerjaya politik, rakyat dan negara sehinggakan doa mengelak kekhilafan diri kekadang terlupa atau tiada masa.

Saya cadangkan dibahagian doa tuan yang baik di atas boleh ditambah lagi "....dan sekiranya mereka (disebut nama-nama berikut: nama Sultan yang memerintah negeri, nama Perdana Menteri dan nama Timbalan Perdana Menteri) masih engkar akan amanahMu ya Allah, maka Engkau perturunkanlah azab yang sedahsyat-dahsyatnya kepada mereka di dunia dan juga balasanMu di akhirat semoga mereka sentiasa dikalangan orang yang benar dan diberi hidayah...". Doa ini biarlah dalam bahasa Melayu dan dibacakan semasa doa antara dua khutbah solat Jumaat setiap minggu di setiap masjid di Malaysia.

Saya yakin Tiga Nakhoda di atas bersama segala Awak-awak akan ada masa bersolat Jumaat di mana-mana masjid di Malaysia. Semoga mereka akan sentiasa diberi keinsafan dan insya Allah bahtera takkan lari dari haluan atau tersadung batu karang.

sentosa77 said...