Tuesday, March 10, 2009

Aku bersedih kerana komunikasi sehala


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Salam kekawan semua'

Kurasa sedih dan duka kerana tidak dapat kubalas mesej di shoutboxku sendiri, kujuga tidak dapat melayani buku tetamu anda kalian kerana broadbandku enggan berbuat demikian, broadband tetap kawan setiaku walaupun kekadang dia enggan memenuhi permintaanku. dalam beberapa bulan lagi insya Allah akan kucari penolongnya nanti.

Kepada Kuntong, Pj Selamba, Bunga, Hani, Pak Karamu, Dee, Mak Su, Yanmie, ibnurashidi dan ramai lagi, tidak mampu kusebut namanya di sini, kubacanya setiap hari tetapi tidak upaya kumenjawabnya, walau menangis si air mata darah sekalipun. kuharap anda tidak jemu menulisnya, kubahagia membacanya, anda sahabat dunia akhiratku, sekali kuberkawan silaturrahim tidak akan kuputuskan, ini pesan Nabi kita.

Kepada anda sekalian sekali lagi kumohon maaf, maafkan daku.

Sekian, dimaklumkan.

11 comments:

Dee said...

xpe saudara leenoh..itu biasalahkan..dlm hidup pun ada mcm2 halangan..moga persahabatan kita semua berpanjangan...

Leenoh said...

Terima kasih Dee kerana memahaminya, kadang boleh, kekadang tidak boleh, kadang ada, kekadang tidak ada, begitu pula jadinya....hehehe
wassalam.

Anonymous said...

hehe
tak kisah la pak ngah
hakikat dunia blogging...
kalau tak balas tu kena paham sendiri, mungkin bz atau ada halangan...
tak perlu rasa bersalah...

Unknown said...

leenoh,

jgn nangishhh.... biasalah tenet kengkadang memang gitu. ada masa semua lancar....

waaa... leenoh pun ada sedey2 gak eeeii....

Leenoh said...

Salam PJ Selamba,
Bagus juga rupanya anak penakanku ni, nampak semakin kacak la, dok balik kena Nasi lemak Ali kot,
ya la Pj kena maklum juga nanti kekawan was-was.

Leenoh said...

Salam Sdr.Izan,
ye le Izan, selalu kita jawab, bila tidak dapat jawab rasa sedih gak dan tidak puas hati dengan situasi diri sendiri, kalau biasanya kita tidak jawab ok ja.
hehe belum nangis baru bersedih je, sekali sekala rasa sedih, mungkin boleh latih melembutkan hati.
Terima kasih kerana memahaminya.

Cik Jannah said...

sape la ngn brodband cik jannah
wat hal..
seb bek ade wifi free kt area umh..
hikss
skt ati nieh~

KUNTONG said...

Saya baru trbaca entri ni sbb bekalan letrik baru saja pulih(Jam 5.30 ptg). Jgn sedih, krna yg kekal hanya Allah. Bila dah ok segalanya,akan lancar.

Shitsurei Shimashita said...

semoga dapat mencari penolong yg berwibawa..salam

Hunny said...

Salam Pak Ngah,

Kita pun kadang2 kena diservis juga..
Servis hati, dengan zikir
Servis badan, dengan senaman/spa/urut
Servis kereta, hantar kat bengkel
Servis bertukar tangan? Kita kalah dengan China...

Kesimpulannya, broadband tu, kena hantar ICU.. :)

Anonymous said...

salam p.ngah,

jgn sedih2 p.ngah dgn broadband yg masa iklan kata pantas sgt tuh... hehehe... nnt masuk umah baru p.ngah psg Streamyx kat umah la senang... hik hik :D