Saturday, March 14, 2009

Menanam anak hidup-hidup



Salam kekawan.

Dalam pada kita berbincang dan berusaha supaya kehidupan ini sentiasa menjurus kepada kebaikan, keamanan , kemakmuran dan kesejahteraan serta menjana masyarakat berilmu dan berakhlak. Percayakah anda bahawa di dalam keadaan demikian dan dalam zaman ICT ini masih ada manusia di dunia ini membunuh anak dengan menanamnya hidup-hidup.

Sebenarnya itulah yang saya saksikan di dalam video yang diemailkan kepada saya beberapa hari yang lepas dan cuma sebentar tadi saya menyaksikannya kerana beberapa hari yang lepas email saya tidak dapat dibuka untuk dibaca. saya tidak sampai hati untuk melihat keseluruhan video tersebut oleh itu saya hanya melihat sehingga selesai seorang kanak-kanak ditanam hidup-hidup oleh mungkin abangnya sendiri atas arahan bapa mereka, kejadian ini berlaku berhampiran dengan kediaman dan disaksikan oleh ahli keluarga mangsa yang munkin tidak dianggap mangsa oleh masyarakat mereka, mungkin perbuatan itu adalah budaya mereka kerana mereka ini adalah orang asli Amazon, demikianlah yang dinyatakan di dalam email itu, selepas itu seorang lagi sedang direbahkan ke dalam lubang kubur tersebut ketika itulah saya memberhentikan video tersebut, saya tidak pandai mengolah cerita kekejaman dan kengeriannya memadailah anda membayangkan sendiri, di mana keadaan itu telah mendorong saya tidak meneruskan menonton video tersebut sehingga selesai kesemuanya kerana sekadar itupun telah dapat membuat kesimpulan tentang akhlak ganas tersebut. Binatangpun tidak melakukan keganasan dan kengerian demikian rupa.

Adakah mereka ini termasuk di dalam golongan mereka yang belum sampai seruan Islam kerana kedudukan kehidupan mereka di tengah-tengah hutan belantara, sekiranya demikian kedudukannya bermakna perbuatan mereka tidak memberi kesan apa-apa kepada diri mereka kerana Allah tidak menuntut mereka untuk melaksanakan perintah yang termaktub di dalam al.Quran dan al.Hadis atas sebab belum sampai seruan tersebut ( seruan Islam ) kepada mereka.

Perkara yang menjadi tanda tanya saya ialah bagaimana video tersebut dapat dirakamkan, tiadakah di situ pencegahan dan larangan oleh pihak lain atau hanya lakonan, jika pun lakonan tiadakah pula tapisan, setakat ini saya belum mampu menonton keseluruhannya untuk memastikan betul=betul samada ianya realiti atau lakonan. Sehingga ke saat ini saya masih menganggap ianya adalah realiti.

Semasa saya menonton video email itu lantas teringat kenyataan-kenyataan yang diwahyukan oleh Allah yang tercatat di dalam kitab suci al.Quran, sememangnya cerita di dalam al.Quran itu mendahului zaman dan mencakup sehingga ke akhirat. Kisah menanam anak hidup-hidup ini telah berlaku sejak zaman jahiliyah lagi dan cerita pasal kelajuan bergerak melebihi internet inipun telah berlaku sejak zaman dahulu lagi dan telahpun diceritakan oleh junjungan kita Nabi Muhammad.s.a.w sebaik sahaja baginda pulang daripa israk dan mikraj, cuma terdapat di kalangan mereka yang tidak beriman sahaja yang tidak mempercayainya. Malah mempertikaikan serta mempermain-mainkannya.

Apabila kita membaca al.Quran minda kita akan aktif dan berfungsi memikirkan perkara-perkara yang telah, sedang dan yang akan berlaku di alam bitara ini samada di laut, darat atau di maya. Perkara yang telah dan sedang berlaku yang menyentuh sekalian makhluk Allah tidak banyak perbezaannya , kalau dahulu manusia membunuh anak dengan menanamnya hidup-hidup atau di buangnya di tengah-tengah padang pasir atau dibuang ke dalam sungai kerana patuh kepada sesuatu kepercayaan. Semua perkara tersebut masih lagi berlaku pada zaman ini .Terjumpa bayi di dalam tong sampah atau lain-lain kejadian yang ngeri telah menjadi perkara biasa.,jika dikaji dan direnunginya betul-betul tentang kejadian yang disebutkan tadi tiada perbezaannya, cuma kaedah sahaja yang agak berlainan.


Sesungguhnya seruan Allah di dalam al.Quran yang disampaikan melalui Rasulnya itu sangat benar dan wajib dipercayai dan dipatuhi tanpa alasan lagi. Maka bersaksilah bahawa Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Tanpa Nabi Muhammad.s.a.w. ajaran Islam atau wahyu Allah tidak akan sampai kepada manusia, Ini berlaku adalah kehendah Allah Yang Maha Bijaksana atas kehendakNya mencipta alam dan ditadbirNya dengan sempurna tanpa cacat celanya.

Semua perkara ini adalah ujian Allah kepada manusia oleh itu kita tidak dapat mengelak daripada tempias ujian itu daripada menyentuh atau terkena ke atas diri kita. Maka terpaksalah kita sentiasa berwaspada dan bersiap siaga menempuh ujian itu dengan menggunakan kaedah dan prosedur yang telah ditetapkan di dalam al.Quran dan al.hadis.

Kita juga hendaklah sentiasa memohon keampunan di atas perlakuan yang terlanjur dan berusaha mengelakkannya, juga berdoa memohon kesejahteraan serta bertawakkal kepada Allah kerana ujian Allah sentiasa berada di hadapan.

Sekian. Allah Maha Mengetahui. Wassalam.

2 comments:

Mak Su said...

tak sampai hatinya..... :(

jangan tunjuk kat saya

DrSam said...

salam Pak Ngah,
Al-Quran memang tidak akan lapuk dek zaman. Cerita zaman jahiliyyah sememangnya masih berlaku sehingga ke hari ini. Subhanallah.